Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 3:1 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 BŬRMULA tuliskanlah surat kapada mŭliekat sidang jŭmaah yang diSardis; maka inilah pŭrkara pŭrkara yang dikatakan ulih orang yang ada mŭnaroh tujoh Roh Allah, dan tujoh buah bintang; Bahwa aku mŭngatahui akan sagala pŭkŭrjaanmu, maka angkau adalah mŭmpunyai satu nama yang angkau ada hidop, tŭtapi mati adanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 “Kepada malaikat jemaah di Sardis, tulislah: Inilah kata-kata daripada Dia yang memiliki tujuh Roh Allah dan tujuh bintang. Aku tahu perbuatanmu. Nama sahaja kamu hidup tetapi sebenarnya mati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 “Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Sardis: Inilah perkhabaran daripada Dia yang mempunyai tujuh Roh Allah dan tujuh buah bintang itu. Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Kamu dikatakan hidup, padahal kamu mati!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 “Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Sardis: Inilah perkhabaran daripada Dia yang mempunyai tujuh Roh Allah dan tujuh buah bintang itu. Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Kamu dikatakan hidup, padahal kamu mati!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 3:1
30 Iomraidhean Croise  

Kŭrna anakku ini sudah mati, maka iya tŭlah hidop pula, dan sudah hilang, iya tŭlah didapati. Maka marika itu mŭmulailah bŭrsuka suka.


Maka patutlah kami bŭrsuka suka dan tŭrmasa, kŭrna saudaramu ini tŭlah mati, maka iya hidop pula, dan tŭlah hilang, iya tŭlah didapati.


Maka deripada kŭlempahannya, kita skalian tŭlah mŭndapat anugrah atas anugrah.


Maka tiada aku mŭngŭnal dia, tŭtapi yang mŭnyurohkan aku akan baptisakan dŭngan ayer, maka iyalah tŭlah bŭrkata padaku, adapun orang yang angkau lihat Roh itu turon diam ka’atasnya, maka iya itulah kŭlak yang mŭmbaptisakan orang dŭngan Roh Alkudus.


Maka sŭtlah sudah iya bŭrkata itu, maka dihŭmbuskannya atas marika itu, sŭrta bŭrkata, Sambutlah ulihmu akan Roh Alkudus.


Kŭrna orang yang tŭlah disurohkan Allah itu iya mŭngatakan pŭrkataan Allah, sŭbab dibri Allah Roh Alkudus itu kapadanya dŭngan tiada bŭrkira kira.


Maka tŭgal iya tŭlah ditinggikan ulih tangan kanan Allah, dan tŭlah ditrimanya deripada Ayah akan pŭrjanjian Roh Alkudus, maka iya pula tŭlah mŭnuangkan akan dia itu spŭrti yang kamu lihat, dan kamu dŭngar pada skarang ini.


MAKA kamu tŭlah dihidopkannya yang tŭlah mati dalam kŭsalahan dan dosa.


Sungguh pun tŭtkala kami tŭlah mati dalam dosa itu, dihidopkannya kami bŭsŭrta dŭngan Almasih; maka ulih anugrahlah kamu dislamatkan.


Maka ulih sŭbab kamu tŭlah mati dalam dosamu, dan ulih sŭbab tiada tubohmu bŭrsunat itu, maka dihidopkan kamu bŭrsama sama dŭngan Isa, kŭrna sudah diampunilah sagala kasalahanmu itu.


Tŭtapi pŭrampuan janda yang dudok dŭngan lazat, iya itu tŭlah mati slagi iya hidop.


Kŭrna spŭrti tuboh itu dŭngan tiada bŭrnyawa matilah, dŭmkian lagi iman itu dŭngan tiada bŭramal matilah juga adanya.


Dipreksai pula ulih marika itu akan waktu yang manakah, dan pada jŭnis waktu yang manakah Roh Almasih itu yang ada dalam marika itu tŭlah mŭnyatakan, tŭtkala disaksikannya sagala pri sŭngsara Almasih, dan sagala kamulian tŭrdahulu deripada datangnya.


Maka marika itulah chachat adanya dalam sagala pŭrjamuan kasihmu, tŭtkala iya bŭrjamu dŭngan kamulah makan marika itu sŭndiri dŭngan tiada takot; maka marika itulah spŭrti awan awan yang tiada mŭngandong ayer, yang dilayangkan ulih angin bŭrkliling; pohon pohon kayu yang layu buahnya, tiada bŭrbuah dua kali mati, tŭrchabutlah dŭngan akarnya:


Katanya, Akulah Alif dan Ya, yang pŭrmulaan dan yang kasudahan: Maka barang yang angkau lihat, suratkanlah dalam suatu kitab, maka kirimkanlah kapada tujoh sidang jŭmaah yang ada diAsia; iya itu kapada Efesus, dan kapada Smyrna, dan kapada Pergamos, dan kapada Thieatira, dan kapada Sardis, dan kapada Filadalfia, dan kapada Laodikia.


Maka adalah pada tangan kanannya tujoh buah bintang, danlagi kluarlah deripada mulotnya sa’bila pŭdang tajam bŭrmata dua, dan mukanya spŭrti chahya matahari tŭtkala panas trek.


Dan rahsia tujoh buah bintang yang tŭlah angkau lihat pada tangan kananku itu, danlagi tujoh kaki dian yang kaamasan itu. Adapun tujoh buah bintang itu, iya itu mŭliekat mŭliekat tujoh sidang jŭmaah itu; maka tujoh kaki dian yang tŭlah angkau lihat itu, iya itulah tujoh sidang jŭmaah.


Deripada YAHYA datang kapada tujoh sidang jŭmaah yang ada diAsia: bahwa nihmat, dan sŭjahtralah kiranya deripadanya yang ada, dan yang tŭlah ada, dan yang akan datang, dan deripada tujoh arwah yang ada dihadapan arash Allah;


Aku kŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu, dan dimana kamu tinggal, iya itu ditŭmpat kadudokkan Shietan: dan angkau mŭmŭgang tŭgoh namaku, dan tiada bŭrsangkal akan imanku, mŭskipun pada zaman tŭtkala Antifas tŭlah mŭnjadi saksiku yang sŭtiawan, dan yang tŭlah dibunoh itu diantara kamu, ditŭmpat Shietan diam itu.


Kukŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu, dan kasihmu, dan khodmatmu, dan imanmu, dan sabarmu, dan sagala pŭkŭrjaanmu; maka yang kasudahan itu tŭrlebih deripada pŭrmulaan:


Bahwa kukŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu, dan kalŭlahanmu, dan sabarmu, dan bagimana angkau ta’bulih tŭrtahan akan orang orang yang jahat itu; dan angkau tŭlah mŭnchobai akan orang orang yang mŭngatakan dirinya rasul rasul itu, tŭtapi bukannya, dan angkau tŭlah mŭndapati marika itu pŭmbohong adanya:


Aku kŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu, dan kasukaranmu, dan kapapaanmu, tŭtapi angkau kaya, dan aku mŭngatahui akan sagala hujat marka itu yang mŭngatakan dirinya Yahudi, tŭtapi bukan, mŭlainkan iya itu kŭnisa Shietan adanya.


Bahwa kukŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu, maka tiadalah angkau sŭjok atau panas: kusukai angkau sŭjok atau panas,


Maka jagalah angkau, sŭrta kuatkanlah pŭrkara pŭrkara yang ada tinggal itu, yang hampir mahu mati: kŭrna tiadalah aku dapat pŭkŭrjaanmu itu samporna dihadapan Allah.


Bahwa aku kŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu: maka sŭsungguhnya, tŭlah kudirikan dihadapanmu suatu pintu yang tŭrbuka, maka sa’orang juapun tiada dapat mŭnutopkan dia; kŭrna adalah angkau sŭdikit kuat, dan tŭlah mŭmliharakan pŭrkataanku, maka tiada angkau bŭrsangkal akan namaku.


Maka kluarlah kilat, dan halalintar, dan bŭbrapa swara deri dalam arash itu: dan tujoh buah plita deripada api ada bŭrnyala dihadapan arash itu, maka iya itulah tujoh Arwah Allah.


Maka kulihat, hieran, ditŭngah arash itu, dan ditŭngah ampat binatang itu, dan ditŭngah orang tua tua itu, sa’ekor anak Domba tŭrdiri rupanya spŭrti tŭrsŭmblih, yang ada bŭrtandok tujoh dan bŭrmata tujoh, iya itulah tujoh Arwah Allah yang disurohkan pada sluruh bumi.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan