Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 3:5 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

5 Maka orang yang mŭnang, iyalah kŭlah dipŭrsalini dŭngan pakiean putih; maka tiadalah kŭlak aku parangkan namanya deri dalam kitab hayat, mŭlainkan aku akan mŭngaku namanya dihadapan Ayahku, dan dihadapan sagala mŭliekatnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Kepada yang menang akan dapat berpakaian putih seperti itu dan Aku tidak akan memadamkan nama mereka dari Kitab Hidup. Aku akan mengakui mereka sebagai milik-Ku di hadirat Bapa-Ku dan di hadapan para malaikat-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Mereka yang menang akan dikenakan pakaian putih seperti itu dan Aku tidak akan menghapuskan nama mereka dari Kitab Orang Hidup. Di hadapan Bapa-Ku dan malaikat-malaikat-Nya Aku akan mengaku bahawa mereka milik-Ku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Mereka yang menang akan dikenakan pakaian putih seperti itu dan Aku tidak akan menghapuskan nama mereka dari Kitab Orang Hidup. Di hadapan Bapa-Ku dan malaikat-malaikat-Nya Aku akan mengaku bahawa mereka milik-Ku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 3:5
23 Iomraidhean Croise  

Maka sŭbab itu, barang siapa yang mŭngaku akan daku dihadapan manusia ini, bahwa aku pun mŭngakulah kŭlak akan dia dihadapan ayahku yang ada dishorga.


Sungguh pun dŭmkian, janganlah suka chita sŭbab hantu itu adalah ta’alok kapadamu; mŭlainkan tŭrutama suka chitalah sŭbab nama namamu itu tŭlah tŭrtulis diShorga.


Dan lagi aku bŭrkata kapadamu, maka barang siapa yang mŭngaku akan daku dihadapan manusia ini, maka orang itu pun kŭlak akan diaku pula ulih Anak manusia dihadapan sagala mŭliekat Allah.


Danlagi kupohonkan pula kapadamu, taulanku yang bŭnar, maka tulonglah akan pŭrampuan pŭrampuan yang tŭlah bŭrlŭlah sŭrtaku dalam hal Injil; danlagi Klemen pun, dan bŭsŭrta yang lain lain pun, yang sama bŭrlŭlah dŭngan aku, yang ada tŭrsŭbut namanya didalam kitab hayat.


Maka skarang pun kapadanyalah yang ada bŭrkwasa akan mŭmliharakan kamu deripada kajatohan, dan mŭnghadapkan kamu dŭngan tiada bŭrsalah dihalrat kamuliaannya dŭngan sukachita yang amat sangat.


Maka sagala orang yang mŭngdiami diatas bumi ini kŭlak akan mŭnyŭmbah dia, yang nama marika itu tiadalah dituliskan dalam kitab hayat anak Domba yang tŭlah disŭmblih deripada alasan dunia.


Adapun binatang yang angkau lihat itu, tŭlah ada, tŭtapi tiada; maka iya kŭlak akan kluar deri dalam kluboran yang tiada tŭrduga, dan masok kŭdalam kabinasaan; maka marika itu yang mŭngdiami diatas bumi itupun kŭlak akan hieran, yang ampunya nama itu tiada tŭrtulis dalam kitab hayat deripada ahwal dunia, apabila dilihatnya akan binatang yang tŭlah ada, skarang tiada, tŭtapi ada juga.


Maka pada pŭrampuan itu tŭlah dikurniakan mŭmakie dŭngan khasa halus, pŭrsih dan putih; kŭrna khasa halus itulah kabŭnaran orang orang salih.


Maka barang siapa yang ada bŭrtŭlinga, handaklah didŭngarnya apa yang dikatakan ulih Roh kapada sidang sidang jŭmaah itu; Orang yang mŭnang, tiadalah iya kŭna bahya derihal maut yang kadua.


Maka barang siapa yang ada bŭrtŭlinga, handaklah didŭngarnya apa yang dikatakan ulih Roh kapada sidang sidang jŭmaah itu; maka kapada orang yang mŭnang, aku kŭlak akan mŭmbri makan deripada buah pohon kayu hayat itu, iya itu yang ada ditŭngah fardos Allah.


Lalu kulihatlah sagala orang yang mati, baik kŭchil baik bŭsar itu, bŭrdiri dihalrat Allah: maka sagala kitab pun tŭrbukalah; dan kitab yang lain pun tŭrbukalah, iya itu kitab hayat: maka sagala orang yang mati itu pun dihukumkanlah mŭnurot sagala sŭsuatu yang tŭrsŭbut dalam kitab itu, spŭrti pŭrbuatannya.


Maka barang sa’orang yang tiada dapati namanya tŭrtulis dalam kitab hayat itu, iya itu dibuangkanlah kadalam tasik api.


Maka tiada akan masok kŭdalamnya skali kali barang yang mŭnŭjiskan, atau yang mŭngŭrjakan pŭrkataan kabŭnchian, atau yang bŭrtutor bohong, hanya sagala orang yang tŭrtulis namanya dalam kitab hayat anak Domba itu.


Dan jikalau barang siapa yang mŭngurangi deripada pŭrkataan kitab nabuatan ini, nŭschaya dihilangkan Allah bahgiannya deripada kitab hayat, dan deripada nŭgri yang suchi itu, dan deripada sagala pŭrkara yang tŭrtulis dalam kitab ini.


Maka orang yang mŭnang, bahwa kujadikan dia itu satu tiang batu dalam kaabah Allahku, maka iya kŭlak tiada akan kluar lagi: maka aku akan mŭnyuratkan atasnya nama Allahku, dan nama nŭgri Allahku, iya itu Jarusalem yang bahru, yang kluar turon deri dalam shorga deripada Allahku: aku akan mŭnuliskan atasnya namaku yang bahru.


Maka adalah padamu sŭdikit sahja nama mŭskipun diSardis itu yang tiada kŭna kotor pakieannya; maka marika itulah kŭlak akan bŭrjalan sŭrtaku dŭngan mŭmakie putih: kŭrna marika itulah layak adanya.


Maka dibrilah pakiean putih kapada sagala marika itu; sŭrta dikatakanlah pada marika itu, bŭrhŭntilah sŭdikit lagi, sahingga sagala tawananmu, dan saudara saudaramu itu, akan dibunoh spŭrti angkau juga, supaya gŭnaplah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan