Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 3:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Penduduk Niniwe percaya kepada perkhabaran Allah itu. Segenap rakyat mengambil keputusan untuk berpuasa, dan semua orang, baik yang kaya mahupun yang miskin, memakai kain guni untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Orang Niniwe percaya kepada Allah lalu mereka mengumumkan puasa, dan kesemua warganya daripada yang terbesar sampai yang terkecil memakai pakaian berkabung.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Penduduk Niniwe percaya kepada perkhabaran Allah itu. Segenap rakyat mengambil keputusan untuk berpuasa, dan semua orang, baik yang kaya mahupun yang miskin, memakai kain guni untuk menunjukkan bahawa mereka menyesali dosa mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 3:5
21 Iomraidhean Croise  

Apabila Raja Hizkia mendengar laporan mereka, baginda mengoyakkan pakaiannya kerana sedih. Baginda memakai kain guni, lalu pergi ke Rumah TUHAN.


Raja Yosafat takut lalu berdoa kepada TUHAN meminta petunjuk. Kemudian baginda memerintah penduduk negeri supaya berpuasa.


Selepas itu, di pinggir Sungai Ahawa, saya mengisytiharkan bahawa kami harus berpuasa dan merendahkan diri di hadapan Allah. Kami berdoa agar Dia memimpin kami dalam perjalanan dan melindungi kami, anak-anak kami, dan segala milik kami.


Apabila Mordekhai mendengar segala yang sudah berlaku, dia mengoyakkan pakaiannya sebagai tanda bersedih. Dia memakai kain guni, dan membubuhi kepalanya dengan abu, lalu berjalan-jalan di kota sambil menangis dengan nyaring dan pilu.


Oleh sebab itu, selepas orang Israel meninggalkan Gunung Sinai, mereka tidak lagi memakai barang kemas.


Tidak seorang pun antara mereka perlu mengajar sesamanya untuk mengenal TUHAN, kerana mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku. Aku akan melupakan kesalahan mereka dan mengampunkan dosa mereka. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Pada bulan kesembilan dalam tahun kelima pemerintahan Raja Yoyakim sebagai raja Yehuda, rakyat berpuasa supaya diperkenankan TUHAN. Semua orang yang tinggal di Yerusalem berpuasa dan orang yang datang ke sana dari kota-kota di Yehuda pun berpuasa.


Kemudian semua pemimpin askar, termasuk Yohanan anak Kareah dan Azarya anak Hosaya, datang bersama-sama rakyat daripada semua lapisan masyarakat.


Oleh itu aku memanggil Yohanan, semua pemimpin askar, dan semua orang lain yang datang bersama-samanya.


Aku berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Tuhan Allah, memohon belas kasihan-Nya, sambil berpuasa dan memakai kain guni, serta duduk di atas abu.


Berikanlah perintah untuk berpuasa; adakan satu perhimpunan. Suruhlah para pemimpin dan semua penduduk Yehuda datang ke Rumah TUHAN, Allah kamu dan berseru mohon pertolongan-Nya.


Raja juga mengisytiharkan perintah ini kepada penduduk kota Niniwe, “Inilah titah daripada raja dan para menteri: Semua orang, lembu, domba, dan binatang ternakan yang lain dilarang makan dan minum.


Pada Hari Kiamat kelak, penduduk Niniwe akan bangkit bersama-sama orang zaman ini, lalu menuduh kamu kerana mereka bertaubat daripada dosa apabila mereka mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Yunus. Tetapi ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Yunus!


Pada Hari Pengadilan kelak, penduduk Niniwe akan bangkit lalu menuduh kamu, kerana mereka bertaubat daripada dosa ketika mendengar Yunus menyampaikan perkhabaran. Ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Yunus!”


Oleh itu tabahkanlah hati saudara-saudara. Saya percaya kepada Allah, bahawa segala-galanya akan berlaku seperti yang dikatakan-Nya kepada saya.


Semua lapisan masyarakat di kota itu mendengarkan dia dengan penuh minat. Mereka berkata, “Tuhan yang disebut ‘Kekuasaan Besar’ sudah menjelma dalam orang ini.”


Beriman bererti yakin sungguh-sungguh akan perkara-perkara yang diharapkan, dan mempunyai kepastian akan perkara-perkara yang tidak dapat kita lihat.


Kerana beriman, Nuh mendengarkan amaran Allah tentang perkara-perkara pada masa depan, yang belum dilihat olehnya. Nuh taat kepada Allah, lalu membina sebuah bahtera yang kemudian menyelamatkan dia dan keluarganya. Dengan demikian dunia dihukum, dan kerana imannya Nuh dinyatakan oleh Allah sebagai orang yang baik.


Aku akan mengutus dua orang saksi-Ku yang mengenakan pakaian berkabung. Mereka akan mengisytiharkan perkhabaran Allah selama 1,260 hari.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan