Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 1:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4-5 Yunus turun ke tempat yang paling bawah dan berbaring di situ, lalu dia tertidur dengan nyenyak. Kemudian TUHAN mendatangkan angin kencang ke laut, lalu terjadilah angin ribut yang dahsyat, yang memukul kapal itu sehingga hampir hancur. Anak-anak kapal sangat takut dan berteriak-teriak minta tolong, masing-masing kepada dewa mereka sendiri. Mereka membuang muatan kapal itu ke dalam laut untuk mengurangi bahaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Tetapi TUHAN menurunkan angin ribut kencang hingga laut bergelora dan kapal yang dihentam gelora itu hampir-hampir pecah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4-5 Yunus turun ke tempat yang paling bawah dan berbaring di situ, lalu dia tertidur dengan nyenyak. Kemudian TUHAN mendatangkan angin kencang ke laut, lalu terjadilah angin ribut yang dahsyat, yang memukul kapal itu sehingga hampir hancur. Anak-anak kapal sangat takut dan berteriak-teriak minta tolong, masing-masing kepada dewa mereka sendiri. Mereka membuang muatan kapal itu ke dalam laut untuk mengurangi bahaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 1:4
13 Iomraidhean Croise  

Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya, di langit mahupun di bumi, di laut mahupun di samudera.


Dia mendatangkan awan ribut dari hujung bumi; Dia menjadikan kilat untuk ribut, dan Dia mengeluarkan angin dari tempat simpanan-Nya.


hai kilat dan hujan batu, salji dan awan, serta angin ribut yang taat kepada perintah-Nya.


Oleh itu Musa mengangkat tongkatnya, dan TUHAN menyebabkan angin timur bertiup ke negeri itu sepanjang hari dan sepanjang malam. Menjelang pagi, angin itu telah membawa belalang.


Oleh itu TUHAN mengubah arah angin timur sehingga menjadi angin barat yang sangat kencang. Belalang-belalang ditiup oleh angin itu dan dibawa ke Laut Gelagah, maka tiada seekor belalang pun yang tertinggal di seluruh tanah Mesir.


Musa menghulurkan tangannya ke atas laut, dan TUHAN menyebabkan angin timur bertiup dengan kencang sehingga air laut mundur. Angin itu bertiup sepanjang malam dan mengubah laut menjadi tanah yang kering. Air laut terbelah,


Tetapi dengan hanya satu hembusan nafas-Mu, ya TUHAN, orang Mesir tenggelam; mereka tenggelam seperti timah di dalam air yang dahsyat.


Atas perintah-Nya air di atas langit menderu; Dia mendatangkan awan dari hujung bumi. Dia menyebabkan kilat memancar di dalam hujan, dan mengeluarkan angin dari tempat penyimpanan.


Sesungguhnya, Allah yang menciptakan pergunungan; Dia juga yang menjadikan angin. Dia menyatakan rancangan-Nya kepada manusia. Dia mengubah siang menjadi malam; di atas puncak-puncak bumi Dia berjalan, TUHAN Allah Yang Maha Kuasa, itulah nama-Nya.


Tiba-tiba TUHAN mendatangkan angin dari laut; angin itu membawa burung-burung puyuh yang terbang rendah sekali, serendah kurang daripada satu meter dari permukaan tanah. Burung-burung itu berterbangan di atas perkhemahan dan di sekelilingnya sejauh beberapa kilometer.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan