Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 1:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Dia berfirman, “Pergilah ke Niniwe, kota besar itu, dan kecamlah penduduknya. Aku tahu bahawa penduduknya sangat jahat.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 “Bangunlah, pergilah ke Niniwe, ibu kota yang besar itu, dan berserulah terhadap mereka kerana kemungkaran mereka sudah nyata kepada-Ku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Dia berfirman, “Pergilah ke Niniwe, kota besar itu, dan kecamlah penduduknya. Aku tahu bahawa penduduknya sangat jahat.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 1:2
24 Iomraidhean Croise  

Dari sana, Nimrod pergi ke Asyur lalu membina kota Niniwe, Rehobot-Ir, Kalah,


Kemudian Raja Sanherib dari Asyur, berundur dari sana dan pulang ke Niniwe.


Seorang nabi TUHAN yang bernama Oded tinggal di kota Samaria. Dia bertemu dengan tentera Israel yang kembali membawa orang tawanan dari Yehuda. Ketika tentera itu masuk ke kota, Oded berkata kepada mereka, “TUHAN, Allah nenek moyang kamu, murka terhadap penduduk Yehuda. Oleh itu Dia membiarkan kamu mengalahkan mereka. Tetapi Dia telah mendengar betapa kejamnya kamu membunuh mereka.


Saya berkata, “Ya Allahku, aku terlalu malu hendak mengangkat kepala di hadapan-Mu. Dosa kami bersusun-susun di atas kepala sehingga sampai di langit.


Kemudian Raja Sanherib, raja Asyur berundur dan pulang ke Niniwe.


TUHAN berfirman, “Berteriaklah dengan sekuat-kuatnya! Beritahulah umat-Ku, orang Israel tentang dosa mereka!


Tetapi apabila aku berkata, “Biarlah aku melupakan TUHAN, aku tidak mahu berucap demi nama-Nya lagi,” maka perkhabaran-Mu bagaikan api yang membara dalam hati sanubari. Aku telah cuba menahannya, tetapi aku tidak berdaya.


Sampaikanlah firman-Ku kepada mereka, sama ada mereka mendengar ataupun tidak. Ingatlah, mereka semuanya pemberontak.


Tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka bahawa Aku akan mengingat segala perbuatan jahat itu. Mereka diliputi dosa sehingga Aku melihatnya dengan jelas.”


TUHAN berfirman, “Pergilah ke Niniwe, kota besar itu. Beritahulah penduduk kota itu perkhabaran yang Aku berikan kepadamu ini.”


Oleh itu Yunus mentaati TUHAN dan pergi ke Niniwe. Niniwe sebuah kota yang sangat besar, sehingga memakan masa tiga hari untuk melintasinya dengan berjalan kaki.


Aku pasti lebih kasihan kepada Niniwe, kota yang besar itu kerana di situ terdapat lebih daripada 120,000 orang anak yang tidak tahu membezakan apa yang baik dan apa yang jahat, dan juga banyak sekali binatang.”


Tetapi bagi diriku, TUHAN memenuhi aku dengan kuasa dan Roh-Nya. Dia memberi aku pengertian tentang keadilan, dan juga keberanian untuk memberitahu umat Israel tentang dosa mereka.


Inilah perkhabaran daripada Allah tentang kota Niniwe. Perkhabaran ini dinyatakan dalam penglihatan kepada Nahum, seorang nabi yang berasal dari Elkos.


Kecedaraanmu tidak dapat diubati dan luka-lukamu tidak dapat disembuhkan. Semua orang yang mendengar berita kehancuranmu bertepuk tangan kerana sukacita. Tidak seorang pun dapat menyelamatkan diri daripada kekejamanmu yang tidak henti-henti.


Kamu akan diadili di hadapan penguasa dan raja kerana kamu pengikut-Ku, dan kamu akan mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah kepada mereka dan kepada bangsa yang tidak mengenal Allah.


Pada Hari Kiamat kelak, penduduk Niniwe akan bangkit bersama-sama orang zaman ini, lalu menuduh kamu kerana mereka bertaubat daripada dosa apabila mereka mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Yunus. Tetapi ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Yunus!


Kamu tidak membayar upah orang yang bekerja di ladang kamu. Dengarkanlah sungutan mereka! Orang yang menuai hasil ladang kamu berseru minta tolong dan seruan mereka sudah sampai ke telinga Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa.


kerana dosanya bertimbun-timbun sampai ke langit, dan Allah tidak lupa akan kejahatannya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan