Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 4:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Setelah matahari terbit, Allah mendatangkan angin panas yang bertiup dari timur. Yunus hampir pengsan kerana terik matahari yang seakan-akan membakar kepalanya. Oleh itu dia putus asa dan ingin mati, katanya, “Lebih baik aku mati daripada hidup!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Ketika terbit matahari, Allah menetapkan datang angin yang panas terik dari timur lalu amat sakitlah kepala Yunus dan dia menjadi lemah dan lesu lantas dia memohon untuk dimatikan sahaja. Katanya, “Lebih baik aku mati daripada hidup.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Setelah matahari terbit, Allah mendatangkan angin panas yang bertiup dari timur. Yunus hampir pengsan kerana terik matahari yang seakan-akan membakar kepalanya. Oleh itu dia putus asa dan ingin mati, katanya, “Lebih baik aku mati daripada hidup!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 4:8
23 Iomraidhean Croise  

Kemudian ada lagi tujuh bulir gandum lain, yang kempis dan layu kerana ditiup angin gurun.


lalu berjalan sepanjang hari ke padang gurun. Kemudian dia berhenti dan duduk di bawah sebatang pokok; dia ingin mati. Dia berdoa, “Penderitaan ini terlalu berat bagiku, ya TUHAN. Ambillah nyawaku, lebih baik aku mati!”


Raja Ahab pulang dengan hati yang kesal dan murka kerana perkataan Nabot itu. Raja Ahab berbaring di tempat tidur, menghadap tembok dan tidak mahu makan.


Ayub menjawab, “Engkau bercakap seperti orang bodoh. Apabila Allah memberikan yang baik, kita menerimanya. Kita juga patut menerima yang tidak baik.” Walaupun Ayub menderita, dia tidak mengucapkan kata-kata yang menentang Allah.


sehingga aku lebih suka dicekik lalu mati daripada hidup dalam tubuh penuh derita ini.


Pada waktu siang matahari tidak akan menyakiti kamu; pada waktu malam bulan tidak akan mencederakan kamu.


Selamatkanlah aku daripada segala dosaku, dan jangan biarkan aku menjadi ejekan orang dungu.


Jangan lekas marah; hanya orang bodoh menyimpan dendam.


Jangan hina aku kerana kulitku hitam; aku hitam kerana kena sinaran matahari. Saudara-saudaraku marah terhadap aku, dan memaksa aku bekerja di ladang anggur; aku tiada masa menjaga diriku sendiri.


Mereka tidak akan lapar atau dahaga, dan tidak ditimpa angin panas dan terik matahari, kerana mereka dipimpin oleh penyayang mereka. Dia akan memimpin mereka ke mata air.


Tetapi orang yang marah mencabutnya, dan membuangnya ke tanah. Angin timur bertiup dan mengeringkan buahnya. Carangnya patah, menjadi kering lalu dibakar.


Meskipun Israel akan makmur seperti rumput yang subur, Aku akan mengirim angin timur yang panas dari padang gurun dan mengeringkan perigi dan mata airnya. Segala yang berharga akan diambil daripadanya.


Kemudian Musa berkata kepada Harun, “Inilah yang dimaksudkan TUHAN ketika Dia berfirman, ‘Semua orang yang mengabdikan diri kepada-Ku harus menghormati kesucian-Ku. Aku akan menyatakan kemuliaan-Ku kepada segenap umat-Ku.’ ” Tetapi Harun diam sahaja.


Sementara itu, TUHAN menyuruh seekor ikan besar untuk menelan Yunus. Oleh itu Yunus tinggal di dalam perut ikan selama tiga hari dan tiga malam.


Yunus turun ke tempat yang paling bawah dan berbaring di situ, lalu dia tertidur dengan nyenyak. Kemudian TUHAN mendatangkan angin kencang ke laut, lalu terjadilah angin ribut yang dahsyat, yang memukul kapal itu sehingga hampir hancur. Anak-anak kapal sangat takut dan berteriak-teriak minta tolong, masing-masing kepada dewa mereka sendiri. Mereka membuang muatan kapal itu ke dalam laut untuk mengurangi bahaya.


Sekarang, ya TUHAN, biarlah aku mati saja, kerana lebih baik aku mati daripada hidup.”


Tetapi Allah berfirman kepadanya, “Engkau tidak patut marah kerana tanaman itu!” Yunus menjawab, “Mengapa tidak? Memang aku patut marah sekali sampai mati.”


Mereka berkata, ‘Pekerja-pekerja yang datang terakhir itu bekerja hanya satu jam, sedangkan kami bekerja sepanjang hari di bawah terik matahari. Tetapi jumlah yang tuan bayar kepada mereka sama dengan jumlah yang tuan bayar kepada kami!’


Aku menegur dan menghukum orang yang Aku kasihi. Oleh itu kamu harus bersungguh-sungguh, dan juga bertaubat daripada dosa.


Mereka tidak akan lapar ataupun dahaga lagi; matahari ataupun panas terik tidak akan membakar mereka lagi.


Oleh itu Samuel menceritakan segala-galanya. Dia tidak merahsiakan apa-apa pun. Kemudian Eli berkata, “Dialah TUHAN; biarlah Dia melakukan apa yang dianggap-Nya baik.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan