Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yahuda 1:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Ketua malaikat, Mikhael, tidak pernah berbuat demikian. Semasa dia bertengkar dengan Iblis tentang siapa yang akan mendapat jenazah Musa, Mikhael tidak berani mengutuk Iblis dengan kata-kata hinaan. Mikhael hanya berkata, “Tuhan menengking kamu!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

9 Tŭtapi Mikal pŭnghulu mŭliekat itu, tŭtkala mŭlawan dŭngan iblis iya bŭrbantah bantah deri hal mayat Musa, maka tiadalah brani mŭndatangkan barang sŭsuatu pŭnudohan hujat atasnya, mŭlainkan katanya, Ditŭngking Tuhan kiranya akan dikau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Namun demikian ketua malaikat, Mikhail, tidak berani melafazkan sepatah pun kata nista ketika berbalah dengan Iblis tentang jenazah Musa. Mikhail hanya berkata, “Tuhan murkai kamu!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Ketua malaikat, Mikhael, tidak pernah berbuat demikian. Semasa dia bertengkar dengan Iblis tentang siapa yang akan mendapat jenazah Musa, Mikhael tidak berani mengutuk Iblis dengan kata-kata hinaan. Mikhael hanya berkata, “Tuhan menengking kamu!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yahuda 1:9
16 Iomraidhean Croise  

Daud menemui mereka dan berkata, “Jika kamu datang sebagai sahabat untuk menolong saya, sila bergabung dengan kami. Kami menyambut kamu dengan senang hati. Tetapi jika kamu hendak mengkhianati saya dan menyerahkan saya kepada musuh, walaupun saya tidak pernah berbuat jahat kepada kamu, Allah yang disembah nenek moyang kita akan mengetahuinya dan Dia akan menghukum kamu.”


Jangan sumpahi Allah, dan jangan kutuk pemimpin kamu.


Malaikat pelindung kerajaan Persia menentang aku selama dua puluh satu hari. Kemudian Mikhael, salah satu pemimpin malaikat, datang menolong aku, kerana aku ditinggalkan sendirian di Persia.


Malaikat yang memakai pakaian linen itu berkata, “Pada masa itu, malaikat besar, iaitu Mikhael pelindung bangsamu akan muncul. Ketika itu akan ada kesusahan yang paling berat sejak bangsa-bangsa wujud. Pada masa itu, semua orang daripada bangsamu yang namanya tertulis di dalam kitab Allah akan diselamatkan.


Malaikat TUHAN berkata kepada Iblis, “Semoga TUHAN menghukum engkau, hai Iblis! Semoga TUHAN yang mengasihi Yerusalem menghukum engkau. Orang ini bagaikan puntung kayu yang ditarik dari api.”


Semua orang yang lalu di situ menggeleng-gelengkan kepala sambil mengejek Yesus. Mereka berkata, “Cis! Kamu mahu merobohkan Rumah Tuhan lalu membinanya semula dalam tiga hari!


TUHAN mengebumikan dia di suatu lembah di Moab, yang bertentangan dengan kota Bet-Peor. Tetapi sampai hari ini tidak seorang pun tahu tempat kubur itu.


Pada masa itu malaikat agung akan berseru dengan suara yang kuat dan trompet Allah dibunyikan, lalu Tuhan sendiri akan turun dari syurga. Mereka yang percaya kepada Kristus dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan terlebih dahulu.


Janganlah balas kejahatan dengan kejahatan, atau cercaan dengan cercaan; sebaliknya balaslah kejahatan dengan berkat daripada Allah. Kamu harus berbuat demikian kerana Allah menjanjikan berkat, ketika Dia memanggil kamu.


Sedangkan malaikat-malaikat yang jauh lebih kuat dan berkuasa daripada guru-guru palsu itu, tidak menuduh makhluk-makhluk itu di hadirat Tuhan dengan kata-kata hinaan.


Kemudian peperangan berlaku di syurga. Mikhael dengan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu. Naga itu, yang dibantu oleh malaikat-malaikatnya melawan Mikhael.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan