Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 8:5 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

5 Maka marika itu bŭrkhadam mŭnurot tauladan, dan bayang bayang pŭrkara yang dishorga, spŭrti fŭrman Allah kapada Musa tŭtkala iya handak mŭmbangunkan khemah sŭmbahyang, katanya: Lihatlah supaya angkau pŭrbuatkan skalian pŭrkara itu mŭnurot tauladan yang tŭlah ditunjokkan kapadamu diatas bukit.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Imam di dunia mempersembahkan salinan dan bayang-bayang perkara di syurga. Demikianlah arahan kepada Musa tatkala dia bersedia untuk membuat khemah itu. Allah berfirman, “Pastikan bahawa engkau membuat segalanya menurut contoh yang ditunjukkan kepadamu di atas gunung itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Tugas yang dilakukan mereka sebagai imam, sebenarnya hanya suatu gambaran dan bayangan daripada apa yang di syurga. Demikian juga halnya dengan Musa dahulu. Ketika dia hendak mendirikan Khemah Tuhan, Allah berfirman kepadanya, “Ingatlah, engkau harus membuat segala-galanya menurut contoh yang ditunjukkan kepadamu di atas gunung itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Tugas yang dilakukan mereka sebagai imam, sebenarnya hanya suatu gambaran dan bayangan daripada apa yang di syurga. Demikian juga halnya dengan Musa dahulu. Ketika dia hendak mendirikan Khemah Tuhan, Allah berfirman kepadanya, “Ingatlah, engkau harus membuat segala-galanya menurut contoh yang ditunjukkan kepadamu di atas gunung itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 8:5
18 Iomraidhean Croise  

Sŭtlah diingatkan Allah akan marika itu dalam mimpi, bahwa janganlah marika itu kŭmbali kapada Herodis lagi, maka pulanglah iya kanŭgrinya deripada sempang yang lain.


Bahwa khemah kŭsaksian itu adalah diantara nenek moyang kami dalam padang tiah, spŭrti yang tŭlah dititahkan Allah, maka fŭrmannya kapada Musa, Pŭrbuatlah itu ulihmu spŭrti tuladan yang angkau lihat.


Maka adalah iya itu bagie bayang juga deri hal pŭrkara pŭrkara yang akan datang, akan tŭtapi batinnya itu Almasih adanya.


ADAPUN tauret itu mŭnjadi bayang bayang sahja deri hal pŭrkara pŭrkara baik yang akan datang itu, bukannya rupa yang sungguh sungguh deripada sagala pŭrkara itu; maka tiada bulih skali kali dŭngan korban korban itu yang dipŭrsŭmbahkan pada tiap tiap tahun slalu bulih mŭnyampornakan orang yang datang kapadanya itu.


Adapun ulih sŭbab iman itu juga, tŭtkala diingatkan Allah akan Noh deri hal pŭrkara pŭrkara yang bŭlom klihatan, tŭrgraklah iya dŭngan katakutan, lalu disŭdiakannya sa’buah bahtra akan mŭmliharakan isi rumahnya; maka ulih sŭbab itulah juga iya mŭnyalahkan orang isi dunia, sŭrta iya mŭnjadi warith kabŭnaran ulih iman.


Maka ingat janganlah kamu ŭnggan akan dia yang bŭrkata kata itu, kŭrna jikalau kiranya tiada tŭrlŭpas marika itu yang ŭnggan akan dia yang bŭrkata kata diatas bumi ini skalipun, estimewa pula kami kŭlak bulih tŭrlŭpas, jikalau kita bŭrbalik deripadanya yang bŭrkata kata deri dalam shorga.


Maka adalah bagie kami suatu tŭmpat pŭrsŭmbahan, tiadalah patut bagie orang orang makan akan dia yang bŭrbuat ibadat dalam khemah tŭmpat sŭmbahyang itu.


Maka itulah tŭlah mŭnjadi suatu tanda pada dewasa itu, maka dalamnya itu dipŭrsŭmbahkan kaduanya pŭmbrian pŭmbrian dan korban korban, yang tiada dapat mŭnjadikan orang yang mŭngŭrjakan itu samporna, iya itu deri hal angan angan hatinya itu;


Kumdian deripada itu, kulihat, hieran, tŭrbukalah kaabah khemah kasaksian dalam shorga:


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan