Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 3:9 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

9 Dan didapatinya akan daku dalamnya dŭngan tiada aku mŭmpunyai kabŭnaran yang deripada hukum tauret, hanya deripada kabŭnaran itu yang tŭrbit deripada iman akan Almasih, iya itu kabŭnaran yang deripada Allah ulih iman juga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 dan didapati di dalam-Nya, bukan dengan perbenaran sendiri yang datang dari Taurat, melainkan yang datang melalui iman kepada Kristus, perbenaran daripada Allah melalui iman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 dan bersatu dengan Dia. Hubungan baik dengan Allah tidak aku peroleh dengan jalan taat kepada Taurat. Tetapi sekarang aku mempunyai hubungan baik dengan Allah, kerana aku percaya kepada Kristus. Hubungan baik itu datang daripada Allah dan berdasarkan kepercayaan kepada Kristus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 dan bersatu dengan Dia. Hubungan baik dengan Allah tidak aku peroleh dengan jalan taat kepada Taurat. Tetapi sekarang aku mempunyai hubungan baik dengan Allah, kerana aku percaya kepada Kristus. Hubungan baik itu datang daripada Allah dan berdasarkan kepercayaan kepada Kristus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 3:9
56 Iomraidhean Croise  

Sŭbab itu, pŭrgilah kamu pŭlajari artinya pŭrkataan itu, Aku mahu bŭrkasih kasihan tŭrlebih deripada mŭmbri korban: kŭrna bukannya aku datang mŭnjŭmput orang yang bŭnar, mŭlainkan orang yang bŭrdosa itu supaya taubat.


Kŭrna dalamnya itulah dinyatakan kabŭnaran Allah deripada iman sampie kapada iman, spŭrti yang tŭlah tŭrsurat, Bahwasanya orang yang bŭnar itu akan hidop dŭngan iman.


Kŭrna dŭngan hatilah manusia itu pŭrchaya akan bŭrulih kabŭnaran, dan dŭngan mulotlah iya mŭngaku akan bŭrulih slamat.


Dan sŭlamku kapada Andronikus dan Junia, sanak sanakku, dan taulanku dalam pŭnjara, dan yang tŭrbilang diantara sagala rasol, dan lagi pula yang dalam agama Almasih tŭrdahulu deripadaku.


Maka adapun spŭrti dosa itu sudah dipŭrtuan kapada kŭmatian, maka dŭmkianlah juga anugrah itu pun bulih dipŭrtuan ulih sŭbab kabŭnaran kapada slamat kŭkal dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kami.


SŬBARMULA maka sŭbab itulah skarang tiada lagi kŭsalahan bagie orang yang ada dalam Isa Almasih, yang tiada mŭnurotkan hawa nafsu itu, mŭlainkan mŭnurot kahandak Roh adanya.


Kŭrna barang pŭrkara yang tiada dapat dipŭrbuat ulih tauret itu, sŭbab lŭmahlah iya ulih kŭrna hawa nafsu itu, maka Allah tŭlah mŭnyurohkan Anaknya sŭndiri dŭngan rupa tuboh manusia yang bŭrdosa itu, deri kŭrna dosa itu, dihukumkan dosa dituboh manusia.


Tŭtapi deripadanyalah juga kamu ada dalam bŭrkat Isa Almasih, yang tŭlah dijadikan Allah bagie kami hikmat, dan kabŭnaran, dan kasuchian, dan tŭbusan:


Maka sŭbab itulah jikalau barang sa’orang yang ada dalam Almasih, iyalah suatu kajadian yang bahru adanya: maka sagala pŭrkara yang lama itu sudah lalulah, maka sŭsungguhnya sagala pŭrkara itu mŭnjadi bahru.


Kŭrna iya tŭlah mŭnjadikan Isa itu dosa bagie kami, yang tiada tahu bŭrdosa; supaya kami ini kŭlak dijadikan kabŭnaran Allah dalamnya


Kami mŭngatahui bahwa sa’orang manusia itu tiada dibŭnarkan ulih amal tauret, mŭlainkan ulih bŭrimankan Isa Almasih, sungguh pun kami tŭlah pŭrchaya akan Isa Almasih, supaya kami dibŭnarkan ulih iman Almasih, dan bukannya kŭrna amal tauret: kŭrna ulih amal tauret itu sa’orang manusia tiada dibŭnarkan.


Dan derihal rajin, mŭngannyayakan sidang jŭmaah, derihal kabŭnaran yang dalam tauret, tiadalah taksir lagi.


Yang tŭlah mŭmbri slamat, dan mŭnjŭmpot kami dŭngan jŭmpotan yang suchi, bukannya deri sŭbab amal kami, mŭlainkan mŭnurot kahandak dan anugrahnya sŭndiri, yang tŭlah dikurniakannya kapada kami dŭngan bŭrkat Isa Almasih, iya itu dahulu deripada pŭrmulaan dunia.


Iya itu bukannya kŭrna pŭkŭrjaan amal kami itu yang tŭlah kami bŭrbuat itu, mŭlainkan deripada kamurahannya iya mŭlŭpaskan kami, dŭngan pŭmbasoh kajadian bahru itu, sŭrta dŭngan baiki Roh Alkudos.


Supaya ulih dua pŭrkara yang tiada bulih bŭrubah ubah itu, iya itu mustahillah adanya Allah itu bŭrdusta, maka kami pun bulih mŭndapat pŭnghiburan yang bŭsar yang tŭlah lari bŭrlindong akan mŭnchapie pŭngharapan yang ditarohkan dihadapan kami itu:


Kŭrna dalam banyak pŭrkara kita salahkan sŭmua; maka jikalau kiranya barang sa orang tiada bŭrsalah dalam pŭrkataannya, maka iyalah sa’orang yang samporna adanya, dan bulih mŭmbuboh kang pada sŭgŭnap tubohnya.


SIMON Petrus, sa’orang hamba dan rasul Isa Almasih, iya itu datang kapada sagala orang yang tŭlah bŭrulih sama iman yang indah dŭngan kami ulih bŭrkat ka’adilan Allah, sŭrta Isa Almasih pŭnulong kami.


Maka barang siapa yang bŭrbuat dosa itu, iyalah bŭrbuat dŭrhaka pada hukum Allah, kŭrna dosa itulah dŭrhaka akan hukum.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan