Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 9:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Tirus telah membina kubu-kubunya dan mengumpulkan sangat banyak emas dan perak, sehingga menjadi benda biasa seperti pasir di jalan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Tirus membina bagi dirinya suatu kubu. Ditimbuninya perak seperti debu dan emas seperti lumpur di jalan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Tirus telah membina kubu-kubunya dan mengumpulkan sangat banyak emas dan perak, sehingga menjadi benda biasa seperti pasir di jalan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 9:3
16 Iomraidhean Croise  

Dari situ mereka pergi ke selatan, ke Tirus, kota yang berkubu itu. Seterusnya mereka pergi ke semua kota orang Hewi dan orang Kanaan, dan akhirnya ke Bersyeba, di bahagian selatan Yehuda.


Semua cawan Raja Salomo dibuat daripada emas, dan semua perkakas di Dewan Hutan Lebanon dibuat daripada emas tulen. Perak tidak digunakan sama sekali, kerana pada zaman Raja Salomo, perak tidak dianggap berharga.


Pada masa pemerintahan Raja Salomo, perak merupakan barangan biasa seperti batu di Yerusalem, dan kayu sedar banyak seperti kayu ara di kaki-kaki bukit di Yehuda.


Lemparlah emasmu yang paling murni; lemparlah emasmu ke dasar sungai yang tidak berair lagi.


Perak orang jahat bertimbun-timbun, dan pakaian mereka bersusun-susun,


Tentu aku tertidur seperti putera raja yang mengisi rumah mereka dengan perak dan emas.


TUHAN telah merentangkan tangan-Nya ke atas lautan dan menggulingkan kerajaan-kerajaan. Dia telah memerintah supaya pusat-pusat perdagangan di Funisia dimusnahkan.


Siapakah yang merancangkan segala hal ini bagi Tirus, kota yang besar itu? Bukankah saudagar-saudagarnya kaum bangsawan yang paling dihormati di bumi?


Musuh akan merampas kekayaan dan barangan perniagaan kamu. Mereka akan merobohkan tembok-tembok dan menghancurkan rumah-rumah mewah kamu. Mereka akan membuang segala batu, kayu, dan runtuhan batu ke dalam laut.


Segala barang daganganmu, semua pelaut dan anak buahmu, tukang kayu dan kaum pedagangmu, dan setiap askar dalam kapalmu, semuanya hilang tenggelam apabila kapalmu karam.


Apabila kaum pedagangmu belayar ke seberang laut, kamu mencukupi keperluan setiap bangsa. Raja-raja menjadi kaya kerana baranganmu yang berharga.


Tetapi kini kamu sudah hancur, dan tenggelam ke dasar lautan. Baranganmu dan semua anak buahmu hilang bersama-sama kamu di lautan.’


TUHAN berfirman kepadaku,


TUHAN berfirman, “Penduduk Tirus sudah berkali-kali berdosa, oleh itu Aku pasti akan menghukum mereka. Mereka sudah membawa semua orang daripada satu bangsa ke pembuangan di negeri Edom; mereka tidak menepati perjanjian persahabatan yang dibuat oleh mereka.


Dari situ sempadan itu membelok ke Rama, sampai ke kota Tirus yang berkubu; lalu membelok ke Hosa dan berakhir di Laut Tengah. Wilayah itu meliputi kota Mahalab, Akhzib,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan