Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 11:3 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Aku kŭlak akan mŭmbri kwasa kapada dua orang saksiku, maka marika itu kŭlak akan bŭrnabuat sa’ribu dua ratus anam puloh hari lamanya, sŭrta dŭngan mŭmakie kain karong.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Aku akan memberikan kuasa kepada dua orang saksi-Ku dan mereka akan bernubuat selama seribu dua ratus enam puluh hari dengan memakai kain kabung.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Aku akan mengutus dua orang saksi-Ku yang mengenakan pakaian berkabung. Mereka akan mengisytiharkan perkhabaran Allah selama 1,260 hari.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Aku akan mengutus dua orang saksi-Ku yang mengenakan pakaian berkabung. Mereka akan mengisytiharkan perkhabaran Allah selama 1,260 hari.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 11:3
43 Iomraidhean Croise  

Karamlah bagiemu Koriezon! Karamlah bagiemu Bethsaida! Maka jikalau kiranya dalam nŭgri Thor dan Sidon tŭlah diadakan sagala ajaib yang spŭrti diadakan dalammu itu, nŭschaya lamalah sudah marika itu bŭrtaubat, dŭngan mŭmakei kain karong dan habu.


Tŭtapi jikalau tiada iya mahu mŭnrima pŭrkataanmu itu, bawalah sa’orang atau dua orang lagi sŭrtamu, supaya bulih ditŭntukan sagala pŭrkataanmu itu ulih mulot dua tiga orang saksi itu.


Karamlah bagie kamu Korezin! karamlah bagie kamu Bethsaida! kŭrna jikalau pŭkŭrjaan yang kwasa ini diadakan dalam Thor ban Sidon yang tŭlah diadakan dalammu; maka lamalah sudah marika itu bŭrtaubat dudok mŭmakie kain karong dan habu.


Maka kamulah ada saksi derihal pŭrkara pŭrkara ini.


Maka kamu pun akan mŭnjadi saksi juga, sŭbab kamu sudah bŭsŭrta dŭngan aku deri pada mulanya.


Maka jawab Yahya, Sa’orang pun tiada mŭndapat barang sa’pŭrkara, jikalau tiada dikurniakan akan dia deri dalam shorga.


Tŭtapi apabila datang kŭlak Roh Alkudus itu kapadamu, bahrulah kamu mŭnŭrima kwasa, maka kamu akan mŭnjadi saksiku, baik diJerusalem, baik dalam sluroh tanah Yahuda, dan Samaria, sampie kahujong bumi.


Maka bŭbrapa hari lamanya iya klihatan pada orang yang datang bŭrsama sama dŭngan dia deri Galilia kaJerusalem, maka marika itulah juga mŭnjadi saksinya kapada kaum itu.


Maka Isa itulah yang tŭlah dihidopkan Allah pula, maka atas pŭrkara inilah kami tŭlah mŭnjadi saksi.


Maka kamu tŭlah mŭmbunoh akan pŭnghulu slamat itu, yang tŭlah dihidopkan Allah deripada matinya. Maka atas pŭrkara yang dŭmkian itulah kami mŭnjadi saksi.


Arkian maka Allah sudah mŭngangkat bŭbrapa orang dalam sidang jŭmaah, pŭrtama tama rasol rasol, kaduanya nabi nabi, katiganya guru guru, kumdian deripada itu bŭbrapa ajaib, kumdian pula bŭbrapa kwasa mŭnyŭmbohkan, bŭbrapa pŭnulongan, bŭbrapa prentah, dan bŭrjŭnis jŭnis bahsa.


MAKA pada katiga kalinya aku handak datang kapada kamu, bahwa dŭngan saksi pŭrkataan mulot dua tiga orang, tiap tiap pŭrkataan akan ditŭtapkan.


Maka iyalah yang tŭlah mŭngangkatkan sŭparoh rasul rasul, dan sŭparoh nabi nabi, dan sŭparoh orang orang yang mŭngajar Injil, dan sŭparoh gombala gombala orang, dan guru guru.


Dan deripada Isa Almasih saksi yang sŭtiawan itu adanya, dan anak sulong yang pŭrtama deripada matinya, dan pŭnghulu sagala raja yang dibumi, kapada yang mŭngasihi kami sŭrta mŭmbasoh kami deripada dosa kami dŭngan bŭrkat darahnya sŭndiri,


Tŭtapi tinggalkanlah halaman yang diluar ka’abah itu, jangan diukor akan dia; kŭrna iya itu tŭlah dikurniakan kapada orang sŭsat, maka nŭgri yang suchi itu kŭlak akan dipijak pijak dibawah kaki marika itu ampat puloh dua bulan lamanya.


Marika itulah ada bŭrkwasa mŭnutopkan langit, supaya jangan turon hujan slama iya bŭrnabuat; dan lagi ada bŭrkwasa atas sagala ayer supapa dijadikannya dia darah, dan mŭmalu bumi dŭngan sagala jŭnis bala, sŭbrapa kali dikahandakkinya.


Maka pŭrampuan itupun bŭrlarilah kapadang bŭlŭntara, maka disanalah dijadikan Allah suatu tŭmpat bagienya, supaya dipliharakan ulih orang akan dia disana sa’ribu dua ratus anam puloh hari lamanya.


Maka tŭlah dibrilah padanya suatu mulot yang bŭrkata kata pŭrkara yang bŭsar bŭsar, dan hujat hujat; danlagi kwasa pun tŭlah dibrikan padanya, supaya iya tŭtap ampat puloh dua bulan lamanya.


Maka sujudlah aku dikakinya mŭnyŭmbah dia, maka bŭrkatalah iya padaku, Ingatlah angkau jangan buat bagitu: Aku ini sama hamba spŭrti angkau, dan sama spŭrti saudara saudara yang ada mŭngaku Isa: sŭmbahlah akan Allah: kŭrna akuan akan Isa itu, iya itu Roh yang bŭrnabuat.


Maka aku tŭlah mŭlihat bŭbrapa singgahsana, orang orang yang dudok diatasnya, tŭlah dikurniakan bagienya kwasa mŭnghukumkan: maka kulihat sagala nyawa orang yang tŭrpanggal lehernya deri sŭbab bŭrsaksi akan Isa, dan deri sŭbab pŭrkataan Allah, dan yang tiada mŭnyŭmbah akan binatang itu, atau gambarnya, atau tiada mŭnŭrima tandanya pada dahinya, atau pada tangannya; maka hidoplah marika itu bŭrkrajaan sŭrta dŭngan Almasih sa’ribu tahun lamanya,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan