Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filemon 1:10 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

10 Maka kupinta kapadamu deri kŭrna Onesimus, anakku yang tŭlah kupranakkan dalam blungguku,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 Aku membuat permintaan ini bagi pihak Onesimus, yang telah kujadikan sebagai anakku sendiri sewaktu aku di dalam penjara.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Aku mengajukan suatu permintaan bagi pihak Onesimus, yang aku anggap seperti anak sendiri, kerana dia juga percaya kepada Kristus. Semasa di penjara, aku menjadi seperti bapa kepadanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Aku mengajukan suatu permintaan bagi pihak Onesimus, yang aku anggap seperti anak sendiri, kerana dia juga percaya kepada Kristus. Semasa di penjara, aku menjadi seperti bapa kepadanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filemon 1:10
14 Iomraidhean Croise  

Maka dijawablah ulih sa’orang deripada bŭlatantara itu, katanya, Tuhan, adalah sahya mŭmbawa kapadamu sa’orang anakku laki laki yang tŭrkŭna hantu bisu.


SŬBARMULA sŭbab itulah hie sagala saudaraku, aku pintalah kapadamu deri kŭrna sagala rahmat Allah, supaya kamu pŭrsŭmbahkan tubohmu akan mŭnjadi korban yang hidop, dan suchi, dan yang dipŭrkŭnankan Allah, kŭrna itulah ibadatmu yang layak.


Maka bukannya aku mŭnyuratkan sagala pŭrkara ini supaya mŭmbri malu akan kamu, tŭtapi spŭrti anak anak yang kukasih aku mŭmbri nasihat kapada kamu.


Maka jikalau kiranya ada bagie kamu sa’laksa guru dalam agama Almasih skalipun, maka tiada juga bagiemu banyak bapa: kŭrna dŭngan bŭrkat Isa Almasih aku sudah pŭranakkan kamu ulih Injil.


Hie anak anakku yang kugandongkan kabratan akan mŭmpranakkan kamu pula, sahingga Almasih disifatkan dalam kamu;


Bŭrsama sama dŭngan Onesimus, saudara yang sŭtiawan dan kŭkasih, lagi sa’orang deri antaramu, maka marika itulah kŭlak akan mŭmbri tahu kapada kamu sagala pŭrkara yang tŭlah bŭrlaku disini.


Iya itu datang kapada Timothius, anakku sŭndiri yang dalam iman: maka biarlah nihmat, dan rahmat, dan slamat, kiranya atasmu deripada Allah, iya itu Ayah kami, dan Isa Almasih Tuhan kami.


Iya itu datang kapada Titus, anakku sungguh dalam iman yang sama pŭrulihan: maka biarlah kiranya anugrah dan rahmat, dan sŭjahtra, deripada Allah, iya itu Ayah, dan Tuhan Isa Almasih pŭnulong kami.


Yang pada masa tŭlah lalu itu tiada bŭrguna padamu, akan tŭtapi skarang bŭrgunalah iya padamu dan padaku.


Yang handak kumŭnahankan sŭrtaku, supaya iya akan bŭrkhodmat kapadaku gantimu, didalam blungguku deri kŭrna Injil.


Maka tiadalah tŭrlebih bŭsar kasukaanku deripada mŭnŭngar, bahwa anak anakku mŭlakukan dalam kabŭnaran.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan