Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 4:1 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 MAKA sŭbab itu handaklah kiranya kami takot, asal pŭrjanjian yang ditarohkan bagie kami akan masok kadalam pŭrhŭntian itu, jangan barang sa’orang deripada kamu tŭrbantut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Dengan demikian, oleh sebab janji untuk masuk ke dalam peristirahatan-Nya tetap wujud, kita haruslah bimbang kalau-kalau ada di antaramu yang dikira tidak layak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Tetapi sekarang Allah memberikan janji itu kepada kita bahawa kita boleh mendapat rehat yang difirmankan-Nya. Oleh itu biarlah kita berwaspada supaya tidak seorang pun di kalangan kamu gagal mendapat rehat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Tetapi sekarang Allah memberikan janji itu kepada kita bahawa kita boleh mendapat rehat yang difirmankan-Nya. Oleh itu biarlah kita berwaspada supaya tidak seorang pun di kalangan kamu gagal mendapat rehat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 4:1
28 Iomraidhean Croise  

Tŭtapi jikalau hamba yang jahat itu akan bŭrfikir dalam hatinya, tuanku itu lambat datang,


¶ Maka sŭbab itu, handaklah kamu bŭrtaubat, sŭrta bŭrbalik, supaya sagala dosamu itu dihapuskan, apabila datang kŭlak kapadamu kutika yang sŭgar deripada halrat Tuhan.


Baiklah, ulih sŭbab marika itu tiada bŭriman dipatahkan, maka angkau bŭrdiri dŭngan iman, janganlah hatimu bŭsar, mŭlainkan takotlah.


Kŭrna skaliannya itu tŭlah bŭrbuat dosa, dan tiada bŭrulih kŭmuliaan Allah.


Maka sŭbab itulah biarlah barang siapa yang mŭnyangka iya bŭrdiri, maka handaklah iya ingat baik baik asal jangan iya rŭbah.


MAKA skarang spŭrti adalah kami bŭkŭrja bŭrsama sama dŭngan dia, mŭminta sangat kapada kamu supaya jangan kiranya kamu mŭnŭrima anugrah Allah itu dŭngan sia sia.


Maka Almasih itu kŭlak mŭnjadi satu pun tiadalah guna pada kamu, barang siapa deripada kamu yang tŭlah dibŭnarkan ulih tauret; maka kamu tŭlah gugorlah deripada anugrah.


Maka jikalau kami tiada pŭrchaya, maka tinggallah juga iya dŭngan sŭtiawannya, iya tiada bulih mŭnyangkali dirinya.


Rajin rajin lihatlah asal jangan bŭrkorangan bagie sa’orang jua pun anugrah Allah, asal jangan barang akar yang pahit bŭrtumboh kŭlak mŭnyusahi kamu, maka deri sŭbab itulah kabanyakkan orang mŭnjadi nŭjis.


Maka ingat janganlah kamu ŭnggan akan dia yang bŭrkata kata itu, kŭrna jikalau kiranya tiada tŭrlŭpas marika itu yang ŭnggan akan dia yang bŭrkata kata diatas bumi ini skalipun, estimewa pula kami kŭlak bulih tŭrlŭpas, jikalau kita bŭrbalik deripadanya yang bŭrkata kata deri dalam shorga.


Maka ingatlah akan orang orang yang ada mŭmrentah akan dikau, dan yang mŭngajar akan dikau pŭrkataan Allah: ikotlah akan imannya, sŭrta timbangkanlah akan kasudahan klakuannya:


Maka sŭbab itu bŭrsumpahlah aku dŭngan morkaku, bahwa skali kali tiada marika itu akan masok kadalam tŭmpat pŭrhŭntianku.


Maka sŭbab itu biarlah kami bŭrusaha masok kadalam pŭrhŭntian itu, supaya janganlah barang sa’orang pun tŭrsrandong spŭrti sama tuladan orang yang tiada bŭriman itu.


Sŭbab itu adalah suatu pŭrhŭntian yang tinggal pada kaum Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan