Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 2:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 “Ya TUHAN, dalam kesusahanku aku berseru kepada-Mu, dan Engkau menjawab aku. Dari dunia orang mati aku mohon pertolongan, permohonanku Engkau dengar dan perhatikan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Katanya, “Aku menagih ihsan TUHAN dan berseru kepada-Nya dalam penderitaanku, dan Dia menjawabku. Dari dalam perut alam kubur aku berteriak dan Engkau mendengar suaraku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 “Ya TUHAN, dalam kesusahanku aku berseru kepada-Mu, dan Engkau menjawab aku. Dari dunia orang mati aku mohon pertolongan, permohonanku Engkau dengar dan perhatikan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 2:2
26 Iomraidhean Croise  

Dalam penderitaannya Raja Manasye merendahkan diri, lalu kembali kepada TUHAN, Allahnya, dan berdoa memohon pertolongan-Nya.


Maut mengepung aku, dan kengerian kubur meliputi aku; aku sangat takut dan cemas.


Lagu ziarah. Dalam kesusahanku, aku berseru kepada TUHAN, dan Dia mengabulkan doaku.


kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati; orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan binasa.


Pujilah Dia, hai hamba-hamba TUHAN! Hormatilah Dia, hai keturunan Yakub; sembahlah Dia, hai umat Israel!


Orang yang tertindas memandang Dia lalu bergembira; mereka tidak sekali-kali akan kecewa.


Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud.


Dengarlah seruanku, ya Allah, dengarlah doaku!


Kami patut memuji Engkau di Sion, ya Allah, dan memenuhi janji kami kepada-Mu,


Betapa besarnya kasih-Mu untukku; Engkau telah menyelamatkan aku dari kubur.


Dunia orang mati sedang bersedia untuk menyambut raja Babilonia. Arwah orang yang berkuasa di bumi dahulu terjaga dan arwah raja-raja bangkit dari takhta mereka.


Ya TUHAN, dari dasar lubang yang dalam itu aku berseru kepada-Mu.


Aku akan mengirim kamu ke dunia orang mati supaya kamu tinggal bersama-sama orang purba. Aku akan membiarkan engkau menetap di dunia orang mati, di tengah runtuhan yang kekal, bersama-sama orang mati. Maka tanahmu tidak akan diduduki orang lagi, dan kamu tidak akan terbilang antara orang hidup.


Oleh itu mulai sekarang, tiada lagi pokok yang akan tumbuh setinggi itu atau mempunyai puncak yang mencapai awan meskipun mendapat air banyak. Semuanya harus mati seperti manusia fana dan berkumpul bersama-sama orang yang telah turun ke dunia orang mati.”


Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan besar, demikian juga Anak Manusia akan tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut bumi.


Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya, dan Allah akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya.


Kerana berat penderitaan-Nya, Yesus semakin tekun berdoa, sehingga peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah.


kerana Engkau tidak akan meninggalkan aku di dunia orang mati. Engkau tidak akan membiarkan tubuh hamba-Mu yang setia itu hancur.


Semasa Yesus hidup di bumi ini, Dia berdoa dan memohon dengan seruan dan tangisan kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan Dia daripada kematian. Oleh sebab Yesus merendahkan diri dan taat kepada Allah, Allah mendengarkan permintaan-Nya.


Tolong jangan anggap saya sebagai perempuan hina. Saya berdoa seperti ini kerana saya sangat sedih.”


Kini Daud dalam kesusahan besar. Anak buahnya marah terhadapnya kerana mereka sudah kehilangan anak isteri. Mereka mengancam untuk merejam Daud, tetapi TUHAN Allahnya menguatkan hatinya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan