Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 2:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Malaikat yang pertama berkata kepada malaikat yang kedua, “Cepat pergi kepada pemuda yang memegang tali pengukur itu, dan beritahu dia bahawa Yerusalem akan penuh sesak dengan manusia dan ternakan, sehingga tembok kota tidak dapat dibina lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Kepadanya dikatakan, “Larilah, katakanlah kepada pemuda itu, ‘Yerusalem akan berdiri seperti kampung tidak bertembok kerana ramainya manusia dan binatang di dalamnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Malaikat yang pertama berkata kepada malaikat yang kedua, “Cepat pergi kepada pemuda yang memegang tali pengukur itu, dan beritahu dia bahawa Yerusalem akan penuh sesak dengan manusia dan ternakan, sehingga tembok kota tidak dapat dibina lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 2:4
24 Iomraidhean Croise  

Itulah sebabnya orang Yahudi yang tinggal di kota-kota kecil merayakan hari keempat belas bulan Adar dengan berpesta. Pada hari itu mereka saling memberikan hadiah berupa makanan.


Pandanglah kota Sion tempat kita merayakan hari perayaan agama. Pandanglah Yerusalem! Tempat itu akan menjadi kediaman yang selamat seperti khemah yang belum pernah dipindahkan, yang pasaknya belum pernah dicabut dan talinya tidak pernah putus.


Tetapi apabila hamba-Ku bernubuat, apabila Aku mengutus hamba-Ku untuk menyatakan rancangan-Ku, Aku melaksanakan nubuat dan rancangan itu. Aku berfirman bahawa Yerusalem akan didiami semula, dan kota-kota Yehuda akan dibina semula. Kota-kota itu akan bangkit daripada runtuhan.


Anak-anak yang dilahirkan dalam pembuangan akan berkata kepada kamu pada suatu hari kelak, ‘Negeri ini terlalu kecil, kita memerlukan tempat tinggal yang lebih besar!’


Akulah yang menciptakan tukang besi, yang menyalakan api lalu membuat senjata. Aku juga yang menciptakan askar, yang menggunakan senjata itu untuk membunuh.


Aku menjawab, “Ya TUHAN Raja, aku tidak pandai bercakap kerana aku masih terlalu muda.”


Orang akan tinggal di Yehuda dan di semua kotanya. Di sana akan ada petani, dan gembala dengan ternakan mereka.


Aku, TUHAN, berfirman bahawa akan tiba masanya apabila Aku memenuhi negeri Israel dan Yehuda dengan manusia dan haiwan.


Aku akan menambah bilangan keturunan hamba-Ku Daud, dan bilangan para imam keturunan Lewi, sehingga jumlah mereka tidak dapat dihitung seperti bintang di langit dan pasir di pantai.”


Engkau bertekad untuk menyerang satu negeri yang tidak mempunyai pertahanan, negeri yang penduduknya hidup dengan aman dan tenteram di kota-kota yang tidak bertembok dan tidak mempunyai alat-alat pertahanan.


Allah memberi empat orang pemuda itu pengetahuan dan kepakaran dalam kesusasteraan dan falsafah. Tambahan pula, Dia memberi Daniel kebolehan untuk mentafsirkan penglihatan dan mimpi.


Mereka harus kacak, berpendidikan tinggi, cerdas, dan berpengetahuan luas serta tidak cacat, supaya mereka dapat berkhidmat di istana raja. Aspenas diperintah supaya mengajar mereka membaca dan menulis bahasa Babilonia.


Hai penduduk Yerusalem, masa untuk membina semula tembok-tembok kota telah tiba. Pada masa itu kawasan kamu akan diperluas.


Oleh itu Aku kembali ke Yerusalem untuk mengasihani kota itu. Rumah-Ku akan dibina semula dan kota itu akan diperbaiki.”


Malaikat itu menyuruh aku mengisytiharkan perkhabaran ini juga, “TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman bahawa kota-kota-Nya akan makmur semula dan bahawa sekali lagi Dia akan menolong Yerusalem dan mengakuinya sebagai milik-Nya sendiri.”


Pada masa itu Aku akan menjadikan puak-puak Yehuda seperti api di tengah-tengah hutan atau di tengah-tengah ladang gandum yang telah masak; mereka akan membinasakan semua bangsa di sekitar mereka. Penduduk Yerusalem akan selamat di dalam kota.


TUHAN akan mendatangkan penyakit yang mengerikan kepada semua bangsa yang memerangi Yerusalem. Mata dan lidah mereka, bahkan seluruh tubuh mereka akan membusuk sementara mereka masih hidup.


Jangan biarkan sesiapa pun menghina engkau kerana engkau muda. Sebaliknya, hendaklah engkau menjadi teladan bagi semua orang yang percaya kepada Kristus dengan percakapanmu, kelakuanmu, kasihmu untuk orang lain, imanmu kepada Kristus dan cara hidupmu yang suci.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan