Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 13:15 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

15 Maka sŭbab itu dŭngan bŭrkatnya, biarlah kami mŭmpŭrsŭmbahkan korban pujian bagie Allah itu sŭntiasa, iya itulah buah mulot kami mŭnguchap shukor akan namanya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

15 Oleh itu, melalui-Nya marilah kita terus-menerus mempersembahkan korban iaitu pujian kepada Allah, sebagai buah-buahan hasil bibir kita, sambil bersyukur kepada nama-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

15 Oleh itu, marilah kita sentiasa persembahkan puji-pujian sebagai korban kepada Allah melalui Yesus. Kata-kata pujian itu persembahan kita, apabila kita mengaku Dia sebagai Tuhan kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

15 Oleh itu, marilah kita sentiasa persembahkan puji-pujian sebagai korban kepada Allah melalui Yesus. Kata-kata pujian itu persembahan kita, apabila kita mengaku Dia sebagai Tuhan kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 13:15
42 Iomraidhean Croise  

SŬBARMULA sŭbab itulah hie sagala saudaraku, aku pintalah kapadamu deri kŭrna sagala rahmat Allah, supaya kamu pŭrsŭmbahkan tubohmu akan mŭnjadi korban yang hidop, dan suchi, dan yang dipŭrkŭnankan Allah, kŭrna itulah ibadatmu yang layak.


Maka kamu pun spŭrti batu batu yang hidop itu, dibangunkan sa’buah rumah rohani, dan suatu pŭrhimponan imam imam yang suchi, akan mŭmpŭrsŭmbahkan bŭbrapa korban rohani, yang ditrima Allah ulih bŭrkat Isa Almasih.


Maka pada kutika itu juga bŭrkata Isa, Bahwa mŭnguchap shukorlah aku kapadamu, hie Ayah, Tuhan langit dan bumi, sŭbab angkau tŭlah mŭnyŭmbunyikan sagala pŭrkara ini deripada orang bŭrilmu dan bijaksana, dan tŭlah mŭnyatakan dia itu kapada kanak kanak.


Maka jikalau barang sa’orang mŭngajar, handaklah iya mŭngajar spŭrti fŭrman Allah; jikalau sa’orang bŭrkhodmat, biarlah iya bŭrkhodmat spŭrti dŭngan kwasa yang dikurniakan Allah, supaya dalam sagala pŭrkara Allah itu dimuliakan dŭngan bŭrkat Isa Almasih, maka kapadanyalah puji dan kwasa kŭkal sampie slama lamanya: Amin.


Kŭrna dŭngan bŭrkatnyalah kami kadua tŭlah bŭrulih jalan akan mŭnghadap Ayah dŭngan suatu roh juga.


Maka sŭbab itulah iya bŭrkwasa juga mŭmbri slamat sampie kasudahannya kapada orang orang yang mŭnghampiri kapada Allah ulihnya, sŭbab adalah iya hidop slama lamanya akan mŭnulong bŭchara akan hal marika itu.


Mŭnguchap shukorlah kapada Ayah yang tŭlah mŭlayakkan kami akan bŭrulih bahgian deripada pusaka orang orang salih dalam trang;


Adapun aku bŭrkata ini mŭnurot adat manusia ulih sŭbab kalŭmahan kaadaanmu, kŭrna spŭrti kamu tŭlah mŭnyŭrahkan anggota anggotmu itu akan dipŭrhamba ulih nŭjis dan kŭjahatan akan mŭmbuat kŭjahatan, maka dŭmkianlah juga skarang ini sŭrahkanlah anggota anggotamu akan dipŭrhamba ulih kabŭnaran kapada kasuchian.


Maka aku inilah pintu, jikalau barang sa’orang masok deripadaku, maka iya itu akan bŭrulih slamat, dan iya akan masok dan kluar, dan mŭndapat makanan.


Maka bŭrkatalah Isa padanya, Bahwa aku inilah jalan, dan kŭbŭnaran, dan hayat itu; maka barang sa’orang pun tiada bulih mŭndapatkan kapada Ayah jikalau tiada dŭngan aku.


¶ Maka pada waktu itu juga suka chitalah Isa dalam batin, katanya: Aku mŭnguchap shukorlah akan dikau, ya Ayah, Tuhah langit dan bumi, sŭbab angkau tŭlah mŭnyambunyikan pŭrkara pŭrkara ini deripada orang pandie dan bijak, dan tŭlah mŭnyatakan dia kapada kanak kanak, mŭskipun dŭmkian itu, kŭrna dŭmkianlah pada krelaanmu.


Maka sŭbab itu kami tŭlah mŭndapat satu krajaan yang tiada bulih digrakkan, maka biarlah kami mŭndapat anugrah, supaya dŭngan itu kami bulih bŭrbakti kapada Allah dŭngan pri yang dipŭrkŭnankan, sŭrta dŭngan hormat dan takot akan Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan