1 Yahya 2:4 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)
4 Adapun orang yang bŭrkata, Bahwa aku mŭngŭnal akan dia, tŭtapi tiada dipliharakannya akan sagala hukumannya, maka iya itulah sa’orang pŭmbohong adanya, dan bŭnar itu tiada dalamnya.
4 Sekiranya seseorang berkata, “Aku mengenal Allah,” tetapi tidak taat akan perintah-Nya, maka dia seorang pendusta dan kebenaran tidak ada dalam dirinya.
Bahwa kamu deripada bapamu, iya itulah Iblis; adapun kainginan bapamu itulah yang kamu suka bŭrbuat; maka adalah iya itu sa’orang pŭmbunoh deripada mulanya; maka tiadalah iya tŭtap dalam kŭbŭnaran, kŭrna tiada kŭbŭnaran padanya. Apabila iya bŭrkata dusta, maka iya mŭnurot spŭrti kahandak hatinya, kŭrna iyalah pŭmbohong; dan lagi pula bapa bohong itu.
Maka marika itu mŭngakukan dirinya mŭngatahui Allah, tŭtapi dŭngan pŭrbuatannya iya mŭnyangkali dia, sŭbab marika itu kabŭnchian, dan dŭrhaka, dan tiada akal dalam barang pŭrbuatan yang baik.
Maka jikalau barang sa’orang bŭrkata, Bahwa aku mŭngasihi akan Allah, tŭtapi iya mŭmbŭnchikan saudaranya, iya itu pŭmbohong adanya; kŭrna orang yang tiada mŭngasihi saudaranya itu yang tŭlah dilihatnya, maka bagimanakah kŭlak iya bulih mŭngasihi akan Allah yang tiada dilihatnya?
Kŭkasih, biarlah kami mŭngasihi sa’orang akan sa’orang: kŭrna kasih itu deripada Allah; dan barang siapa yang mŭngasihi iya itulah tŭlah dipranakkan ulih Allah, dan mŭngatahui akan Allah.