Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 4:9 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

9 Maka apabila binatang binatang itu mŭmbri kamuliaan, dan hormat, dan shukor kapada yang dudok diatas arash itu, yang hidop slama lamanya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Keempat-empat makhluk itu menyanyikan pelbagai nyanyian yang memuliakan, menyanjung dan menyatakan syukur kepada Dia yang sedang bersemayam di atas takhta, Dia yang hidup selama-lamanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Keempat-empat makhluk itu menyanyikan lagu-lagu kemuliaan, penghormatan, dan kesyukuran kepada Dia yang duduk di atas takhta itu, iaitu Dia yang hidup selama-lamanya. Ketika makhluk-makhluk ini menyanyi,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Keempat-empat makhluk itu menyanyikan lagu-lagu kemuliaan, penghormatan, dan kesyukuran kepada Dia yang duduk di atas takhta itu, iaitu Dia yang hidup selama-lamanya. Ketika makhluk-makhluk ini menyanyi,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 4:9
20 Iomraidhean Croise  

Maka sŭbab itulah iya bŭrkwasa juga mŭmbri slamat sampie kasudahannya kapada orang orang yang mŭnghampiri kapada Allah ulihnya, sŭbab adalah iya hidop slama lamanya akan mŭnulong bŭchara akan hal marika itu.


Dan disini orang yang mati mŭnŭrima hasil spuloh asa, tŭtapi disana iya juga mŭnŭrima dia itu, maka kapadanyalah tŭlah disaksikan, bahwa iya ada hidop.


Maka aku inilah yang ada hidop, dan yang tŭlah mati; maka sŭsungguhnya aku ada hidop slama lamanya, Amin; dan ada kapadaku anak kunchi nŭraka dan maut.


Sŭrta bŭrsumpah dŭmi yang hidop slama lamanya, yang tŭlah mŭnjadikan langit, dŭngan sagala isinya, dan bumi sŭrta sagala isinya, dan laut sŭrta sagala isinya, bahwa tiadalah patut ada waktu lagi.


Maka sa’ekor deripada kaampat binatang itu mŭmbrilah kapada tujoh mŭliekat itu tujoh piala yang kaamasan yang pŭnoh dŭngan morka Allah, yang hidop slama lamanya.


Maka bŭrkatalah orang yang dudok diatas arash itu, katanya, Bahwa sŭsungguhnya aku mŭnjadikan sagala pŭrkara itu bahru; sŭrta katanya padaku, Tulislah, kŭrna pŭrkataan inilah bŭnar dan sŭtiawan adanya.


Maka dŭngan sŭbŭntar itu juga aku pun dimasokilah ulih Roh; maka hieran, suatu arash tŭrdirilah dalam shorga, maka ada sa’orang orang dudok diatas arash itu.


Maka ampat ampat binatang itu adalah masing masing dŭngan anam sayap kapadanya; dan pŭnoh mata dalamnya: maka tiadalah iya bŭrhŭnti pada siang dan malam deripada bŭrkata, Kudus, kudus, kudus, Tuhan Allah yang maha kwasa, yang ada, dan yang tŭlah ada, dan yang akan datang.


BŬRMULA maka kulihat dalam tangan kanan orang yang dudok diatas arash itu suatu kitab yang tŭrtulis didalamnya dan diluarnya, tŭrmutrie dŭngan tujoh mutrie.


Sambil marika itu bŭrkata kapada gunong gunong, dan kapada batu batu, Gugorlah ka’atas kami, dan sŭmbunyikanlah kami deripada halrat orang yang dudok diatas arash itu, dan deripada morka anak Domba itu;


Maka sŭbab itulah marika itu ada dihalrat arash Allah, dan bŭribadat akan dia pada siang dan malam dalam ka’abahnya; maka orang yang dudok diatas arash itu pun akan diam bŭrsama sama marika itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan