Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




1 Yahya 2:1 - Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 KANAK kanakku yang kŭchil, bahwa aku bŭrkirim surat derihal pŭrkara pŭrkara inilah kapada kamu, supaya jangan kamu bŭrbuat dosa; maka jikalau barang sa’orang tŭlah bŭrbuat dosa, nŭschaya ada pada kita suatu pŭnulong bichara pada Ayah, iya itu Isa Almasih yang bŭnar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Anak-anakku, aku menuliskan hal-hal ini kepadamu supaya kamu tidak berbuat dosa. Akan tetapi, jika sesiapa berbuat dosa, kita mempunyai seorang Pembela ke hadirat Bapa, iaitu Yesus Kristus Yang Benar itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Anak-anakku, aku menulis surat ini kepada kamu, supaya kamu tidak berdosa. Tetapi jika seseorang berdosa, kita mempunyai seorang pembela, iaitu Yesus Kristus yang adil. Dia akan memohon bagi kita di hadapan Bapa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Anak-anakku, aku menulis surat ini kepada kamu, supaya kamu tidak berdosa. Tetapi jika seseorang berdosa, kita mempunyai seorang pembela, iaitu Yesus Kristus yang adil. Dia akan memohon bagi kita di hadapan Bapa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




1 Yahya 2:1
47 Iomraidhean Croise  

Sagala pŭrkara tŭlah disŭrahkan kapadaku deripada Ayahku; maka sa’orang pun tiada mŭngtahui siapakah Anak itu, mŭlainkan Ayah, dan siapakah Ayah itu, mŭlainkan Anak, dan kapada siapa Anak itu handak mŭnyatakan dia.


Maka spŭrti Ayah mŭngŭnal akan daku, dŭmkian juga aku mŭngŭnal akan Ayah, dan aku sŭrahkan jiwaku ganti sagala domba itu.


Hie anak anak yang muda muda, bahwa skutika sahja lagi aku ada sŭrta kamu, maka kamu akan mŭnchari aku, spŭrti yang tŭlah kukatakan kapada orang Yahudi, Bahwa barang kŭmana aku pŭrgi, maka kamu tiada bulih sampie kŭsana; maka dŭmkianlah juga aku bŭrkata padamu skarang ini.


Maka aku akan mŭmohonkan kapada Ayah, dan iya nanti mŭmbri pŭnghiburan yang lain, supaya tinggal bŭrsama sama dŭngan kamu sampie slama lamanya.


Maka bŭrkatalah Isa padanya, Bahwa aku inilah jalan, dan kŭbŭnaran, dan hayat itu; maka barang sa’orang pun tiada bulih mŭndapatkan kapada Ayah jikalau tiada dŭngan aku.


Maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Hie kanak kanak, adakah angkau mŭnaroh lauk? Maka sahut marika itu akan dia, Tiada.


Maka kumdian deripada itu bŭrtŭmulah Isa dŭngan dia dalam ka’abah, lalu bŭrkata kapadanya, Bahwa sŭsunggohnya angkau tŭlah disŭmbohkan, maka janganlah lagi angkau bŭrdosa, lamon jangan datang barang pŭrkara yang lebih jahat atasmu pula.


¶ Tŭtapi padaku ada saksi yang tŭrlebih bŭsar deripada yang disaksikan ulih Yahya, kŭrna sagala pŭrbuatan yang tŭlah dipulangkan ulih Ayah kapadaku akan mŭnghabiskan dia; adapun sagala pŭrbuatan yang kupŭrbuat itulah mŭnjadi saksi akan daku: bahwa Ayah itu tŭlah mŭnyurohkan aku.


Maka janganlah kiranya kamu bŭrlŭlah lŭlah sŭbab mŭncharoti yang fana, mŭlainkan roti yang baka sampie hidop slama lamanya, yang tŭlah dibri ulih Anak manusia kapadamu, kŭrna dialah yang tŭlah dimutriekan ulih Allah Ayah itu.


Maka jawab pŭrampuan itu, Sa’orang pun tiada Tuhan. Maka kata Isa padanya, Bahwa aku pun tiada mŭnghukumkan dikau; pŭrgilah angkau, jangan buat dosa lagi.


Siapakah deri antara sagala nabi yang tiada diannyayakan ulih nenek moyang kamu itu? maka marika itu tŭlah mŭmbunoh akan sagala orang yang tŭlah mŭnchŭrtrakan tŭrdahulu akan hal pri kŭdatangan orang yang bŭnar itu, iya itu yang tŭlah kamu sŭrahkan sŭrta mŭmbunoh akan dia.


Kŭrna jikalau tŭtkala kita lagi bŭrsŭtru, maka kita dipŭrdamiekan kapada Allah ulih kŭmatian Anaknya itu, istimewa pula ulih sŭbab kita tŭlah dipŭrdamiekan, maka kita kŭlak akan mŭndapat slamat ulih hidopnya.


Apatah kŭlak, patutkah kita bŭrdosa, ulih sŭbab bukannya kita dibawah tauret, mŭlainkan dibawah anugrah? Dijauhkan Allah.


Siapakah dia itu yang mŭnghukumkan? Mŭlainkan Almasih juga yang tŭlah mati, bahkan tŭrutama iya itu yang tŭlah dibangkitkan pula, maka iyalah juga yang pada kanan Allah, dan lagi yang mŭmohonkan kŭrna kita.


Maka handaklah kamu sŭdar dŭngan sŭbŭnarnya; maka janganlah kamu bŭrdosa, kŭrna sŭtŭngah deripada kamu tiada bŭrpŭngtahuan akan Allah; maka aku katakan ini sŭbab mŭmbri malu akan kamu.


Kŭrna iya tŭlah mŭnjadikan Isa itu dosa bagie kami, yang tiada tahu bŭrdosa; supaya kami ini kŭlak dijadikan kabŭnaran Allah dalamnya


Hie anak anakku yang kugandongkan kabratan akan mŭmpranakkan kamu pula, sahingga Almasih disifatkan dalam kamu;


Kŭrna dŭngan bŭrkatnyalah kami kadua tŭlah bŭrulih jalan akan mŭnghadap Ayah dŭngan suatu roh juga.


Bulihlah marah, tŭtapi janganlah bŭrdosa: janganlah kamu biarkan tinggal marahmu itu sampie masok mata hari.


Kŭrna Allah itu tunggal adanya, dan pŭngantara itupun suatu adanya, diantara Allah dan manusia, iya itulah Isa Almasih sa’orang manusia itu,


Pŭrkara pŭrkara inilah aku suratkan padamu, sŭrta dŭngan harap aku sŭgra datang kapadamu.


Kŭrna bukannya Almasih itu masok kadalam tŭmpat tŭmpat yang suchi itu, yang tŭlah dipŭrbuat dŭngan tangan manusia, yang ada mŭngibaratkan yang bŭnar itu, mŭlainkan kadalam shorga yang sŭbŭnarnya, supaya mŭnghadap Allah ulih kŭrna kita skarang.


Adapun agama yang pŭrsih, dan yang tiada bŭrchŭla dihadapan Allah dan Ayah itu, dŭmkianlah iya itu mŭlawat anak anak yang tiada bŭrbapa, dan pŭrampuan janda dalam kadukaannya, dan mŭmliharakan dirinya sŭndiri deripada kachŭlaan dunia.


Tŭtapi dŭngan lidah itu juga kami mŭmuji Allah, iya itu Ayah; dan dŭngan dia itu juga kami mŭlaanatkan manusia, yang tŭlah dijadikan atas pŭta Allah.


Kŭrna iya tiada bŭrdosa, atau tipu pun tiada didapati deripada mulotnya:


Kŭrna Almasih pun skali tŭlah mŭrasai sŭngsara sŭbab dosa, iya itu sa’orang bŭnar ganti orang yang tiada bŭnar, supaya iya kŭlak mŭmbawa kami kapada Allah, sŭbab iya tŭlah dibunoh dalam pri manusia, tŭtapi sudah dihidopkan ulih Roh.


Anakku yang kŭchil kŭchil, janganlah kami mŭngasihi dŭngan pŭrkataan, mŭskipun dŭngan lidah, mŭlainkan dŭngan pŭrbuatan dan dŭngan sŭbŭnarnya.


Maka kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa Isa itu tŭlah dinyatakan, supaya mŭnghapuskan sagala dosa kami, maka dalamnya itu tiada dosa.


Anak kŭchil kŭchil, bahwa janganlah barang sa’orang mŭnipu akan dikau; maka orang yang bŭrbuat bŭnar itu, iyalah juga bŭnar adanya spŭrti Almasih itu bŭnar adanya.


Anak kŭchil kŭchil, kamu inilah deripada Allah, dan kamu tŭlah mŭnang atas marika itu, sŭbab tŭrlebih bŭsarlah adanya yang didalammu itu deripada yang ada dalam dunia.


Maka sagala pŭrkara yang bukan bŭnar iya itu dosa adanya: dan ada pula dosa yang tiada mŭndatangkan mati.


Anak kŭchil kŭchil, jauhkanlah dirimu deripada sagala bŭrhala. Amin.


Maka tiadalah tŭrlebih bŭsar kasukaanku deripada mŭnŭngar, bahwa anak anakku mŭlakukan dalam kabŭnaran.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan