Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 1:2 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Yang mŭnjadi saksi deri hal pŭrkataan Allah itu, dan yang disaksikan ulih Isa Almasih, dan deri hal sagala sŭsuatu yang tŭlah dilihatnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Maka Yohanes pun bersaksi tentang semua yang telah dilihatnya iaitu Firman Allah dan kesaksian Yesus Kristus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Yohanes menceritakan segala yang telah dilihatnya itu. Inilah laporannya tentang perkhabaran daripada Allah dan hal-hal yang dinyatakan oleh Yesus Kristus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Yohanes menceritakan segala yang telah dilihatnya itu. Inilah laporannya tentang perkhabaran daripada Allah dan hal-hal yang dinyatakan oleh Yesus Kristus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 1:2
22 Iomraidhean Croise  

Sŭbarmula maka bŭrsaksilah Yahya katanya, Bahwa aku tŭlah mŭlihat Roh itu turon deri langit spŭrti rupa mŭrpati lalu diam ka’atasnya.


Maka sŭbab itu kaum itu yang ada bŭsŭrta dŭngan Isa, tŭtkala iya bŭrtriak Lazaras deri dalam kubor itu, dan mŭnghidopkan dia mŭnjadi saksi.


Adapun orang yang tŭlah mŭlihat itu bŭrsaksi, maka bŭnarlah saksinya; maka iyalah tahu bahwa iya bŭrkata yang bŭnar, supaya kamu pŭrchaya.


Arkian bahwa inilah murid itu yang bŭrsaksi akan sagala pŭrkara ini, dan tŭlah mŭnyuratkan akan sagala pŭrkara ini, maka kami kŭtahui bahwa bŭnarlah saksinya itu.


Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu Adapun kami mŭngatakan barang yang kami kŭtahui, dan mŭnjadi saksi deripada barang yang tŭlah kami mŭlihat, tŭtapi tiada kamu mŭnŭrima saksi kami itu.


Kŭrna angkau kŭlak akan mŭnjadi saksinya kapada sagala manusia derihal sagala sŭsuatu yang angkau tŭlah mŭlihat dan tŭlah dŭngar.


Maka skarang pun bangunlah bŭrdiri, kŭrna aku tŭlah mŭnunjokkan diriku kapadamu, sŭbab handak mŭnŭntukan angkau mŭnjadi utosan dan saksi bagie sagala pŭrkara, baik yang tŭlah angkau lihat, baik yang aku akan mŭnunjokkan diriku kŭlak padamu.


Kŭrna dapat tiada kami bŭrkata kata juga akan pŭrkara yang tŭlah kami lihat, dan dŭngar.


Mŭskipun spŭrti saksi Almasih tŭlah ditŭtapkan dalam kamu:


HIE sagala saudaraku, adapun apabila aku tŭlah sampie kapadamu, bukannya kudatang dŭngan kaelokkan pŭrkataan atau hikmat, akan mŭnyatakan kapadamu rahsia Allah.


MAKA iya itu yang tŭlah deripada pŭrmulaannya, yang tŭlah kami dŭngar, dan yang tŭlah kami lihat dŭngan mata kami, dan yang tŭlah kami pandang, dan tangan kami tŭlah mŭnjamah akan kŭlimat alhayat itu.


Maka kami tŭlah sudah mŭlihat dan mŭnjadi saksi, bahwa Ayah itu tŭlah mŭnyurohkan anaknya itu akan mŭnjadi pŭnulong dunia.


Adapun Demetrius itu, namanya tŭrmashorlah kapada sagala orang, dan dalam kabŭnaran pun; bahkan, kami pun bŭrsaksilah, dan kamu pun tahu, bahwa saksi kami bŭnar adanya.


Katanya, Akulah Alif dan Ya, yang pŭrmulaan dan yang kasudahan: Maka barang yang angkau lihat, suratkanlah dalam suatu kitab, maka kirimkanlah kapada tujoh sidang jŭmaah yang ada diAsia; iya itu kapada Efesus, dan kapada Smyrna, dan kapada Pergamos, dan kapada Thieatira, dan kapada Sardis, dan kapada Filadalfia, dan kapada Laodikia.


Suratkanlah sagala pŭrkara yang tŭlah angkau lihat, dan sagala pŭrkara yang ada, dan sagala pŭrkara yang akan jadi kŭlak kumdian.


Bahwa aku ini Yahya, dan lagi saudaramu, dan taulanmu dalam kasukaran, dan dalam krajaan, dan sabar Isa Almasih, tŭlah ada dalam pulau yang bŭrnama Patmos, kŭrna pŭrkataan Allah, dan kŭrna mŭnyaksikan Isa Almasih.


Maka dialahkan ulih marika itu akan dia dŭngan darah anak Domba itu, dan dŭngan pŭrkataan yang disaksikan ulih marika itu; maka tiadalah marika itu sayangkan nyawanya sampie mati.


Maka naga itupun morkalah akan pŭrampuan itu, lalu pŭrgilah iya handak bŭrprang dŭngan bŭnihnya yang ada tŭrtinggal, yang mŭmliharakan hukum hukum Allah, dan yang ada saksi derihal Isa Almasih.


Maka aku tŭlah mŭlihat bŭbrapa singgahsana, orang orang yang dudok diatasnya, tŭlah dikurniakan bagienya kwasa mŭnghukumkan: maka kulihat sagala nyawa orang yang tŭrpanggal lehernya deri sŭbab bŭrsaksi akan Isa, dan deri sŭbab pŭrkataan Allah, dan yang tiada mŭnyŭmbah akan binatang itu, atau gambarnya, atau tiada mŭnŭrima tandanya pada dahinya, atau pada tangannya; maka hidoplah marika itu bŭrkrajaan sŭrta dŭngan Almasih sa’ribu tahun lamanya,


Maka biarlah kiranya nihmat Tuhan kami Isa Almasih bŭsŭrta dŭngan kamu skalian. Amin. TAMAT.


Maka apabila diuriekannya mutrie yang kalima itu, kulihat dibawah tŭmpat pŭrsŭmblihan itu nyawa orang orang yang tŭrbunoh sŭbab pŭrkataan Allah, dan sŭbab saksi yang dipautkannya:


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan