Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 3:3 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Kŭrna kami ini orang bŭrsunat, yang mŭnyŭmbah Allah dŭngan Roh, dan yang bŭrsukachita kŭrna Isa Almasih, dan tiada bŭrgantong pada daging.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Kerana kita ini orang bersunat, yang menyembah Allah dalam Roh, bermegah dalam Kristus Yesus, dan tidak mengharapkan hal lahiriah —

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Tetapi kitalah orang yang sudah menerima sunat yang benar, bukan mereka. Kita menyembah Allah dengan pertolongan Roh-Nya dan kita bersukacita kerana hidup bersatu dengan Kristus. Kita tidak bergantung kepada upacara yang lahiriah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Tetapi kitalah orang yang sudah menerima sunat yang benar, bukan mereka. Kita menyembah Allah dengan pertolongan Roh-Nya dan kita bersukacita kerana hidup bersatu dengan Kristus. Kita tidak bergantung kepada upacara yang lahiriah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 3:3
32 Iomraidhean Croise  

Bahwa Allah itulah akan mŭnjadi saksiku, dan kapadanya juga aku bŭrbakti dŭngan jiwaku dalam Injil Anaknya; bahwa dŭngan tiada bŭrkŭputosan juga aku mŭnyŭbut nama kamu slalu dalam doaku.


Maka sŭbab itulah mŭnjadi suatu sŭbab, supaya bulih aku mŭmŭgahkan diriku dŭngan bŭrkat Isa Almasih dalam sagala pŭrkara, mŭnuju jalan Allah.


Tŭtapi skarang kita tŭlah tŭrurielah deripada tauret, sŭbab kita tŭlah mati kapada tŭmpat kita tŭlah tŭrikat itu, supaya kita bŭrbuat bakti dŭngan hal Roh yang bahru, dan bukannya dŭngan hal hurof yang lama itu.


Kŭrna kamu tiada mŭnŭrima roh tawanan lagi, supaya kamu mŭnjadi takot pula, mŭlainkan kamu tŭlah mŭnŭrima roh anak angkat, maka sŭbab itulah kamu bŭrsru, Abba, ya Ayah.


Atau tinggi, baik dalam, atau barang suatu makhlok yang lain pun, tiada dapat mŭnchŭriekan kita deripada kasihan Allah yang ada dalam Isa Almasih Tuhan kita.


Bahwa bukannya kiranya pŭrkataan Allah itu sa’olah olah tiada mŭndatangkan fiedah skali kali. Kŭrna bukannya skalian marika itu orang Israil yang turon deri Israil.


Sŭbab tampaklah bŭbrapa orang yang mŭmŭgahkan dirinya chara manusia, maka aku pun handak mŭmŭgahkan diriku.


Maka jikalau kiranya kami hidop ulih Roh, maka biarlah kiranya kami mŭnurot jalan Roh.


Maka slamat dan rahmatlah kiranya atas sŭbanyak orang yang mŭnjalani spŭrti hukum ini, dan atas Israil Allah.


Pintalah doa slalu dŭngan bŭrbagie bagie doa, dan pŭrmintaan dŭngan tulongan Roh, dan bŭrjaga jaga dalam hal itu dŭngan sagala usaha, dan pŭrmintaan kŭrna sagala orang salih.


BAHWA Paulus dan Timothius, iya itu hamba hamba Isa Almasih, datang kapada sagala orang salih yang dalam agama Isa Almasih yang ada dinŭgri Filippi, sŭrta dŭngan sagala guru guru, dan sagala khadam khadam dalam agama.


Bukannya spŭrti yang sudah kudapati itu, atau sudah sampornalah aku ini, tŭtapi kukŭjar juga itu, kalau kalau aku bulih mŭnchŭkop itu yang spŭrti dichŭkopi ulih Isa Almasih akan daku pun.


Maka aku sŭrbu mŭnuju kapada alamat itu, supaya bŭrulih fahala jŭmpotan tinggi, iya itu deripada Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih.


Maka dalamnya pula kamu tŭlah disunatkan dŭngan sunat yang tiada dipŭrbuat dŭngan tangan, iya itu dŭngan mŭmbuangkan tuboh dosa deripada hawa nafsu ulih sunat Almasih.


Akan tŭtapi kamu, kŭkasih, bangunkanlah dirimu atas imanmu yang amat suchi itu, sŭrta mŭminta doalah dŭngan tulongan Roh Alkudus.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan