Yunus 1:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
7 Setelah Yunus dan kapten kapal itu naik ke atas, para anak kapal berkata sesama sendiri, “Marilah kita buang undi supaya kita tahu siapa yang bersalah, sehingga kita ditimpa bencana ini!” Mereka membuang undi, lalu Yunus yang kena undi.
7 Berkatalah mereka sesama sendiri, “Ayuh kita cabut undi agar kita tahu bahana siapakah kita ditimpa malapetaka ini.” Lalu mereka membuang undi dan undi itu terjatuh pada Yunus.
7 Setelah Yunus dan kapten kapal itu naik ke atas, para anak kapal berkata sesama sendiri, “Marilah kita buang undi supaya kita tahu siapa yang bersalah, sehingga kita ditimpa bencana ini!” Mereka membuang undi, lalu Yunus yang kena undi.
Pada tahun kedua belas pemerintahan Raja Ahasyweros, pada bulan pertama, iaitu bulan Nisan, Haman memberikan perintah supaya orang membuang undi (yang disebut “purim”) untuk menentukan hari dan bulan yang sesuai bagi melaksanakan pakatannya yang jahat itu. Akhirnya, yang ditetapkan adalah hari ketiga belas bulan kedua belas, iaitu bulan Adar.
Oleh itu, janganlah kamu buat keputusan bahawa seseorang bersalah atau tidak, sebelum waktunya. Tunggulah sehingga Tuhan datang kelak; Dia akan mendedahkan segala rahsia yang tersembunyi dalam kegelapan. Dia juga akan membongkar segala niat yang terpendam di dalam hati manusia. Barulah setiap orang akan mendapat pujian yang layak diterimanya daripada Allah.