Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 4:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Pada masa itu TUHAN Allah menumbuhkan sejenis tanaman yang memberikan naungan kepada Yunus sehingga dia berasa selesa. Yunus sangat suka pada tanaman itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Atas kehendak TUHAN Allah, tumbuhlah sebatang pohon yang menjalar lalu menyediakan naungan bagi kepala Yunus agar reda ketidakselesaannya. Lalu sangat gembiralah Yunus kerana adanya pohon yang menjalar itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Pada masa itu TUHAN Allah menumbuhkan sejenis tanaman yang memberikan naungan kepada Yunus sehingga dia berasa selesa. Yunus sangat suka pada tanaman itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 4:6
11 Iomraidhean Croise  

Ketika Haman pulang dari jamuan itu, hatinya riang gembira. Tetapi apabila Haman nampak Mordekhai di pintu gerbang istana, dan Mordekhai tidak berdiri atau menunjukkan tanda penghormatan semasa dia lalu, Haman naik berang.


seperti hamba yang merindukan tempat teduh; seperti pekerja yang menantikan upah.


Wang kamu boleh hilang secepat kilat, seolah-olah wang itu bersayap dan terbang ke angkasa seperti burung helang.


Raja Hizkia menyambut kedatangan para utusan itu dan menunjukkan kekayaannya kepada mereka - perak dan emasnya, rempah-rempah dan minyak wangi, serta segala perlengkapan tenteranya. Tiada satu pun di gudangnya atau di seluruh kerajaannya yang tidak ditunjukkan kepada mereka.


Kamu bercakap besar kerana kamu sudah mengalahkan kota Lodebar. Dengan angkuh kamu berkata, “Kami cukup kuat untuk merebut kota Karnaim.”


Sementara itu, TUHAN menyuruh seekor ikan besar untuk menelan Yunus. Oleh itu Yunus tinggal di dalam perut ikan selama tiga hari dan tiga malam.


Kemudian Yunus pergi ke sebelah timur kota itu, dan duduk di sana. Dia membuat sebuah pondok, lalu berteduh di situ, sambil menunggu apa yang akan terjadi kepada kota Niniwe.


Tetapi pada waktu subuh keesokan harinya, atas perintah Allah seekor ulat menyerang tanaman itu sehingga layu.


Tetapi janganlah bersukacita kerana roh-roh jahat taat kepada kamu, sebaliknya bersukacitalah kerana nama kamu tercatat di syurga.”


orang yang menangis hendaklah hidup seolah-olah tidak berdukacita; orang yang tertawa hendaklah hidup seolah-olah tidak gembira; orang yang membeli barang hendaklah bersikap seolah-olah tidak memiliki barang yang dibeli;


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan