Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Zakharia 1:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 TUHAN Yang Maha Kuasa memberikan perintah kepada Zakharia untuk menyampaikan perkhabaran ini kepada umat-Nya, “Aku, TUHAN sangat murka kepada nenek moyang kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 “TUHAN sangat murka kepada nenek moyangmu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 TUHAN Yang Maha Kuasa memberikan perintah kepada Zakharia untuk menyampaikan perkhabaran ini kepada umat-Nya, “Aku, TUHAN sangat murka kepada nenek moyang kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Zakharia 1:2
24 Iomraidhean Croise  

lalu engkau bertaubat serta merendahkan dirimu di hadapan-Ku. Engkau mengoyakkan pakaianmu serta menangis ketika engkau mendengar ancaman-Ku terhadap Yerusalem dan penduduknya. Aku akan menghukum Yerusalem dengan dahsyat sehingga namanya akan menjadi satu kutukan, tetapi Aku telah mendengar doamu.


Tetapi kemurkaan TUHAN terhadap Yehuda yang dibangkitkan oleh Raja Manasye sedemikian menyala-nyala sehingga saat itu pun TUHAN masih murka.


Sekarang Engkau telah menghukum kami kerana segala dosa dan pelanggaran kami terhadap hukum-Mu. Tetapi kami tahu ya Allah kami, bahawa hukuman-Mu itu jauh lebih ringan daripada yang setimpal dengan perbuatan kami; malahan Engkau telah menyelamatkan kami.


Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Bunga Bakung Kesaksian. Mazmur Raja Daud,


Tetapi apabila mereka datang ke negeri ini dan mendudukinya, mereka tidak mentaati perintah-Mu, dan tidak hidup menurut ajaran-Mu. Mereka tidak melaksanakan satu pun daripada perintah-Mu. Oleh itu Engkau mendatangkan segala bencana ini kepada mereka.


Itulah sebabnya kemurkaan dan berang-Ku menimpa kota-kota Yehuda dan jalan-jalan di Yerusalem. Aku membakar semuanya sehingga menjadi runtuhan dan tempat yang mengerikan sampai sekarang.


Nenek moyang kami berdosa, dan kini sudah tiada; tetapi kami mesti menderita, kerana dosa-dosa mereka.


Oleh itu Aku akan melampiaskan kemurkaan-Ku kepada mereka. Seperti api, Aku akan membinasakan mereka kerana perbuatan mereka.” TUHAN Raja telah berfirman.


Mereka akan merasai kedahsyatan kemurkaan-Ku. Aku tidak akan melepaskan mereka ataupun mengasihani mereka. Mereka akan meneriakkan doa kepada-Ku dengan sekuat-kuatnya, tetapi Aku tidak akan mendengar mereka.”


Tetapi Aku sangat murka kepada bangsa-bangsa yang berasa aman dan tenteram. Ketika Aku menahan kemurkaan-Ku terhadap umat-Ku, bangsa-bangsa itu menambah penderitaan umat-Ku.


Mereka mengeraskan hati sehingga tidak menurut ajaran yang telah Kuberikan kepada mereka dengan perantaraan nabi-nabi dahulu. Oleh itu Aku sangat murka.


TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Ketika nenek moyang kamu membangkitkan kemurkaan-Ku, Aku mengambil keputusan untuk menghukum mereka dengan berat. Aku tidak mengubah keputusan-Ku itu, melainkan melaksanakannya.


Adakah seorang nabi yang tidak dianiaya oleh nenek moyang saudara semua? Mereka membunuh pesuruh-pesuruh Allah yang dahulu kala mengumumkan kedatangan Hamba Allah yang melakukan kehendak-Nya. Sekarang saudara-saudara sudah mengkhianati dan membunuh Dia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan