Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 8:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Aku akan kembali ke Yerusalem, kota-Ku yang suci itu dan menetap di situ. Yerusalem akan dikenal sebagai kota yang setia, dan bukit TUHAN Yang Maha Kuasa akan disebut bukit suci.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Beginilah firman TUHAN, ‘Aku akan kembali ke Sion dan bersemayam di tengah-tengah Yerusalem. Dan Yerusalem akan disebut Kota Setia, manakala gunung TUHAN alam semesta, akan disebut Gunung Suci.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Aku akan kembali ke Yerusalem, kota-Ku yang suci itu dan menetap di situ. Yerusalem akan dikenal sebagai kota yang setia, dan bukit TUHAN Yang Maha Kuasa akan disebut bukit suci.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 8:3
39 Iomraidhean Croise  

Dia berfirman, “Di Sion, bukit-Ku yang suci, Aku telah menabalkan raja-Ku.”


Aku akan tinggal bersama dengan umat Israel, dan Aku akan menjadi Allah mereka.


Kota yang dahulunya setia, sekarang berlaku seperti pelacur! Dahulu kota itu dipenuhi penduduk yang adil dan jujur, tetapi sekarang hanya pembunuh yang tinggal di sana.


Aku akan memberi kamu pemimpin dan penasihat seperti dahulu kala. Barulah Yerusalem akan disebut kota yang adil dan setia.”


Di Sion, Bukit Suci Allah, tiada apa-apa pun yang jahat atau berbahaya. Bumi akan penuh dengan orang yang mengenal dan menghormati TUHAN sebagaimana lautan penuh dengan air.


Hendaklah setiap penduduk Sion bersorak dan bernyanyi. Allah yang suci, Allah Israel itu agung, Dia tinggal di tengah-tengah kamu.”


Di serata negeri akan terdapat kejujuran dan keadilan.


Anak-anak penindasmu akan datang bersujud untuk menghormati engkau. Semua orang yang pernah menghina engkau akan bersujud pada kaki-Mu. Mereka akan menyebut engkau ‘Kota TUHAN’, ‘Sion, Kota Allah Israel, Allah yang suci’.


Serigala dan anak domba akan makan bersama-sama, singa akan makan jerami seperti lembu, dan ular tidak berbahaya lagi. Di Sion, bukit-Ku yang suci, tidak lagi terdapat perkara yang berbahaya ataupun jahat.”


Mereka akan membawa semua orang sesama bangsa kamu pulang dari negeri-negeri itu sebagai persembahan kepada-Ku. Mereka akan mengenderai kuda, baghal, unta, kereta kuda, dan pedati ke bukit-Ku yang suci di Yerusalem, seperti orang Israel membawa bijirin di dalam bekas yang bersih ke Rumah TUHAN untuk bersyukur kepada-Ku.


Inilah aku dengan anak-anak yang telah diberikan TUHAN kepadaku. TUHAN Yang Maha Kuasa yang bersemayam di Bukit Sion telah mengutus kami sebagai tanda kepada umat Israel.


Mengapakah Engkau seperti orang yang bingung, seperti pahlawan yang tidak sanggup menolong? Tentu Engkau menyertai kami, ya TUHAN! Kami umat-Mu, jangan tinggalkan kami!’ ”


“Ketika Raja Hizkia menjadi raja Yehuda, Nabi Mikha dari Moresyet memberitahu rakyat firman TUHAN Yang Maha Kuasa, ‘Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan runtuhan, dan bukit Rumah TUHAN akan menjadi hutan.’


TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel berfirman, “Apabila Aku mengembalikan umat-Ku ke negeri mereka, maka di negeri Yehuda dan di kota-kotanya akan terdengar lagi orang berkata, ‘Semoga TUHAN memberkati bukit suci di Yerusalem tempat kediaman yang khas bagi-Nya.’


Penduduk Yehuda dan Yerusalem akan diselamatkan, dan mereka akan hidup dengan aman. Kota itu akan dinamakan ‘TUHAN Penyelamat Kita’.


Seluruh tembok itu panjangnya 9 kilometer. Mulai sekarang kota itu dinamakan, “TUHAN Ada Di Sini!”


Engkau telah membela kami pada masa dahulu. Oleh itu janganlah murka lagi terhadap Yerusalem. Kota ini kota-Mu, bukit-Mu yang suci. Semua orang dari negeri-negeri jiran menghina Yerusalem dan umat-Mu, kerana dosa kami dan kejahatan yang dilakukan nenek moyang kami.


“Oleh itu hai Israel, barulah kamu tahu, bahawa Akulah TUHAN, Allah kamu. Aku tinggal di Sion, bukit-Ku yang suci. Yerusalem akan menjadi kota yang suci; orang bangsa asing tidak sekali-kali akan merampasnya lagi.


Pada masa depan gunung tempat Rumah TUHAN akan menjadi gunung yang tertinggi, mencuar tinggi melampaui semua gunung. Banyak bangsa akan berduyun-duyun ke sana,


Orang Israel yang terselamat tidak akan berbuat jahat kepada sesiapa pun; mereka tidak akan berdusta dan tidak menipu. Mereka akan makmur dan aman; mereka tidak akan takut kepada sesiapa pun.”


Oleh itu Aku kembali ke Yerusalem untuk mengasihani kota itu. Rumah-Ku akan dibina semula dan kota itu akan diperbaiki.”


Pada masa itu Aku akan menjadikan puak-puak Yehuda seperti api di tengah-tengah hutan atau di tengah-tengah ladang gandum yang telah masak; mereka akan membinasakan semua bangsa di sekitar mereka. Penduduk Yerusalem akan selamat di dalam kota.


Tanah di seluruh negeri, dari kota Geba di utara sampai ke Rimon di selatan, akan menjadi rata. Yerusalem akan menjulang tinggi, lebih tinggi daripada tanah di sekitarnya; keluasan kota itu dari Pintu Gerbang Benyamin sampai ke Pintu Gerbang Sudut, iaitu tempat pintu gerbang yang dahulu, dan dari Menara Hananel sampai ke tempat pemerasan buah anggur milik raja.


Inilah perkara yang harus kamu lakukan: Jika kamu bercakap, katakanlah yang benar kepada sesama kamu. Berikanlah keputusan yang adil, keputusan yang membawa kedamaian, di tempat pengadilan.


“Puasa yang dilakukan dalam bulan keempat, kelima, ketujuh, dan kesepuluh akan menjadi perayaan yang penuh kegembiraan dan kesukaan bagi penduduk Yehuda. Cintailah kebenaran dan kedamaian!”


Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita.


Yesus menjawab, “Sesiapa mengasihi Aku akan mentaati ajaran-Ku. Bapa-Ku akan mengasihi dia. Bapa-Ku dan Aku akan datang kepada orang itu dan tinggal dengan dia.


Tempat kediaman Allah tidak ada hubungannya dengan berhala. Kita ini tempat kediaman Allah yang hidup. Allah sendiri berfirman, “Aku akan tinggal bersama-sama mereka, dan hidup antara mereka; Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.


Seluruh keperibadian Allah juga terdapat dalam diri Kristus, pada waktu Dia hidup di bumi sebagai manusia.


Roh Allah menguasai aku, dan malaikat itu membawa aku ke puncak gunung yang sangat tinggi. Dia menunjukkan Yerusalem kepadaku, kota suci itu yang turun dari syurga daripada Allah,


Tetapi segala sesuatu yang najis tidak akan masuk ke kota itu, demikian juga orang yang melakukan perkara-perkara memalukan, dan orang yang berdusta. Hanya orang yang nama mereka tertulis di dalam Kitab Orang Hidup, yang dimiliki oleh Anak Domba akan masuk ke kota itu.


Aku mendengar suara lantang berseru dari takhta itu, “Sekarang Allah tinggal bersama-sama manusia! Dia akan hidup bersama-sama mereka dan mereka akan menjadi umat-Nya. Allah sendiri akan tinggal bersama-sama mereka dan menjadi Allah mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan