Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 1:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Tetapi sekarang Aku berfirman kepada kamu: Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Oleh sebab itu katakanlah kepada bangsa ini: Beginilah firman TUHAN alam semesta, ‘Kembalilah kepada-Ku,’ demikianlah firman TUHAN, ‘maka Aku akan kembali kepadamu,’ firman TUHAN alam semesta.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Tetapi sekarang Aku berfirman kepada kamu: Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 1:3
33 Iomraidhean Croise  

lalu dia pergi menghadap Raja Asa. Katanya, “Dengarlah hamba, hai Raja Asa, dan kamu semua penduduk Yehuda dan Benyamin! TUHAN berserta kamu selama kamu berserta Dia. Jika kamu mencari Dia, maka Dia akan berkenan ditemui oleh kamu. Tetapi jika kamu meninggalkan Dia, maka Dia akan meninggalkan kamu.


Tetapi pada masa kesusahan, mereka minta tolong kepada TUHAN, Allah Israel. Mereka mencari Dia, lalu menemui Dia.


Tetapi apabila negeri aman lagi, mereka berdosa semula, dan Engkau pun membiarkan musuh mengalahkan mereka. Namun ketika mereka bertaubat dan memohon Engkau menyelamatkan mereka, dari syurga Engkau mendengarkan seruan mereka; dan berulang kali Engkau menyelamatkan mereka demi belas kasihan-Mu yang besar.


Engkau mesti kembali kepada Allah dengan rendah hati, dan segala kejahatan di rumahmu hendaklah engkau akhiri.


TUHAN berfirman, “Hai umat Israel, kamu telah berdosa terhadap-Ku dan menentang Aku. Tetapi sekarang kembalilah kepada-Ku!


Aku telah menghapus segala dosa kamu seperti awan dibawa angin. Kembalilah kepada-Ku, kerana Akulah yang menyelamatkan kamu.”


Tetapi selepas Aku membuang mereka, Aku akan mengasihani mereka lagi; setiap bangsa akan Kubawa kembali ke negeri mereka sendiri.


Mereka menyuruh kamu meninggalkan cara hidup yang jahat dan perbuatan yang berdosa, supaya kamu akan tetap tinggal di negeri yang telah diberikan oleh TUHAN kepada kamu dan kepada nenek moyang kamu sebagai milik pusaka.


TUHAN berfirman, “Apabila seorang suami menceraikan isterinya, lalu perempuan itu menjadi isteri orang lain, maka bekas suaminya tidak boleh mengambil dia kembali sebagai isteri, kerana perbuatan itu akan menajiskan seluruh negeri ini. Engkau Israel, sudah mempunyai banyak sekali kekasih, dan sekarang engkau mahu kembali kepada-Ku pula!


Kembalilah, kamu semua yang telah meninggalkan TUHAN; Dia akan menyembuhkan kamu dan menjadikan kamu setia. Kamu berkata, “Sekarang kami datang kepada TUHAN kerana Dia Allah kami.


Aku terus-menerus mengutus semua hamba-Ku, para nabi kepada kamu, dan mereka telah menyuruh kamu meninggalkan perbuatan jahat dan melakukan yang baik. Mereka memperingatkan kamu supaya tidak menyembah ataupun mengabdi kepada tuhan-tuhan lain, agar kamu boleh terus tinggal di negeri yang telah Kuberikan kepada kamu dan nenek moyang kamu. Tetapi kamu tidak mendengarkan ataupun mengendahkan Aku.


TUHAN berfirman, “Umat Israel, jika kamu mahu kembali, maka kembalilah kepada-Ku. Jika kamu setia kepada-Ku dan membuang berhala yang Aku benci,


Mungkin kamu bertanya mengapa anak itu tidak menanggung akibat daripada dosa bapanya. Jawapannya adalah anak itu berbuat yang adil dan baik. Dia mentaati hukum-Ku dan melakukannya dengan setia. Oleh itu dia pasti akan hidup.


Tinggalkanlah segala kejahatan yang telah kamu lakukan, dan biarlah fikiran dan hati kamu menjadi baru. Mengapakah kamu, umat Israel mahu mati?


Aku tidak mahu sesiapa pun mati,” Demikianlah firman TUHAN Raja. “Bertaubatlah daripada dosa kamu dan hiduplah.”


Beritahulah mereka bahawa demi Aku, TUHAN Raja, Allah yang hidup, Aku tidak suka melihat orang berdosa mati. Aku lebih suka melihat mereka bertaubat dan hidup. Hai Israel, berhentilah berbuat dosa! Mengapakah kamu mahu mati?


Samaria harus dihukum kerana memberontak terhadap Aku. Rakyatnya akan mati dalam peperangan. Bayi akan dihempaskan sehingga hancur, dan perut wanita hamil dibelah.”


Negeri Asyur tidak akan dapat menyelamatkan kami. Kereta kuda pun tidak dapat melindungi kami. Kami tidak akan berkata lagi kepada berhala bahawa berhala-berhala itu Allah kami. Ya TUHAN, Engkau mengasihani orang yang tidak mempunyai sesiapa pun yang dapat diharapkan.”


Umat Israel berkata, “Marilah kita kembali kepada TUHAN. Dia telah menyakiti kita, tetapi tentu Dia akan menyembuhkan kita pula. Dia telah melukai kita, tetapi tentu Dia akan membalut luka-luka kita.


TUHAN berfirman, “Tetapi sekarang bertaubatlah dengan sungguh-sungguh dan kembalilah kepada-Ku dengan berpuasa, menangis, dan meratap.


Seperti nenek moyang kamu dahulu, kamu semua sudah menyimpang daripada hukum-Ku dan tidak setia melaksanakannya. Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu. Tetapi kamu bertanya, ‘Apakah yang harus kami lakukan untuk kembali kepada-Mu?’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan