Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 5:2 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Dan bulihlah iya mŭnaroh kasihan kapada orang bodoh, dan kapada orang yang sŭsat; kŭrna iya sŭndiri pun tŭlah dikŭpongi ulih kalŭmahan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Dia dapat merasakan belas kasih kepada mereka yang jahil dan sesat, kerana dia sendiri menghadapi kelemahan diri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Oleh sebab dia sendiri lemah dalam banyak perkara, dia dapat berlaku lemah lembut terhadap orang yang sesat kerana tidak tahu apa-apa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Oleh sebab dia sendiri lemah dalam banyak perkara, dia dapat berlaku lemah lembut terhadap orang yang sesat kerana tidak tahu apa-apa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 5:2
24 Iomraidhean Croise  

Tŭtapi aku tŭlah mŭmintakan doa akan dikau, supaya imanmu jangan hilang, maka apabila kamu tŭlah bŭrbalek, tŭgohkanlah akan saudara saudaramu.


Maka jikalau kiranya patut aku mŭmŭgahkan diriku, maka aku handak mŭmŭgahkan akan pŭrkara pŭrkara derihal kŭlŭmahanku.


Maka deri hal orang yang dŭmkian itulah aku handak mŭmŭgahkan: tŭtapi deri halku sŭndiri tiada aku mahu mŭmŭgahkan, mŭlainkan dalam hal sagala kalŭmahanku sahja.


Maka kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa aku mŭngajar Injil pada kamu mula mulanya dŭngan kalŭmahan tubohku,


Sŭbab ada gŭlap akalnya, dan sŭbab sudah bŭrchŭrie deripada hidop kŭrna Allah, mŭnurot kabŭbalan yang ada dalamnya ulih sŭbab tŭgar hatinya.


Yang pada mulanya aku ini sa’orang mŭnghujat akan agamanya, dan pŭngannyaya, dan mŭngŭsakkan orang; tŭtapi aku sudah mŭndapat kasihan, ulih sŭbab kupŭrbuat itu dŭngan bŭbal sŭrta dŭngan tiada bŭriman.


Dan ratakanlah lorong lorong bagie kakimu, supaya jangan yang tempang itu tŭrplechuk, mŭlainkan tŭrlebih baik iya itu disŭmbohkan.


Maka sŭbab itu haruslah iya dijadikan sama spŭrti saudara saudaranya atas sagala pŭrkara, supaya iya mŭnjadi imam bŭsar yang murah, lagi sŭtiawan dalam sagala pŭrkara bagie Allah, akan mŭndatangkan pŭrdamiean sŭbab dosa kaum itu.


Deri kŭrna iya sŭndiri tŭlah mŭnanggong sŭsangsara, sŭbab iya kŭna pŭrchobaan, maka dapatlah juga ditulongnya akan orang yang dichobai itu.


Kŭrna tiadalah kapada kami sa’orang Imam yang bŭsar yang tiada mŭnaroh insaf akan pŭrasaan sagala kalŭmahan kami, mŭlainkan iyalah yang tŭlah dichobai dŭngan sagala pŭrkara sama spŭrti kami ini juga adanya, akan tŭtapi iya tiada bŭrdosa.


Kŭrna tauret itu mŭnjadikan imam imam bŭsar itu orang yang lŭmah tabiatnya: tŭtapi pŭrkataan sumpah itu, yang tŭlah jadi kumdian deri tauret, mŭnjadikan anak laki laki itu imam, yang disampornakan sampie slama lamanya.


Akan tŭtapi dalam yang kadua itu mŭlainkan imam bŭsar sahja masok kadalamnya sa’tahun skali, dŭngan mŭmbawa darah yang dipŭrsŭmbahkannya kŭrna dirinya sŭndiri, dan kŭrna kŭsalahan kaum itu.


Saudara saudara, jikalau kiranya barang sa’orang diantara kamu yang sŭsat deripada bŭnar itu, dan jikalau sa’orang mŭmbawa balik akan dia;


Maka adalah hal kamu itu dahulunya spŭrti domba yang sŭsat; tŭtapi skarang kamu tŭlah dibalikkan kapada gombala, dan pŭmrentah jiwa kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan