Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yunus 1:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Yunus menjawab, “Buanglah aku ke dalam laut, lalu angin ribut tentu akan reda. Aku tahu bahawa akulah yang menyebabkan angin ribut yang dahsyat ini menimpa kamu semua.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

12 Jawabnya, “Angkat dan campaklah aku ke laut dan laut itu akan reda pula bagimu. Aku tahu bahana akulah petaka ribut kencang ini menimpa kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Yunus menjawab, “Buanglah aku ke dalam laut, lalu angin ribut tentu akan reda. Aku tahu bahawa akulah yang menyebabkan angin ribut yang dahsyat ini menimpa kamu semua.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yunus 1:12
10 Iomraidhean Croise  

Raja Daud nampak malaikat yang sedang membunuh rakyat itu, lalu baginda berkata kepada TUHAN, “Akulah yang berdosa kerana aku melakukan kesalahan itu. Tetapi apakah kesalahan bangsa yang malang itu? Hukumlah aku dan keluargaku!”


Raja Daud berdoa, “Ya Allah, akulah yang bersalah. Akulah yang menyuruh orang mengadakan pembancian itu. Apakah kesalahan bangsa ini? Ya TUHAN, Allahku, hukumlah aku dan keluargaku, tetapi jauhkanlah malapetaka ini daripada umat-Mu.”


Kawan-kawan sesamamu yang menderita akibat kejahatanmu, dan mereka juga yang beruntung kerana kebaikanmu.


Hikmat lebih baik daripada senjata, tetapi seorang berdosa dapat merosakkan banyak hal yang baik.


Sementara itu angin ribut semakin kencang, lalu para anak kapal bertanya kepada Yunus, “Apakah yang harus kami lakukan kepadamu supaya angin ribut ini reda?”


Tetapi para anak kapal masih berusaha sedaya mungkin untuk mendayung kapal itu ke daratan. Namun angin ribut makin mengamuk juga, sehingga usaha mereka sia-sia belaka.


Tidakkah kamu sedar bahawa lebih baik satu orang mati bagi umat kita daripada seluruh bangsa kita dibinasakan?”


Malaikat itu berkata, ‘Janganlah takut, Paulus! Engkau akan menghadap Kaisar. Oleh sebab kebaikan hati Allah kepadamu, semua orang yang belayar denganmu akan selamat.’


Itulah sebabnya orang Israel tidak dapat melawan musuh. Mereka terpaksa mundur kerana mereka sendiri telah dijatuhi hukuman untuk dibinasakan. Aku tidak akan menyertai kamu lagi kecuali kamu memusnahkan barang-barang yang tidak sepatutnya kamu simpan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan