Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 1:14 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

14 Maka banyaklah saudara saudara yang dalam agama Tuhan bŭrtambah tambah yakin ulih sŭbab blungguku itu, maka makinlab lebih braninya bŭrkata kata pŭrkataan Allah dŭngan tiada takot.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

14 Juga, kebanyakan saudara kita dalam Tuhan menjadi yakin kerana aku dipenjarakan, mereka semakin berani menyebarkan firman Allah tanpa ketakutan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Oleh sebab aku dipenjarakan, kebanyakan orang Kristian di kota ini mempunyai keyakinan yang lebih teguh kepada Tuhan. Mereka semakin berani mengkhabarkan berita itu tanpa berasa takut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Oleh sebab aku dipenjarakan, kebanyakan orang Kristian di kota ini mempunyai keyakinan yang lebih teguh kepada Tuhan. Mereka semakin berani mengkhabarkan berita itu tanpa berasa takut.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 1:14
16 Iomraidhean Croise  

Maka kata Isa kapada orang yang mati tangannya itu, Bŭrdirilah angkau.


Iya mŭngurniakan kapada kami, supaya kami yang tŭlah tŭrlŭpas deripada tangan sŭtru sŭtru kami bulih bŭribadat kapadanya dŭngan tiada kŭtakotan.


Sŭbab nyatalah kamu ada mŭnaroh harap yang dŭmkian itu, kami mŭmakie pŭrkataan yang trang trang.


Brani bŭsarlah pŭrkataanku kapada kamu, dan bŭsarlah kamulianku deripadamu: maka aku tŭlah pŭnohlah dŭngan pŭnghiburan, dan aku tŭrsangatlah gŭmar dalam sagala kasukaran kami.


Sŭbab itulah aku minta supaya janganlah lŭmah hati kamu, tŭgal kasukaranku kŭrna kamu itu yang mŭndatangkan kamulian bagiemu.


Spŭrti dŭngan bŭrahi, kumŭnantikan sŭrta harap, dalam suatu jua pun tiada aku mŭnjadi malu, tŭtapi dŭngan sangat brani, spŭrti pada sŭdiakalanya, maka dŭmkian juga skarang pun, Almasih itu akan dimŭgahkan dalam diriku, baik dŭngan hidop, baik dŭngan mati.


Maka adalah patut bagieku mŭngirakan dŭmkian ini deri hal kamu skalain, ulih sŭbab kamu adalah dalam hatiku; sŭdang dalam hal tŭrblungguku itu, dan dalam bichara dan katŭtapan Injil itu, maka kamu skalian mŭndapat sama bahgian anugrah dŭngan aku.


MAKA sŭbab itu saudara saudaraku yang kukasih, dan yang kurindui, dan kasukaanku, dan mahkotaku, maka dŭmkian handaklah kamu bŭrdiri dŭngan tŭgohnya bagie Tuhan, hie kŭkasihku.


Supaya bulihlah kunyatakan itu spŭrti yang patut aku bŭrkata kata.


Adapun sagala hal ahwalku nanti dinyatakan ulih Tiekikus saudaraku yang kŭkasih itu, dan sa’orang utusan yang sŭtiawan, dan sama hamba dŭngan kami dalam Tuhan itu.


Tŭtapi mŭskipun kumdian dahulu deripada kami tŭlah mŭrasai, sŭrta dilakukan atas kami dŭngan klakuan yang tiada malu diFilippi, yang spŭrti kamu kŭtahui, maka kami brani juga kŭrna Allah, bŭrkata kata kapada kamu akan Injil Allah dŭngan banyak pŭrbantahan.


Maka deri sŭbabnyalah aku tŭlah mŭnanggong susah bagie sa’orang jahat, sampie kŭna bŭlunggu; tŭtapi pŭrkataan Allah itu tiada tŭrbŭlunggu adanya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan