Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yahuda 1:6 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

6 Dan lagi sagala mŭliekat yang tiada mŭmliharakan pangkatnya yang dahulu itu, mŭlainkan iya tŭlah mŭninggalkan tŭmpat kadiamannya itu, maka Allah tŭlah mŭnarohkan dia pada blunggu yang kŭkal dalam kŭlam kabot sampie kapada hukuman hari kiamat yang bŭsar itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Dan para malaikat yang telah melampaui batas kekuasaan yang dikurniakan Allah hinggakan tergamak meninggalkan tempat yang ditetapkan bagi mereka — Allah telah membelenggu mereka dengan rantai yang kekal dan mengurung mereka dalam kegelapan hingga Hari Penghakiman yang besar itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Ingatlah akan malaikat-malaikat yang melampaui batas kekuasaan yang telah diberikan oleh Allah, sehingga meninggalkan tempat kediaman mereka. Allah membelenggu malaikat-malaikat itu dengan rantai abadi, di tempat yang gelap di bawah bumi. Allah menahan mereka di situ sehingga Hari Kiamat apabila mereka akan dihukum.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Ingatlah akan malaikat-malaikat yang melampaui batas kekuasaan yang telah diberikan oleh Allah, sehingga meninggalkan tempat kediaman mereka. Allah membelenggu malaikat-malaikat itu dengan rantai abadi, di tempat yang gelap di bawah bumi. Allah menahan mereka di situ sehingga Hari Kiamat apabila mereka akan dihukum.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yahuda 1:6
12 Iomraidhean Croise  

Maka sasungguhnya aku bŭrkata padamu, bahwa tŭrlebih ringan pula seksa orang nŭgri Sodom dan Gomorah pada hari kiamat deripada orang nŭgri itu.


Tŭtkala itu iya akan bŭrkata kapada sagala orang yang disŭblah kiri, Lalulah kamu deri hadapanku, hie la’nat! masoklah kamu kadalam api yang kŭkal, yang tŭlah disŭdiakan bagie Iblis dŭngan tŭntaranya.


Maka hieran, bŭrtriaklah orang itu, katanya, Apakah bichara kami kapada kamu, hie Isa anak Allah, maka sudahkah angkau sampie kamari akan mŭnyeksakan kami dahulu deri pada waktunya?


Bahwa kamu deripada bapamu, iya itulah Iblis; adapun kainginan bapamu itulah yang kamu suka bŭrbuat; maka adalah iya itu sa’orang pŭmbunoh deripada mulanya; maka tiadalah iya tŭtap dalam kŭbŭnaran, kŭrna tiada kŭbŭnaran padanya. Apabila iya bŭrkata dusta, maka iya mŭnurot spŭrti kahandak hatinya, kŭrna iyalah pŭmbohong; dan lagi pula bapa bohong itu.


Hanya angkau turotkan juga sŭkŭdar hatimu yang kŭras, dan yang tiada mahu taubat itu, dŭngan mŭnghimponkan morka Allah bagie dirimu sampie kapada masa morkanya itu dan hukumnya yang adil itu akan dinyatakan.


Kŭrna kami tiada bŭrgumul mŭlawan darah daging, mŭlainkan iya itu mŭlawan sagala pŭnghulu, dan sagala pŭnguasaan, dan sagala pŭmrentah kaglapan dunia ini, dan mŭlawan sagala kajahatan jin ditŭmpat tinggi.


Mŭlainkan nyatalah suatu katakotan, iya itu hari hukum yang dinantikan, dan morka yang mŭnghanguskan kŭlak, akan mŭnŭlan sŭtru sŭtru itu.


Kŭrna jikalau kiranya Allah itu tiada sayang akan sagala mŭliekat yang dŭrhaka itu, mŭlainkan dihŭmpaskannya kadalam naraka, sŭrta disŭrahkannya pada rantie kaglapan, supaya ditarohkannya sampie hari hukum.


Tuhan itu tahu bagimana mŭlŭpaskan orang yang bŭrbakti itu deripada sagala pŭrchobaan, dan mŭnarohkan orang orang yang tiada bŭnar itu sampie kapada hari hukum akan diseksakannya.


Ombak ombak laut yang mŭndru, mŭnyŭmborkan malunya sŭndiri; bintang bintang bŭranyut; maka bagienyalah juga ditarohkan kŭlam kabot yang amat hitam slama lamanya.


Bŭrmula adapun iblis yang mŭnipukan marika itu pun tŭlah dichampakkan kadalam tasik api dan blerang, ditŭmpat binatang dan nabi dusta itu ada, sŭrta disŭngsarakan akan dia siang dan malam sampie slama lamanya.


Maka ditangkapnya naga itu, iya itu ular lama itu, iyaani Iblis, dan Shietan, lalu dirantiekannya sa’ribu tahun lamanya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan