Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 2:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 “TUHAN sendiri akan melawan kamu. Kamu akan dijarah oleh bekas hamba kamu sendiri.” Apabila hal itu berlaku, semua orang akan tahu bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa telah mengutus aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 “Sesungguhnya, Aku akan menggerakkan tangan-Ku terhadap mereka sehingga mereka menjadi jarahan bagi orang yang dahulunya takluk di bawah mereka.” Maka kamu akan tahu bahawa TUHAN alam semesta, telah mengutus aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 “TUHAN sendiri akan melawan kamu. Kamu akan dijarah oleh bekas hamba kamu sendiri.” Apabila hal itu berlaku, semua orang akan tahu bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa telah mengutus aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 2:9
30 Iomraidhean Croise  

Pada hari ini musuh berada di kota Nob; di sana mereka mengepalkan tinju ke arah Bukit Sion, ke kota Yerusalem.


TUHAN akan mengeringkan Teluk Suez. Dia akan membuat angin panas bertiup sehingga Sungai Efrat menjadi tujuh batang anak sungai yang cetek, dan sesiapa pun dapat menyeberanginya dengan berjalan kaki.


Hendaklah setiap penduduk Sion bersorak dan bernyanyi. Allah yang suci, Allah Israel itu agung, Dia tinggal di tengah-tengah kamu.”


Kibarkanlah panji perang di atas bukit yang gondol! Berserulah kepada para askar. Angkatlah lenganmu sebagai tanda bagi mereka untuk menyerang pintu-pintu gerbang kota yang sombong itu.


Banyak bangsa akan menolong umat Israel pulang ke tanah yang diberikan TUHAN kepada mereka. Di sana bangsa-bangsa akan menjadi abdi kepada Israel. Mereka yang dahulu menawan Israel, akan ditawan oleh Israel. Umat Israel akan memerintah bangsa-bangsa yang pernah menindas mereka.


Masanya akan tiba apabila orang Mesir akan menjadi seperti wanita yang penakut. Mereka akan gementar ketakutan apabila melihat TUHAN Yang Maha Kuasa merentangkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.


Masanya akan tiba apabila orang menyanyikan lagu ini di tanah Yehuda: Kota kita kuat! Allah yang membela temboknya!


Malanglah musuh kita! Mereka merompak dan berbuat khianat walaupun tiada sesiapa pernah merompak dan mengkhianati mereka. Tetapi masa untuk mereka merompak dan berbuat khianat itu akan tamat, lalu mereka sendiri akan dirompak dan dikhianati.


TUHAN akan memperlihatkan kemuliaan-Nya kepada kita. Kita akan tinggal berhampiran dengan sungai-sungai yang lebar dan anak-anak sungai, tetapi yang tidak dapat dilalui kapal musuh.


Lalu di atas Bukit Sion dan di atas semua orang yang berkumpul di situ, TUHAN akan mendatangkan awan pada siang hari dan asap serta api yang bernyala-nyala pada waktu malam. Kemuliaan Allah akan menudungi dan melindungi seluruh kota itu.


Dekatilah Aku, dan dengarlah firman-Ku. Sejak permulaan Aku telah berfirman dengan terus terang, dan sentiasa menjadikan firman-Ku kenyataan.” Sekarang TUHAN Raja mengutus aku dan memberi aku kuasa-Nya.


Keganasan tidak akan terdengar lagi; negerimu tidak akan mengalami kemusnahan lagi. Seperti tembok, Aku akan melindungi dan membela engkau; engkau akan memuji Aku kerana Aku Penyelamatmu.


Matahari tidak lagi menjadi penerangmu pada siang hari, bulan tidak lagi menjadi penerangmu pada malam hari; Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi bagimu; Aku akan menyinari engkau dengan kemuliaan-Ku.


Semua bangsa akan mengabdi kepada Raja Nebukadnezar, putera, dan cucunya sampai masa negerinya sendiri jatuh. Pada masa itu bangsa Babilonia akan mengabdi kepada bangsa-bangsa yang kuat dan raja-raja yang besar.


Tetapi nabi yang meramalkan keamanan, hanya dapat diakui sebagai nabi yang sungguh-sungguh diutus oleh TUHAN, apabila ramalannya menjadi kenyataan.”


Dengarlah! Di seluruh negeri aku mendengar bangsaku berseru, “Tiadakah TUHAN di Sion lagi? Di manakah raja Sion kini?” TUHAN, raja mereka menjawab, “Mengapa kamu membangkitkan kemurkaan-Ku? Aku murka kerana kamu menyembah berhala kamu dan bersujud kepada dewa-dewa asing yang sama sekali tidak berguna.”


Oleh itu mereka tidak usah mengumpulkan kayu api di ladang ataupun menebang pokok di hutan, kerana mereka mempunyai cukup bahan api daripada senjata yang ditinggalkan itu. Mereka akan menjarah dan merampas harta orang yang dahulu menjarah serta merampas harta mereka.” TUHAN Raja telah berfirman.


Oleh itu, hai Israel, kamu akan tahu bahawa Aku ada di tengah-tengah kamu, dan bahawa Aku, TUHAN ialah Allah kamu, dan tiada lagi yang lain. Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi.”


Kamu menebang pokok-pokok di hutan Lebanon, tetapi sekarang kamu sendiri akan ditebang. Kamu membunuh binatang di situ, tetapi sekarang binatang akan menakutkan kamu. Semuanya ini berlaku kerana pembunuhan dan keganasan yang telah kamu lakukan terhadap penduduk dunia serta kota-kota di dunia.


Kamu telah merampas harta banyak bangsa. Tetapi kini bangsa-bangsa yang terselamat akan merampas harta kamu kerana pembunuhan yang telah kamu lakukan dan kerana kekejaman kamu terhadap penduduk dunia serta kota-kota di dunia.


Demi Aku TUHAN yang hidup, Allah yang disembah Israel, Aku bersumpah bahawa Moab dan Amon akan dimusnahkan seperti Sodom dan Gomora. Negeri-negeri itu akan dipenuhi perigi garam dan selama-lamanya menjadi puing-puing, yang ditumbuhi semak duri. Umat-Ku yang terselamat akan menjarah harta penduduk negeri-negeri itu lalu merampas tanah mereka.”


TUHAN sudah berhenti menghukum kamu; Dia telah mengusir semua musuh kamu. TUHAN, raja Israel, menyertai kamu; tiada lagi yang menakutkan kamu.


Pada masa itu banyak bangsa akan datang kepada TUHAN untuk menjadi umat-Nya. Dia akan tinggal di tengah-tengah kamu, dan kamu akan tahu bahawa TUHAN telah mengutus aku kepada kamu.


Sesiapa yang menyerang kamu, menyerang buah hati-Ku.” Oleh itu TUHAN Yang Maha Kuasa menyuruh aku menyampaikan perkhabaran ini kepada bangsa-bangsa yang telah menjarah umat-Nya,


Dia berfirman, “Zerubabel telah meletakkan batu asas Rumah-Ku, dan dia akan menyelesaikan bangunan itu. Jika hal itu berlaku, umat-Ku akan tahu bahawa Akulah yang telah mengutus engkau, Zakharia, kepada mereka.


Orang dari tempat jauh akan datang untuk membantu membina Rumah TUHAN. Selepas Rumah itu selesai dibina semula, kamu akan tahu bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa telah mengutus aku kepada kamu. Semua hal itu akan berlaku jika kamu sungguh-sungguh mematuhi perintah TUHAN, Allah kamu.


TUHAN Yang Maha Kuasa akan melindungi umat-Nya, mereka akan membinasakan musuh. Mereka akan memekik seperti orang mabuk memekik, sambil menumpahkan darah musuh; darah musuh akan mengalir seperti darah korban, yang dicurahkan di atas mazbah dari sebuah mangkuk.


Aku memberitahu kamu perkara ini sekarang, sebelum semuanya berlaku. Apabila perkara itu berlaku kelak, kamu akan percaya bahawa Akulah Dia yang menyebut diri-Nya AKU.


Tetapi sekarang Aku sudah mengatakan semua ini kepada kamu, supaya apabila hal itu berlaku kelak, kamu akan ingat bahawa Aku sudah memberitahu kamu.” “Aku tidak memberitahu kamu hal ini dari permulaan, kerana Aku masih bersama-sama kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan