Yosua 2:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)3 Maka raja itu menyuruh orang memberitahu Rahab, “Orang di rumahmu itu datang untuk mengintip seluruh negeri ini. Bawalah mereka ke luar!” Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo3 Maka raja Yerikho mengutus orang kepada Rahab dengan mengatakan, “Bawa ke luar orang yang datang kepadamu dan yang masuk ke rumahmu itu, kerana mereka datang untuk mengintip seluruh negeri ini!” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik3 Maka raja itu menyuruh orang memberitahu Rahab, “Orang di rumahmu itu datang untuk mengintip seluruh negeri ini. Bawalah mereka ke luar!” Faic an caibideil |
para pemimpin Amon berkata kepada raja mereka, “Janganlah tuanku berfikir bahawa Raja Daud mengirim para utusan itu untuk menyampaikan takziah kerana baginda mahu menghormati ayahanda tuanku! Raja Daud mengirim semua orang itu ke sini sebagai pengintip untuk menyelidiki kota ini, supaya baginda dapat menakluki kita.”
para pemimpin negeri Amon berkata kepada Raja Hanun, “Janganlah tuanku berfikir bahawa Raja Daud mengirim utusan-utusan itu untuk menyampaikan takziah kerana baginda hendak menghormati ayahanda tuanku. Raja Daud mengirim semua orang itu ke sini sebagai pengintip untuk menyelidiki negeri kita, supaya dapat merampasnya!”
Rahab menjawab, “Memang ada beberapa orang datang ke rumah saya, tetapi saya tidak tahu dari mana mereka datang. Mereka pergi pada waktu senja, sebelum pintu gerbang kota ditutup. Saya tidak bertanya ke mana mereka pergi tetapi jika mereka dikejar dengan segera, mereka akan dapat ditangkap.” (Padahal Rahab telah menyembunyikan dua orang pengintip itu di atas bumbung rumah yang rata, di bawah timbunan batang rami, yang diletakkannya di sana.)