Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yahuda 1:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Penduduk kota Sodom, Gomora, dan bandar-bandar di sekitarnya berbuat seperti malaikat-malaikat tersebut. Orang di situ melakukan perbuatan cabul dan lucah. Kota-kota itu dan penduduknya dimusnahkan oleh api yang kekal. Hukuman itu dijadikan amaran bagi semua orang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

7 Sungguh pun spŭrti Sodom dan Gomorah, dan sagala nŭgri yang klilingnya yang dŭmkian itu, yang tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya kapada zinah, sŭrta mŭnuntut akan hawa nafsu ajaib, iya itulah tŭrdiri mŭnjadi tauladan, mŭnanggong balasan api yang kŭkal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Begitu juga halnya dengan para penghuni kota Sodom, Gomora dan bandar-bandar di sekitarnya yang telah melakukan pencabulan dan perbuatan sumbang. Mereka menjadi contoh orang yang mengalami seksaan hukuman api yang kekal.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Penduduk kota Sodom, Gomora, dan bandar-bandar di sekitarnya berbuat seperti malaikat-malaikat tersebut. Orang di situ melakukan perbuatan cabul dan lucah. Kota-kota itu dan penduduknya dimusnahkan oleh api yang kekal. Hukuman itu dijadikan amaran bagi semua orang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yahuda 1:7
27 Iomraidhean Croise  

Penduduk kota Sodom sangat jahat dan berdosa terhadap TUHAN.


Selanjutnya TUHAN berfirman kepada Abraham, “Ada tuduhan yang berat sekali terhadap penduduk Sodom dan Gomora, dan memang dosa mereka itu sangat besar.


Mereka memanggil Lot dan bertanya, “Di manakah orang yang datang bermalam di rumahmu? Serahkan mereka kepada kami, supaya kami dapat bersemburit dengan mereka!”


Raja Yosafat menghapuskan semua pelacur lelaki dan perempuan yang bertugas di tempat-tempat penyembahan dewa. Pelacur-pelacur itu dibunuh pada zaman pemerintahan Raja Asa, ayahanda Raja Yosafat.


Jika TUHAN Yang Maha Kuasa tidak membenarkan beberapa orang hidup, Yerusalem sudah pun musnah sama sekali seperti Sodom dan Gomora dahulu.


Antara semua kerajaan, Babilonia adalah yang paling indah dan menjadi kebanggaan rakyatnya. Tetapi Aku, TUHAN, akan memusnahkan kota Babel sebagaimana Aku memusnahkan Sodom dan Gomora!


Penduduk Sion yang berdosa gementar ketakutan. Mereka berkata, “Hukuman daripada Allah seperti api yang membakar selama-lamanya. Dapatkah sesiapa selamat daripada api seperti itu?”


Biarlah si pembawa berita itu seperti kota-kota yang dihancurkan oleh TUHAN tanpa kasihan. Biarlah dia mendengar jeritan kesakitan pada waktu pagi, dan tempik pertempuran pada tengah hari,


Sebagaimana Aku memusnahkan Sodom dan Gomora bersama dengan pekan-pekan di sekitarnya, begitu juga Aku akan memusnahkan Babel. Tiada seorang pun akan tinggal di sana lagi. Aku, TUHAN, telah berfirman.


Bangsaku telah dihukum lebih berat daripada penduduk Sodom, yang musnah dalam sekelip mata kerana dihukum oleh Allah.


Hai Israel, Aku tidak mungkin menolak kamu; Aku tidak mungkin meninggalkan kamu. Mungkinkah Aku membinasakan kamu seperti Adma, atau menghukum kamu seperti Zeboim? Aku tidak sampai hati berbuat demikian. Kasih-Ku bagi kamu terlalu besar.


Aku membinasakan sebilangan daripada kamu sebagaimana Aku membinasakan Sodom dan Gomora. Orang yang masih hidup di kalangan kamu umpama puntung kayu yang diambil dari api. Walaupun begitu, kamu tidak juga kembali kepada-Ku.


Ingatlah! Pada Hari Kiamat, Allah akan lebih mengasihani penduduk Sodom dan Gomora, daripada penduduk bandar itu!”


Ketahuilah! Pada Hari Kiamat, Allah akan lebih mengasihani Sodom daripada kamu!”


Kemudian Raja itu akan berkata kepada kumpulan orang di sebelah kiri-Nya, ‘Pergi dari sini, hai kamu yang dikutuk Allah! Pergilah ke dalam api yang tidak dapat padam yang telah disediakan oleh Allah untuk Iblis dan malaikat-malaikatnya!


Tetapi pada hari Lot meninggalkan Sodom, api dan belerang turun dari langit dan membinasakan mereka semua.


Kamu tentu tahu bahawa orang yang tidak melakukan kehendak Allah tidak akan menikmati Pemerintahan Allah. Janganlah tipu diri kamu sendiri. Orang yang berbuat cabul, atau yang menyembah berhala, atau yang berzina, atau yang bersemburit,


Ladang kamu akan menjadi kersang dan tidak berguna kerana diliputi belerang dan garam. Tanahnya tidak dapat ditanami, bahkan rumput pun tidak dapat tumbuh di sana. Tanah kamu akan menjadi seperti kota Sodom, Gomora, Adma, dan Zeboim yang dimusnahkan TUHAN ketika Dia sangat murka.


Dia pun akan memberikan kelegaan kepada kamu yang menanggung penderitaan dan juga kepada kami. Allah akan melakukan hal ini apabila Tuhan Yesus turun dari syurga dan menampakkan diri dengan malaikat-malaikat-Nya yang perkasa,


dan dengan api yang bernyala-nyala. Dia datang untuk menghukum orang yang tidak mahu mengakui Allah dan orang yang tidak mahu mentaati Berita Baik tentang Yesus Tuhan kita.


Meskipun demikian, banyak orang akan mengikut cara hidup guru-guru palsu yang melakukan perbuatan cabul. Perbuatan mereka itu menyebabkan orang menghina Jalan Benar kepada Allah.


Allah menghukum kota Sodom dan Gomora; Dia memusnahkannya dengan api, supaya menjadi contoh tentang apa yang akan berlaku terhadap orang derhaka.


Tetapi langit dan bumi sekarang ini, dipelihara oleh firman Allah itu juga, untuk dimusnahkan dengan api kelak. Langit dan bumi masih dipelihara sehingga hari orang derhaka dihukum dan dibinasakan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan