Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 2:9 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

9 Tŭtapi ada kami tampak Isa itu yang dijadikannya tŭrŭndah sŭdikit deripada mŭliekat mŭliekat, kŭrna mŭrasai maut, tŭlah dimahkotai dŭngan kamuliaan dan hormat, supaya bulih iya dŭngan anugrah Allah patut mŭngŭchap maut kŭrna sagala manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Tetapi kita melihat Yesus, yang dijadikan rendah sedikit daripada malaikat, dimahkotakan dengan kemuliaan dan kehormatan kerana telah menderita kematian; supaya Dia, dengan kasih kurnia Allah, mengalami kematian untuk setiap manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Tetapi kita sudah melihat Yesus berkuasa! Untuk seketika, Dia dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat, supaya dengan rahmat Allah, Dia dapat mati untuk semua orang. Sekarang kita melihat Dia dikurniai kemuliaan dan kehormatan kerana Dia sudah menderita sampai mati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Tetapi kita sudah melihat Yesus berkuasa! Untuk seketika, Dia dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat, supaya dengan rahmat Allah, Dia dapat mati untuk semua orang. Sekarang kita melihat Dia dikurniai kemuliaan dan kehormatan kerana Dia sudah menderita sampai mati.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 2:9
39 Iomraidhean Croise  

Maka sasungguhnya aku bŭrkata padamu, maka ada orang orang yang bŭrdiri disini, yang tiada akan mŭrasai mati, kalau sŭbŭlom iya mŭlihat anak manusia itu datang kapada krajaannya.


Dan mŭngapa angkau mŭnaroh fikiran derihal pakieanmu? Maka timbangkanlah akan hal bunga bunga lili dipadang, bagimana iya bŭrtumboh, tiada iya bŭrusaha, dan tiada iya mŭmintal bŭnang.


MAKA kata Isa kapada marika itu, Bahwa sasunggohnya aku bŭrkata kapadamu, maka adalah sŭtŭngah deripada orang orang yang ada bŭrdiri disini yang tiada mŭrasai mati sampie marika itu kŭlak mŭlihat krajaan Allah itu datang dŭngan kwasanya.


Tŭtapi aku bŭrkata kapadamu dŭngan sŭbŭnarnya, adalah orang yang bŭrdiri disini yang tiada kŭlak mŭrasai mati sampie iya mŭlihat akan krajaan Allah.


¶ Arkian maka pada kaesokkan harinya, dilihat Yahya akan Isa datang kapadanya, lalu kata Yahya, Tengoklah anak domba Allah yang mŭnanggong dosa isi dunia ini.


Maka sŭbab itulah Ayah mŭngasihi akan daku, kŭrna aku sŭrahkan jiwaku, supaya aku mŭngambil pula akan dia.


Adapun apabila aku ini ditinggikan deri atas bumi, maka aku akan mŭnggrakkan orang sŭmua datang kapadaku.


¶ Kŭrna Allah tŭrsangatlah mŭngasihi orang isi dunia ini; sahingga dikurniakannya Anaknya yang tunggal itu, supaya barang siapa yang pŭrchaya akan dia, tiada iya akan binasa, mŭlainkan mŭndapat hidop yang kŭkal.


Bahwa sungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, adapun orang yang mŭmliharakan pŭrkataanku, maka tiadalah iya skali kali mŭrasai mati.


Sŭtlah itu kata orang Yahudi kapadanya, Bahwa skarang kami kŭtahuilah angkau tŭrkŭna jin; adapun Ibrahim sudah mati, dan sagala nabi nabi pun sudah mati, tŭtapi angkau bŭrkata, jika orang yang mŭmliharakan pŭrkataanku, tiada iya skali kali mŭrasai mati.


Maka tŭgal iya tŭlah ditinggikan ulih tangan kanan Allah, dan tŭlah ditrimanya deripada Ayah akan pŭrjanjian Roh Alkudus, maka iya pula tŭlah mŭnuangkan akan dia itu spŭrti yang kamu lihat, dan kamu dŭngar pada skarang ini.


Bahwa Allah Ibrahim, dan Allah Isahak, dan Allah Yakob, iya itu Allah nenek moyang kami, tŭlah mŭmuliakan Anaknya, iya itu Isa yang tŭlah kamu sŭrahkan kŭtangan musohnya, sŭrta mŭnyangkal akan dia dihadapan Pilatus, tŭtkala iya handak mŭlŭpaskan dia.


Sŭbab itu spŭrti kŭsalahan sa’orang itu, maka hukum tŭlah datang atas sagala manusia akan diseksakan, maka dŭmkianlah juga kabŭnaran sa’orang itu tŭlah mŭndatangkan pŭmbrian yang murah itu atas sagala manusia akan dibŭnarkan bŭrulih slamat kŭkal.


Tŭtapi tŭlah dinyatakan Allah kasihnya bagie kita tŭtkala kita lagi orang bŭrdosa, maka Almasih tŭlah mati akan ganti kita.


Kŭrna barang pŭrkara yang tiada dapat dipŭrbuat ulih tauret itu, sŭbab lŭmahlah iya ulih kŭrna hawa nafsu itu, maka Allah tŭlah mŭnyurohkan Anaknya sŭndiri dŭngan rupa tuboh manusia yang bŭrdosa itu, deri kŭrna dosa itu, dihukumkan dosa dituboh manusia.


Adapun Allah yang tiada sayang akan Anaknya sŭndiri, mŭlainkan disŭrahkannya dia akan ganti kita skalian; bŭtapa kiranya Tuhan tiada akan mŭmbri bŭrsama sama dŭngan Anaknya sagala pŭrkara kapada kita dŭngan kŭmewahannya?


Maka iya tŭlah mati mŭnggantikan skaliannya, supaya sagala orang yang hidop itu jangan hidop deripada masa ini lagi bagie dirinya, mŭlainkan bagie dia yang tŭlah mati, dan tŭlah bŭrbangkit ganti marika itu.


Kŭrna iya tŭlah mŭnjadikan Isa itu dosa bagie kami, yang tiada tahu bŭrdosa; supaya kami ini kŭlak dijadikan kabŭnaran Allah dalamnya


Tŭtapi apabila sampie gŭnap waktunya itu, maka disuroh Allah akan Anaknya itu yang tŭlah jadi deripada sa’orang pŭrampuan, tŭrta’lok dibawah hukum tauret;


Yang tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya akan mŭnjadi tŭbusan sagala manusia, iya itu akan mŭnjadi tanda pada masa yang tŭrtŭntu.


Angkau tŭlah suka akan kaadilan, dan mŭmbŭnchi akan kajahatan; maka sŭbab itulah Allah itu, iya itu Allahmu, tŭlah mŭlantekkan dikau dŭngan minyak kagŭmaran tŭrlebih deripada taulan taulanmu.


Maka sŭbab itu tŭtkala Isa masok kadalam dunia, katanya, Korban dan pŭrsŭmblihan itu tiadalah angkau kahandaki, mŭlainkan suatu tuboh angkau tŭlah sŭdiakan bagieku.


Maka deri sŭbab iman itu juga, maka Inok tŭlah dipindahkan kadalam shorga, supaya jangan iya mŭrasai mati; dan tiadalah iya klihatan lagi, kŭrna Allah tŭlah mŭmindahkan dia: kŭrna dahulu deripada kapindahannya itu iya tŭlah bŭrulih kanyataan, bahwa iya mŭmpŭrkŭnankan Allah.


Sŭrta mŭmandanglah kakapada Isa yang pŭrmulaan dan kasudahan iman itu; dan ulih sŭbab kasukaan yang ditarohkan dihadapannya iya tŭlah mŭnanggong salib, dan tiada mŭngindahkan malu, maka iyalah juga yang dudok disŭblah kanan arash Allah.


Maka angkau tŭlah mŭnjadikan dia itu rŭndah sŭdikit deripada mŭliekat mŭliekat; angkau mahkotai dia dŭngan kamuliaan dan hormat, sŭrta mŭnjadikan dia pŭmrentah atas sagala pŭrbuatan tanganmu.


Maka sŭbab itulah iya bŭrkwasa juga mŭmbri slamat sampie kasudahannya kapada orang orang yang mŭnghampiri kapada Allah ulihnya, sŭbab adalah iya hidop slama lamanya akan mŭnulong bŭchara akan hal marika itu.


Kŭrna tiap tiap imam bŭsar itu tŭlah ditŭntukan akan mŭmpŭrsŭmbahkan pŭmbrian dan korban korban, maka sŭbab itu ta’dapat tiada orang ini pun haruslah mŭnghadap barang apa yang akan dipŭrsŭmbahkan.


Maka kamu pŭrchaya, ulih sŭbab Isa, akan Allah yang tŭlah mŭnghidopkan dia deripaba matinya, dan tŭlah mŭngurniakan padanya kamuliaan, supaya iman dan harap kamu itu pun tŭtaplah kapada Allah adanya.


Maka iya itulah mŭnjadi suatu korban pŭrdamiean kŭrna dosa kami; maka bukannya kŭrna dosa kami sahja, mŭlainkan kŭrna dosa sagala isi dunia pun.


Maka matanya itu bagie api bŭrnyala, dan diatas kŭpalanya banyak mahkota; maka adalah suatu nama tŭrtulis atasnya, iya itu tiada dikŭtahui ulih barang sa’orang juapun, mŭlainkan iya sŭndiri.


Maka marika itupun mŭnyanyilah satu nyanyi yang bahru, katanya, Angkaulah yang layak mŭngambil kitab itu, sŭrta mŭnguriekan mutrie mutrienya, kŭrna angkau tŭlah tŭrsŭmblih, dan tŭlah mŭnubus kami kŭrna Allah ulih bŭrkat darahmu deripada tiap tiap katuronan, dan bahsa, dan kaum, dan bangsa;


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan