Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 10:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 TUHAN berfirman, “Aku murka terhadap orang bangsa asing yang memerintah umat-Ku. Aku akan menghukum mereka. Penduduk Yehuda milik-Ku, dan Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa akan memelihara mereka. Mereka akan menjadi kuda perang-Ku yang kuat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 “Murka-Ku menyala-nyala terhadap para gembala dan Aku akan menghukum para pemimpin! TUHAN alam semesta, akan mengurus kawanan domba-Nya, iaitu keturunan kaum Yehuda, dan akan menjadikan mereka seperti kuda perang yang penuh kemegahan dalam peperangan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 TUHAN berfirman, “Aku murka terhadap orang bangsa asing yang memerintah umat-Ku. Aku akan menghukum mereka. Penduduk Yehuda milik-Ku, dan Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa akan memelihara mereka. Mereka akan menjadi kuda perang-Ku yang kuat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 10:3
28 Iomraidhean Croise  

Kuda berdengus setiap kali trompet dibunyikan; dari jauh tercium olehnya bau peperangan, dan didengarnya perwira memekikkan arahan.


Mereka percaya, lalu sujud menyembah apabila mendengar bahawa TUHAN sudah memperhatikan mereka dan melihat segala penderitaan mereka.


Orang menyiapkan kuda untuk berperang, tetapi TUHAN yang memberikan kemenangan.


Hai sayangku, engkau laksana kuda betina yang memberahikan kuda jantan penarik kereta kuda raja Mesir.


Tetapi Tuhan berfirman, “Setelah selesai apa yang hendak Aku lakukan di Bukit Sion dan di Yerusalem, Aku akan menghukum raja Asyur kerana cakap besarnya dan kesombongannya.”


Masanya akan tiba apabila TUHAN menghukum para penguasa di angkasa dan raja-raja di bumi.


Aku menjawab, “Para pemimpin kita bodoh. Mereka tidak minta petunjuk daripada TUHAN. Itulah sebabnya mereka tidak berjaya, dan bangsa kita terserak ke mana-mana.


Oleh itu, TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Aku akan menghukum mereka! Pemuda mereka akan terbunuh dalam peperangan dan anak-anak mereka akan mati kebuluran.


Selepas itu Aku akan menghukum orang Babilonia dan raja mereka kerana dosa mereka. Aku akan memusnahkan negeri Babilonia dan membiarkannya menjadi runtuhan selama-lamanya.


Menangislah, hai para pemimpin, kamu yang menjadi gembala umat-Ku, menangislah kuat-kuat! Merataplah dan berguling-gulinglah dalam debu, kerana sudah tiba masanya kamu dibantai; kamu akan disembelih seperti domba jantan.


Umat-Ku seperti kawanan domba yang telah dibiarkan sesat di gunung-gunung oleh gembala-gembala mereka. Mereka seperti domba yang mengembara dari gunung ke gunung, dan sudah lupa akan tempat tinggal mereka.


TUHAN Raja berfirman, “Aku sendiri akan mencari umat Israel, domba-domba-Ku, dan memelihara mereka,


seperti seorang gembala mencari dan mengumpulkan domba-dombanya yang tercerai-cerai. Aku akan mengumpulkan mereka dari tempat mereka tercerai-cerai pada malam yang gelap dan nahas itu.


“Hai manusia fana, kecamlah raja-raja Israel. Bernubuatlah dan sampaikanlah apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada mereka, ‘Alangkah malangnya kamu, hai gembala-gembala Israel. Kamu hanya menjaga kepentingan diri sendiri dan bukan kepentingan domba-domba.


Dengan tipu daya raja akan berjaya mendapat sokongan orang yang telah meninggalkan agama itu, tetapi pengikut-pengikut Allah akan melawannya.


TUHAN berfirman, “Pada hari pembantaian itu, Aku akan menghukum para pembesar, putera-putera raja, dan semua orang yang mengamalkan adat resam bangsa asing.


Penduduk Yehuda yang terselamat akan menduduki tanah kamu. Mereka akan menggembalakan ternakan di situ, lalu pada malam hari mereka akan tidur di rumah-rumah di kota Askelon. TUHAN, Allah mereka akan menyertai mereka dan menjadikan mereka makmur semula.


Terkutuklah gembala yang tidak berguna itu! Dia meninggalkan kawanan dombanya. Peperangan akan mengakhiri kekuasaannya. Lengannya akan menjadi lemah dan mata kanannya menjadi buta.”


“Marilah kita memuji Tuhan, Allah bangsa Israel! Dia sudah datang untuk menyelamatkan umat-Nya dan membebaskan mereka.


Kelakuan kamu antara orang yang tidak mengenal Allah, hendaklah begitu baik sehingga apabila mereka menuduh kamu sebagai orang jahat, mereka terpaksa mengakui perbuatan kamu yang baik, dan memuji Allah pada hari Allah datang untuk menghukum orang.


Kemudian Naomi mendengar bahawa TUHAN telah memberkati umat-Nya dengan memberikan hasil tanaman yang baik kepada mereka. Oleh itu Naomi bersiap-siap untuk meninggalkan Moab bersama dengan kedua-dua orang menantunya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan