Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 2:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6-7 Aku turun sampai ke dasar pergunungan, ke alam yang gerbangnya terkunci sehingga selama-lamanya. Ketika nyawaku hampir pergi daripada diriku, aku ingat akan TUHAN, lalu aku berseru kepada-Mu. Engkau, ya TUHAN, mendengarkan doaku, di Rumah-Mu yang suci Engkau mendengarkan aku. Dari laut yang dalam, Engkau menyelamatkan aku, ya TUHAN Allahku!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Tenggelamlah aku ke dasar gunung-gunung dengan tambatan bumi mengurung aku buat selama-lamanya, namun Engkau membawaku naik dari lubang kubur, ya TUHAN, Allahku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6-7 Aku turun sampai ke dasar pergunungan, ke alam yang gerbangnya terkunci sehingga selama-lamanya. Ketika nyawaku hampir pergi daripada diriku, aku ingat akan TUHAN, lalu aku berseru kepada-Mu. Engkau, ya TUHAN, mendengarkan doaku, di Rumah-Mu yang suci Engkau mendengarkan aku. Dari laut yang dalam, Engkau menyelamatkan aku, ya TUHAN Allahku!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 2:6
25 Iomraidhean Croise  

Malaikat itu dengan belas kasihan akan berkata, ‘Bebaskan dia supaya dia tidak pergi ke dunia orang mati. Inilah tebusan untuk membebaskan dia.’


Dia tidak membiarkan aku pergi ke dunia orang mati, dan aku masih hidup sehingga kini.’


Engkau menyelubungi bumi dengan lautan, dan air menutupi pergunungan;


Air mengalir melalui gunung ke lembah, ke tempat yang telah Engkau sediakan.


Maut mengepung aku, dan kengerian kubur meliputi aku; aku sangat takut dan cemas.


Jawablah aku segera, ya TUHAN, aku putus harapan. Jangan sembunyikan diri-Mu daripadaku, supaya aku tidak menjadi seperti orang yang sudah turun ke alam maut.


kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati; orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan binasa.


Bahaya maut mengelilingi aku, banjir kebinasaan menggenangi aku.


Aku berseru kepada-Mu meminta pertolongan, ya TUHAN, Allahku, dan Engkau menyembuhkan aku.


Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN; aku memohon pertolongan,


Serahkanlah kekhuatiranmu kepada TUHAN, maka Dia akan membela kamu; Dia tidak akan membiarkan orang jujur dikalahkan.


Engkau menjawab seruan kami dengan memberi kami kemenangan; Engkau menyelamatkan kami dengan melakukan hal-hal yang menakjubkan. Engkau harapan orang di seluruh dunia, dan orang di seberang laut yang jauh.


Selamatkanlah aku, ya Allah! Air sudah naik ke leherku;


Kufikir, pada puncak hidupku, aku akan pergi ke dunia orang mati, dan hari tua tidak dapat kualami.


Lalu kepedihanku akan menjadi ketenteraman. Engkau menyelamatkan aku daripada segala bahaya; Engkau mengampunkan segala dosaku.


Siapakah dapat menyukat air laut dengan lekuk tangannya, atau mengukur langit dengan jengkal? Siapakah yang dapat menyukat tanah bumi ini dengan cawan, atau menimbang berat gunung dan bukit dengan dacing?


Aku akan mengirim kamu ke dunia orang mati supaya kamu tinggal bersama-sama orang purba. Aku akan membiarkan engkau menetap di dunia orang mati, di tengah runtuhan yang kekal, bersama-sama orang mati. Maka tanahmu tidak akan diduduki orang lagi, dan kamu tidak akan terbilang antara orang hidup.


Oleh itu mulai sekarang, tiada lagi pokok yang akan tumbuh setinggi itu atau mempunyai puncak yang mencapai awan meskipun mendapat air banyak. Semuanya harus mati seperti manusia fana dan berkumpul bersama-sama orang yang telah turun ke dunia orang mati.”


Apabila gunung-gunung nampak Engkau, semuanya bergoncang; hujan turun mencurah dari langit. Air di bawah bumi menderu dan ombaknya bergelora.


Apabila Engkau berhenti, bumi bergegar; apabila Engkau memandang, bangsa-bangsa gempar. Gunung-gunung yang abadi hancur berkecai; bukit-bukit yang kekal pun mendap, bukit-bukit tempat Engkau berjalan sejak zaman purba.


Oleh itu ketahuilah, engkau Petrus, batu yang kuat. Dengan beralaskan batu inilah, Aku akan membina jemaah-Ku. Bahkan maut pun tidak dapat memusnahkannya!


Kemurkaan-Ku akan bernyala-nyala seperti api, dan membakar segala sesuatu di atas bumi. Api itu akan turun ke dunia orang mati, dan menghanguskan akar gunung-gunung.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan