Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 1:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Apabila kapten kapal itu turun ke bawah, dia menjumpai Yunus sedang tidur di situ. Kapten itu berkata, “Bagaimana engkau dapat tidur dalam keadaan begini? Bangunlah! Berdoalah minta tolong kepada dewamu. Mungkin dia akan mengasihani kita, dan kita tidak akan binasa.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Nakhoda datang mendapatkan Yunus dan berkata: “Bagaimana kamu boleh tidur nyenyak? Bangunlah dan berserulah kepada tuhan kamu. Mungkin tuhanmu akan mempedulikan kita supaya kita semua tidak binasa.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Apabila kapten kapal itu turun ke bawah, dia menjumpai Yunus sedang tidur di situ. Kapten itu berkata, “Bagaimana engkau dapat tidur dalam keadaan begini? Bangunlah! Berdoalah minta tolong kepada dewamu. Mungkin dia akan mengasihani kita, dan kita tidak akan binasa.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 1:6
18 Iomraidhean Croise  

“Ya,” jawab Raja Daud, “memang beta berpuasa dan menangis ketika anak itu masih hidup kerana beta berfikir, mungkin TUHAN akan mengasihani beta dan membolehkan anak itu hidup.


“Suruhlah semua orang Yahudi di Susan berkumpul. Suruhlah mereka berpuasa dan berdoa bagi saya. Jangan makan atau minum apa-apa pun selama tiga hari dan tiga malam. Saya sendiri dan dayang-dayang saya pun akan berbuat demikian. Setelah itu saya akan menghadap raja, walaupun perbuatan itu melanggar undang-undang. Jika saya harus mati kerana hal itu, biarlah saya mati!”


Kemudian dalam kesusahan, mereka berseru kepada TUHAN, dan Dia menyelamatkan mereka daripada kecemasan.


Setiap kali Allah membunuh sebilangan daripada mereka, yang lain kembali kepada-Nya; mereka bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh kepada-Nya.


Kamu tidak berhak memeras umat-Ku serta memperdaya orang miskin. Aku, TUHAN Raja Yang Maha Kuasa telah berfirman.”


“Peribahasa apakah yang disebut-sebut orang di negeri Israel? ‘Ibu bapa makan anggur masam, tetapi anak yang ngilu gigi.’ ”


TUHAN memberikan perintah dengan nyaring kepada tentera-Nya. Askar yang taat kepada-Nya banyak dan perkasa. Alangkah dahsyatnya hari TUHAN! Tidak seorang pun akan dapat bertahan.


Bencilah kejahatan, cintailah kebaikan, dan tegakkanlah keadilan di mahkamah. Mungkin TUHAN akan mengasihani orang Israel yang masih hidup.


Manusia dan binatang mesti memakai kain guni. Setiap orang mesti berdoa dengan sungguh-sungguh kepada Allah, dan berhenti melakukan perbuatan yang jahat dan kejam.


Mungkin Allah akan mengubah fikiran-Nya dan tidak murka lagi, maka kita tidak akan dibinasakan!”


Tetapi dia menjawab, “Mengapa kamu menangis seperti ini sehingga menyebabkan aku bersedih hati? Aku sudah bersedia bukan sahaja untuk diikat di Yerusalem, tetapi juga untuk mati di situ kerana Tuhan Yesus.”


Kamu harus melakukan semuanya, kerana kamu tahu bahawa inilah masanya kamu bangun daripada tidur. Hal itu demikian kerana masa kita diselamatkan lebih dekat sekarang ini daripada masa kita mula percaya.


kerana segala sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas, adalah cahaya. Itulah sebabnya dikatakan, “Bangunlah, hai kamu yang tidur, dan bangkitlah daripada kematian! Kristus akan menyinari kamu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan