Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 4:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Dia bertanya, “Apakah yang engkau nampak?” Aku menjawab, “Aku nampak sebuah kaki pelita emas. Di bahagian atasnya ada sebuah mangkuk minyak. Pada kaki pelita itu ada tujuh buah pelita yang setiap satunya mempunyai tujuh buah tempat sumbu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Dia bertanya kepadaku, “Apakah yang kaulihat?” Jawabku, “Aku melihat sebuah kaki pelita yang seluruhnya terbuat daripada emas, dengan tempat minyak di puncaknya. Padanya ada tujuh buah pelita dengan tujuh buah corong minyak di bahagian puncak setiap pelita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Dia bertanya, “Apakah yang engkau nampak?” Aku menjawab, “Aku nampak sebuah kaki pelita emas. Di bahagian atasnya ada sebuah mangkuk minyak. Pada kaki pelita itu ada tujuh buah pelita yang setiap satunya mempunyai tujuh buah tempat sumbu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 4:2
19 Iomraidhean Croise  

bagi tiap-tiap pelita dan kaki pelita,


Tiap-tiap pagi dan petang mereka mempersembahkan kemenyan, dan juga binatang sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Mereka mempersembahkan roti sajian di atas meja yang dikhaskan, dan tiap-tiap malam mereka menyalakan pelita-pelita pada kaki pelita emas. Kami melakukan perintah TUHAN, tetapi kamu telah menolak Dia.


Mereka membuat sepuluh buah kaki pelita emas menurut bentuk yang telah ditentukan dan sepuluh buah meja, lalu meletakkan semuanya di dalam bilik utama Rumah TUHAN: lima buah kaki pelita dan lima buah meja di sebelah kanan, dan lima buah kaki pelita dan lima buah meja di sebelah kiri. Mereka juga membuat seratus buah mangkuk emas.


Rantai perak akan putus dan lampu emas jatuh dan pecah; tali timba di perigi putus dan kendi hancur berkecai.


Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, “Hai Yeremia, apakah yang engkau nampak?” Aku menjawab, “Aku nampak buah ara. Buah yang baik sangat baik, dan buah yang busuk sangat busuk sehingga tidak dapat dimakan.”


Mereka mengambil semua alat yang dibuat daripada emas dan perak, termasuk mangkuk-mangkuk kecil, perbaraan, mangkuk-mangkuk untuk menampung darah daripada korban-korban yang dipersembahkan, bekas-bekas abu, kaki-kaki pelita, mangkuk-mangkuk untuk kemenyan, dan mangkuk-mangkuk untuk persembahan wain.


Dia bertanya kepadaku, “Amos, apakah yang engkau nampak?” Aku menjawab, “Seutas tali unting.” Kemudian Dia berfirman, “Aku menggunakan tali unting ini untuk menunjukkan bahawa umat-Ku seperti tembok yang tidak tegak. Aku tidak akan mengubah fikiran-Ku lagi; Aku akan menghukum mereka.


Malaikat itu menanyakan apa yang aku nampak. Aku menjawab, “Aku nampak sebuah naskhah gulungan terbang di udara. Panjangnya sembilan meter dan lebarnya empat meter setengah.”


Aku menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang berkata-kata kepadaku. Lalu aku nampak tujuh buah kaki pelita daripada emas.


Inilah makna yang dilambangkan oleh tujuh buah bintang yang engkau lihat di tangan kanan-Ku dan oleh tujuh buah kaki pelita daripada emas itu. Tujuh buah bintang itu melambangkan para malaikat daripada jemaah di tujuh buah tempat itu, dan tujuh buah kaki pelita itu melambangkan jemaah di tujuh buah tempat itu.”


Takhta ini memancarkan pancaran kilat dan aku mendengar gemuruh bunyi guruh. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh buah suluh yang bernyala; itulah ketujuh-tujuh Roh Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan