Wahyu 3:8 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)8 Bahwa aku kŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu: maka sŭsungguhnya, tŭlah kudirikan dihadapanmu suatu pintu yang tŭrbuka, maka sa’orang juapun tiada dapat mŭnutopkan dia; kŭrna adalah angkau sŭdikit kuat, dan tŭlah mŭmliharakan pŭrkataanku, maka tiada angkau bŭrsangkal akan namaku. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo8 Aku tahu perbuatanmu. Lihatlah Aku telah membukakan sebuah pintu untukmu, dan tiada siapa yang dapat menutupnya. Aku tahu bahawa kamu tidaklah begitu kuat, tetapi kamu taat kepada firman-Ku dan tidak sekali-kali menyangkal nama-Ku. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)8 Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Aku tahu bahawa kamu tidak seberapa kuat, tetapi kamu telah mengikut ajaran-Ku dan setia kepada-Ku. Aku telah membuka sebuah pintu bagi kamu, yang tidak dapat ditutup oleh sesiapa pun. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik8 Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Aku tahu bahawa kamu tidak seberapa kuat, tetapi kamu telah mengikut ajaran-Ku dan setia kepada-Ku. Aku telah membuka sebuah pintu bagi kamu, yang tidak dapat ditutup oleh sesiapa pun. Faic an caibideil |
Aku kŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu, dan dimana kamu tinggal, iya itu ditŭmpat kadudokkan Shietan: dan angkau mŭmŭgang tŭgoh namaku, dan tiada bŭrsangkal akan imanku, mŭskipun pada zaman tŭtkala Antifas tŭlah mŭnjadi saksiku yang sŭtiawan, dan yang tŭlah dibunoh itu diantara kamu, ditŭmpat Shietan diam itu.
Bahwa kukŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu, dan kalŭlahanmu, dan sabarmu, dan bagimana angkau ta’bulih tŭrtahan akan orang orang yang jahat itu; dan angkau tŭlah mŭnchobai akan orang orang yang mŭngatakan dirinya rasul rasul itu, tŭtapi bukannya, dan angkau tŭlah mŭndapati marika itu pŭmbohong adanya:
BŬRMULA tuliskanlah surat kapada mŭliekat sidang jŭmaah yang diSardis; maka inilah pŭrkara pŭrkara yang dikatakan ulih orang yang ada mŭnaroh tujoh Roh Allah, dan tujoh buah bintang; Bahwa aku mŭngatahui akan sagala pŭkŭrjaanmu, maka angkau adalah mŭmpunyai satu nama yang angkau ada hidop, tŭtapi mati adanya.
Bŭrmula tuliskanlah surat kapada mŭliekat sidang jŭmaah yang diFiladelfia; maka inilah pŭrkara pŭrkara yang dikatakan ulih dia yang suchi, dan iya yang bŭnar, dan iya yang mŭmŭgang anak kunchi Daud, maka iya yang mŭmbuka, sa’orang pun tiada dapat mŭnutop; dan mŭnutop sa’orang pun tiada dapat mŭmbuka;