Ibrani 13:9 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)9 Maka janganlah kiranya kamu dianyut anyutkan dŭngan pŭngajaran yang bŭrbagie bagie dan yang dagang, kŭrna suatu pŭrkara yang baik adanya, kalu hati itu ditŭtapkan dŭngan anugrah, bukannya dŭngan makanan makanan, yang tiada mŭmbri fiedah kapada orang yang biasa dalam hal itu. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo9 Jangan terikut-ikut pelbagai ajaran yang berlainan daripada ajaran yang benar. Tetapkan hati dengan kasih kurnia Allah, bukan dengan makanan yang tidak menguntungkan mereka yang asyik dengannya. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)9 Janganlah biarkan segala macam ajaran ganjil menyesatkan kamu. Hati kita harus dikuatkan oleh rahmat Allah, bukan oleh ketaatan kepada peraturan tentang makanan. Orang yang mentaati peraturan itu tidak mendapat faedah daripadanya. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik9 Janganlah biarkan segala macam ajaran ganjil menyesatkan kamu. Hati kita harus dikuatkan oleh rahmat Allah, bukan oleh ketaatan kepada peraturan tentang makanan. Orang yang mentaati peraturan itu tidak mendapat faedah daripadanya. Faic an caibideil |
Adapun orang yang mŭngindahkan hari itu, maka iya mŭngindahkan itu bagie Tuhan; dan orang yang tiada mŭngindahkan hari itu, maka iya tiada mŭngindahkan itu bagie Tuhan. Adapun orang yang makan, maka iya makan itu akan mŭmuliakan Tuhan, kŭrna iya mŭnguchap shukor kapada Allah; maka orang yang tiada makan itu, tiadalah iya makan akan mŭmuliakan Tuhan, maka iya pun mŭnguchap shukor juga kapada Allah.
Maka marika itulah chachat adanya dalam sagala pŭrjamuan kasihmu, tŭtkala iya bŭrjamu dŭngan kamulah makan marika itu sŭndiri dŭngan tiada takot; maka marika itulah spŭrti awan awan yang tiada mŭngandong ayer, yang dilayangkan ulih angin bŭrkliling; pohon pohon kayu yang layu buahnya, tiada bŭrbuah dua kali mati, tŭrchabutlah dŭngan akarnya: