Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 10:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Orang bertanya kepada berhala dan ahli nujum, tetapi jawapan yang diterima mereka hanya dusta dan repekan belaka. Ada orang yang mentafsirkan mimpi, tetapi tafsiran mereka hanya menyesatkan kamu. Penghiburan yang diberikan oleh mereka pun sia-sia sahaja. Oleh itu rakyat merayau-rayau seperti domba yang sesat. Mereka berada dalam kesusahan kerana tidak mempunyai pemimpin.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Patung berhala rumah mengatakan kesia-siaan dan penenung menyampaikan penglihatan dusta. Mereka menceritakan mimpi-mimpi bohong dan memberikan penghiburan yang sia-sia. Oleh sebab itu orang berkeliaran seperti kawanan domba, menderita kerana tidak ada gembala.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Orang bertanya kepada berhala dan ahli nujum, tetapi jawapan yang diterima mereka hanya dusta dan repekan belaka. Ada orang yang mentafsirkan mimpi, tetapi tafsiran mereka hanya menyesatkan kamu. Penghiburan yang diberikan oleh mereka pun sia-sia sahaja. Oleh itu rakyat merayau-rayau seperti domba yang sesat. Mereka berada dalam kesusahan kerana tidak mempunyai pemimpin.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 10:2
44 Iomraidhean Croise  

Pada masa itu Laban berada di padang dan sedang menggunting bulu dombanya. Pada masa itulah Rahel mencuri patung pelindung keluarga kepunyaan bapanya.


Mikha menjawab, “Hamba nampak tentera Israel tercerai-cerai di bukit-bukit seperti kawanan domba yang tidak mempunyai gembala. TUHAN berfirman, ‘Semua orang ini tidak mempunyai pemimpin; biarlah mereka pulang dengan selamat.’ ”


Kamu menutup kebodohan kamu dengan dusta; kamu seperti doktor yang tidak berguna.


Tetapi kamu cuba menghiburkan aku dengan cakap kosong, dan segala jawapan kamu itu bohong!”


Semua dewa itu tidak berguna, tidak dapat berbuat apa-apa. Dewa-dewa itu patung sahaja, lemah dan tidak berdaya.”


Aku mempermainkan tukang tilik, Aku menggagalkan ramalan ahli nujum. Aku membantah pendapat orang bijak, dan menyatakan bahawa kebijaksanaan mereka itu kebodohan.


Semua orang yang membuat berhala tidak berguna, dan dewa-dewa yang dipuja mereka pun tidak berguna. Mereka yang menyembah dewa-dewa itu buta dan tidak tahu apa-apa; oleh itu mereka akan dipermalukan.


Dengan siapakah kamu akan membandingkan Aku? Adakah sesiapa yang sama dengan Aku?


Mereka semua bebal dan bodoh. Apakah yang dapat dipelajari mereka daripada patung berhala yang dibuat daripada kayu?


Kemudian aku berkata, “Ya TUHAN Raja, Engkau tahu nabi-nabi memberitahu rakyat bahawa tidak akan ada peperangan atau kebuluran, kerana Engkau telah berjanji bahawa di negeri ini akan selalu ada kedamaian.”


Tiada dewa bangsa-bangsa dapat menurunkan hujan; langit pun tidak dapat mencurahkan hujan. Ya TUHAN, Allah kami, Engkaulah satu-satunya harapan kami, kerana Engkaulah yang menyebabkan semuanya terjadi.


Mereka selalu berkata kepada orang yang tidak mahu mendengarkan firman-Ku, ‘Kamu akan selamat.’ Mereka berkata kepada setiap orang yang degil, ‘Kamu tidak akan ditimpa bencana.’ ”


Aku, TUHAN berfirman; dengarlah! Aku akan melawan nabi-nabi yang menyampaikan mimpi yang penuh dusta. Mereka menceritakan mimpi-mimpi itu lalu menyesatkan umat-Ku dengan dusta dan cakap besar mereka. Aku tidak mengutus atau memberikan arahan kepada nabi-nabi itu. Mereka sama sekali tidak berguna bagi umat-Ku. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Mereka menipu kamu sehingga kamu dibawa jauh dari negeri kamu. Aku akan mengusir kamu, dan kamu akan binasa.


Jangan dengarkan nabi-nabi yang melarang tuanku takluk kepada raja Babilonia. Mereka menipu tuanku.


Jangan dengarkan nabi-nabi kamu atau sesiapa pun juga yang melarang kamu takluk kepada raja Babilonia, walaupun mereka mengaku dapat meramalkan masa depan, sama ada melalui mimpi, atau dengan memanggil roh orang mati, atau dengan ilmu sihir.


Kemudian aku menyampaikan firman itu kepada Hananya, lalu aku berkata lagi, “Dengarlah, hai Hananya! TUHAN tidak mengutus engkau; engkau menyebabkan bangsa ini mempercayai dusta.


Aku TUHAN, Allah Israel, memberikan amaran kepada kamu supaya tidak membiarkan diri ditipu oleh nabi-nabi yang tinggal di tengah-tengah kamu atau oleh sesiapa pun yang berkata bahawa mereka dapat meramalkan masa depan. Jangan pedulikan mimpi mereka.


Di manakah nabi-nabi tuanku yang meramalkan raja Babilonia tidak akan menyerang tuanku dan negeri ini?


TUHAN berfirman, “Umat Israel seperti kawanan domba yang dikejar dan dicerai-ceraikan oleh singa. Mula-mula mereka diserang oleh raja Asyur, kemudian Raja Nebukadnezar dari Babilonia, mengerumit tulang-tulang mereka.


untuk menyembelih gembala dan kawanan domba, untuk menyembelih pembajak dan kuda mereka, untuk meremukkan para penguasa dan pegawai mereka.”


Mereka menganggap luka-luka umat-Ku sebagai luka kecil sahaja. Mereka berkata, ‘Semuanya baik dan aman.’ Tetapi sebenarnya sama sekali tidak baik dan tidak aman.


Mereka menganggap luka-luka umat-Ku sebagai luka kecil sahaja. Mereka berkata, ‘Semuanya baik dan aman.’ Tetapi semuanya sama sekali tidak baik dan tidak aman.


Nabi-nabimu hanya tahu berdusta; mereka menipu engkau dengan tidak menyatakan dosamu. Mereka membuat engkau berfikir bahawa engkau tidak perlu bertaubat.


Raja Babilonia berdiri di sisi papan tanda itu, di simpang jalan. Untuk menentukan jalan mana yang akan dilaluinya, dia akan menggoncang anak panahnya, bertanya kepada berhala-berhalanya, dan memeriksa hati binatang yang dipersembahkan sebagai korban.


Penglihatan yang kamu lihat itu palsu. Ramalan kamu pun dusta semata-mata. Kamu derhaka dan jahat. Hari hukuman terakhir bagi kamu sudah dekat. Pedang akan memenggal leher kamu.


Kerana tidak mempunyai gembala, domba-domba itu tercerai-cerai dan menjadi mangsa binatang buas.


Demi Aku, Allah yang hidup, dengarlah firman-Ku. Domba-domba-Ku telah diterkam dan dibunuh, serta dimakan binatang buas kerana tiada gembala yang menjaga domba-domba itu. Kamu, gembala-gembala-Ku tidak berusaha untuk mencari domba-domba itu. Kamu menjaga kepentingan diri sendiri, bukan kepentingan domba-domba-Ku.


Begitu juga untuk masa yang lama umat Israel akan hidup tanpa raja atau pemimpin, tanpa korban-korban, atau tugu-tugu keramat, tanpa berhala-berhala atau patung-patung yang digunakan untuk meramalkan masa depan.


Tetapi Aku akan mengumpulkan kamu semua, hai umat-Ku Israel yang masih hidup. Aku akan mengumpulkan kamu bagaikan domba-domba yang pulang ke kandang. Umpama padang rumput yang penuh dengan domba, sekali lagi negeri kamu akan penuh dengan orang.”


Apakah gunanya berhala? Berhala hanya buatan manusia dan yang kamu dapat daripadanya hanya dusta belaka. Apakah keuntungan yang diperoleh pembuat berhala dengan berhala? Berhala tidak dapat bercakap!


Terkutuklah gembala yang tidak berguna itu! Dia meninggalkan kawanan dombanya. Peperangan akan mengakhiri kekuasaannya. Lengannya akan menjadi lemah dan mata kanannya menjadi buta.”


seorang yang dapat mengetuai mereka ketika berperang. Jangan biarkan umat-Mu menjadi seperti kawanan domba yang tidak mempunyai gembala.”


Apabila Dia melihat orang ramai itu, Dia mengasihani mereka kerana mereka risau dan tidak berdaya, seperti kawanan domba tanpa gembala.


Apabila Yesus turun dari perahu, Dia nampak orang ramai di situ. Hati-Nya penuh belas kasihan kerana mereka seperti domba tanpa gembala. Dia pun mula mengajarkan banyak perkara kepada mereka.


untuk mengajak kamu menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan yang tidak pernah kamu sembah. Walaupun perkara yang dijanjikan oleh nabi itu benar-benar berlaku,


Kemudian lima orang yang telah mengintip negeri di sekitar Lais berkata kepada sahabat-sahabat mereka, “Tahukah kamu bahawa di dalam salah satu rumah ini ada sebuah patung berhala daripada kayu yang bersalut perak? Ada juga beberapa buah patung berhala lain dan sehelai efod. Cuba fikir apa yang harus kita lakukan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan