Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 3:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Dalam penglihatan yang lain, TUHAN menunjukkan Imam Agung Yosua kepadaku. Imam Agung Yosua sedang berdiri di hadapan malaikat TUHAN. Iblis yang telah bersedia untuk menuduh Yosua, berdiri di sebelah Yosua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Seterusnya aku lihat Imam Besar Yosua yang sedang berdiri di hadapan malaikat TUHAN, sementara Iblis berdiri di sebelah kanannya untuk menuduhnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Dalam penglihatan yang lain, TUHAN menunjukkan Imam Agung Yosua kepadaku. Imam Agung Yosua sedang berdiri di hadapan malaikat TUHAN. Iblis yang telah bersedia untuk menuduh Yosua, berdiri di sebelah Yosua.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 3:1
36 Iomraidhean Croise  

Engkau dan perempuan itu akan saling membenci; keturunannya dan keturunanmu akan sentiasa bermusuhan. Keturunannya akan meremukkan kepalamu dan engkau akan mematuk tumit mereka.”


Semoga malaikat yang sudah melepaskan aku daripada segala bahaya, memberkati mereka. Semoga namaku dan nama nenek moyangku, Abraham dan Ishak tetap hidup kerana anak-anak ini! Semoga mereka mempunyai anak cucu dan keturunan yang banyak di bumi ini.”


Iblis hendak menyusahkan orang Israel; oleh itu dia membujuk Raja Daud supaya membanci penduduk Israel.


Hai anak-anak beta, jangan buang masa lagi. Kamulah yang telah dipilih oleh TUHAN untuk membakar kemenyan bagi-Nya, serta memimpin rakyat untuk menyembah Dia.”


Inilah senarai orang lelaki yang mempunyai isteri berbangsa asing: Para imam, terdaftar menurut puaknya; Puak Yesua dan saudara-saudaranya, iaitu anak-anak Yozadak: Maaseya, Eliezer, Yarib, dan Gedalya.


Para pemimpin mereka ialah Zerubabel, Yesua, Nehemia, Seraya, Reelaya, Mordekhai, Bilsan, Mispar, Bigwai, Rehum, dan Baana. Inilah senarai orang Israel dengan jumlah orang daripada setiap puak yang kembali dari pembuangan:


Apabila Zerubabel anak Sealtiel dan Yesua anak Yozadak mendengar perkhabaran nabi-nabi itu, mereka mula lagi membina Rumah TUHAN di Yerusalem. Kedua-dua orang nabi itu pun menolong mereka.


Apabila Allah berfirman hendak membinasakan umat-Nya; Musa, hamba pilihan-Nya, berdiri di hadapan Allah, dan memujuk Dia supaya tidak membinasakan mereka.


Pilihlah seorang jahat untuk menghakimi musuhku, dan biarlah musuh itu didakwa oleh lawannya sendiri.


Maka TUHAN menjawab, “Jika engkau kembali, Aku akan menerima engkau. Engkau akan menjadi hamba-Ku lagi. Jika engkau memberitakan perkhabaran yang berguna dan bukan yang sia-sia, engkau akan menjadi nabi-Ku semula. Orang akan datang kepadamu lagi, dan engkau tidak perlu pergi kepada mereka.


Mereka boleh bekerja di Rumah-Ku dengan menjaga pintu gerbang dan melakukan tugas di dalam Rumah-Ku. Mereka boleh menyembelih binatang yang dipersembahkan sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku, dan sebagai persembahan daripada umat, dan mereka wajib untuk sentiasa melayani umat.


TUHAN Raja berfirman, “Para imam Lewi daripada keturunan Zadok, tetap setia bekerja untuk Aku apabila umat Israel meninggalkan Aku. Oleh itu, sekarang merekalah yang akan bekerja untuk Aku dan datang ke hadirat-Ku untuk mempersembahkan lemak serta darah korban.


Pada tahun kedua pemerintahan Darius sebagai raja Persia, pada hari pertama bulan keenam, TUHAN berfirman melalui Nabi Hagai. Perkhabaran TUHAN itu ditujukan kepada Zerubabel anak Sealtiel, gabenor Yehuda, dan juga kepada Imam Agung Yosua anak Yozadak.


Kemudian Zerubabel dan Yosua serta segenap umat Israel yang sudah kembali dari pembuangan di Babilonia, mentaati kata-kata Nabi Hagai, utusan TUHAN itu. Mereka melakukan apa yang diperintahkan TUHAN kepada mereka, kerana mereka takut akan TUHAN.


Tetapi janganlah seorang pun putus asa! Teruskanlah pekerjaan itu, kerana Aku menyertai kamu.


TUHAN menjawab malaikat itu dengan firman yang menghiburkan hati,


Aku bertanya kepada malaikat yang telah bertutur kepadaku, “Apakah makna tanduk-tanduk itu?” Dia menjawab, “Tanduk-tanduk itu melambangkan kuasa kerajaan dunia yang mencerai-beraikan penduduk Yehuda, Israel, dan Yerusalem.”


Aku bertanya kepadanya, “Tuan, apakah maknanya semua kuda ini?” Dia menjawab, “Aku akan menunjukkan maknanya kepadamu.


Kemudian aku nampak malaikat yang telah bertutur dengan aku itu, melangkah maju, dan satu malaikat lain menemuinya.


Dengarlah hai Imam Agung Yosua, dan juga kamu imam-imam yang menjadi rakannya, kamu semua lambang masa depan yang baik. Pada masa itu, Aku akan mengutus hamba-Ku yang disebut ‘Tunas’.


Kemudian dia berkata, “Cabang itu melambangkan dua orang yang telah dipilih dan dilantik oleh Allah untuk mengabdi kepada-Nya, Tuhan alam semesta.”


Buatlah sebuah mahkota daripada emas dan perak yang dipersembahkan mereka itu, lalu pasanglah mahkota itu pada kepala Imam Agung Yosua anak Yozadak.


TUHAN Yang Maha Kuasa menjawab, “Aku akan mengirim utusan-Ku untuk menyediakan jalan bagi-Ku. Lalu dengan tiba-tiba Tuhan yang kamu cari, akan datang ke Rumah TUHAN. Utusan-Ku yang kamu nanti-nantikan itu akan datang dan mengisytiharkan perjanjian-Ku.”


Berjaga-jagalah dan berdoalah sentiasa supaya kamu mempunyai kekuatan untuk mengatasi semua perkara yang akan berlaku, lalu kamu dapat menghadap Anak Manusia.”


“Simon, Simon, dengarlah! Iblis telah mendapat kebenaran untuk menguji kamu semua, seperti peladang memisahkan gandum daripada sekam.


Di atas gunung, TUHAN melantik orang daripada suku Lewi untuk menjaga Tabut Perjanjian, dan untuk mengabdi kepada-Nya sebagai imam, dan juga untuk mengucapkan berkat demi nama-Nya. Hingga sekarang suku Lewi masih menjalankan tugas itu.


Sebaliknya TUHAN, Allah kamu akan mengutus seorang nabi kepada kamu; nabi itu akan seperti aku dan dia daripada bangsa kamu sendiri; kamu mesti taat kepadanya.


Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana Iblis, musuh kamu merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa.


Penduduk Bet-Semes berkata, “Siapakah yang sanggup menghadap TUHAN, Allah yang suci? Ke manakah harus kita hantarkan Dia supaya jauh daripada kita?”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan