Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 3:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Allah melihat perbuatan mereka; Dia nampak bahawa mereka tidak lagi berbuat jahat. Oleh itu Dia mengubah fikiran-Nya dan tidak melaksanakan hukuman yang dirancangkan-Nya terhadap mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 Apabila Allah melihat perbuatan mereka, dan pertaubatan mereka daripada kemungkaran, maka Dia berlembut dan tidak mendatangkan malapetaka seperti yang dirancangkan-Nya terhadap mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Allah melihat perbuatan mereka; Dia nampak bahawa mereka tidak lagi berbuat jahat. Oleh itu Dia mengubah fikiran-Nya dan tidak melaksanakan hukuman yang dirancangkan-Nya terhadap mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 3:10
18 Iomraidhean Croise  

Kemudian TUHAN mengutus satu malaikat untuk memusnahkan Yerusalem. Tetapi ketika malaikat itu berada dekat tempat mengirik gandum kepunyaan Arauna orang Yebusi, TUHAN mengubah keputusan-Nya untuk menghukum Yerusalem. Dia berfirman kepada malaikat itu, “Cukuplah! Berhenti!”


Oleh itu TUHAN mengubah niat-Nya dan tidak melaksanakan ancaman-Nya untuk menimpakan bencana kepada umat-Nya.


Sesiapa menyembunyikan dosanya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Sesiapa mengakui dan meninggalkan dosanya, akan dikasihani Allah.


Namun TUHAN menanti-nantikan saatnya untuk menunjukkan belas kasihan-Nya kepada kamu. Dia mengasihani kamu kerana Dia Allah yang sentiasa berbuat adil. Berbahagialah mereka yang berharap kepada TUHAN.


Jika pada suatu waktu Aku mengambil keputusan untuk mencabut, meruntuhkan, atau menghancurkan suatu bangsa atau kerajaan,


tetapi kemudian bangsa itu bertaubat daripada kejahatan, maka Aku akan membatalkan niat-Ku itu.


Apabila penduduk Yehuda mendengar tentang segala bencana yang hendak Kudatangkan kepada mereka, mungkin mereka akan berhenti berbuat jahat. Jika demikian, Aku pun akan mengampunkan kejahatan dan dosa mereka.”


‘Jika kamu mahu tetap tinggal di negeri ini, Aku akan membangun kamu dan tidak memusnahkan kamu. Aku akan menegakkan kamu dan tidak meruntuhkan kamu. Kemusnahan yang Kutimpakan kepada kamu menyebabkan Aku sangat sedih.


Biarlah hati kamu yang hancur itu menyatakan penyesalan, jangan hanya mengoyakkan pakaian.” Kembalilah kepada TUHAN Allah kamu. Dia penyayang dan penuh rahmat; Dia sabar dan menepati janji-Nya; Dia sentiasa sedia mengampuni dan tidak suka menghukum.


TUHAN mengubah fikiran-Nya dan berfirman, “Hal yang engkau nampak itu tidak akan berlaku.”


TUHAN mengubah fikiran-Nya lagi dan berfirman, “Hal ini pun tidak akan berlaku.”


Aku pasti lebih kasihan kepada Niniwe, kota yang besar itu kerana di situ terdapat lebih daripada 120,000 orang anak yang tidak tahu membezakan apa yang baik dan apa yang jahat, dan juga banyak sekali binatang.”


Kemudian dia berdoa, “Ya TUHAN, sebelum aku berangkat dari rumahku dahulu, tidakkah aku katakan bahawa Engkau pasti akan berbuat begini? Itulah sebabnya aku berusaha seberapa daya untuk lari ke Sepanyol! Aku tahu bahawa Engkau Allah yang penyayang dan pengasih, sentiasa sabar, lemah lembut, dan selalu bersedia untuk mengubah fikiran sehingga tidak menjatuhkan hukuman.


Pada Hari Pengadilan kelak, penduduk Niniwe akan bangkit lalu menuduh kamu, kerana mereka bertaubat daripada dosa ketika mendengar Yunus menyampaikan perkhabaran. Ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Yunus!”


Dia pun pulang kepada bapanya. Dia masih jauh dari rumah apabila bapanya nampak dia. Dengan penuh kasihan, bapanya lari menemui dia, lalu memeluk, dan menciumnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan