Yahuda 1:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)12 Kehadiran mereka mencemarkan perjumpaan makan bersama dengan saudara-saudara seiman, kerana mereka makan dengan rakus dan hanya mementingkan diri sendiri. Mereka seperti awan yang ditiup angin, tetapi tidak membawa hujan. Mereka juga seperti pokok yang tidak menghasilkan buah walaupun pada musim buah. Mereka seperti pokok yang sudah dicabut dengan akarnya dan mati sama sekali. Faic an caibideilKitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)12 Maka marika itulah chachat adanya dalam sagala pŭrjamuan kasihmu, tŭtkala iya bŭrjamu dŭngan kamulah makan marika itu sŭndiri dŭngan tiada takot; maka marika itulah spŭrti awan awan yang tiada mŭngandong ayer, yang dilayangkan ulih angin bŭrkliling; pohon pohon kayu yang layu buahnya, tiada bŭrbuah dua kali mati, tŭrchabutlah dŭngan akarnya: Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo12 Mereka ini mencemarkan majlis perjamuan kasihmu, kerana mereka seperti gembala yang mencari makanan bagi diri mereka sendiri tanpa segan silu. Mereka seperti awan yang ditiup angin, maka tidak membawa hujan. Mereka ibarat pokok yang tidak berbuah meskipun pada musim buah. Mereka umpama pokok yang telah dicabut dengan akar umbinya dan mengalami dua kali kematian. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik12 Kehadiran mereka mencemarkan perjumpaan makan bersama dengan saudara-saudara seiman, kerana mereka makan dengan rakus dan hanya mementingkan diri sendiri. Mereka seperti awan yang ditiup angin, tetapi tidak membawa hujan. Mereka juga seperti pokok yang tidak menghasilkan buah walaupun pada musim buah. Mereka seperti pokok yang sudah dicabut dengan akarnya dan mati sama sekali. Faic an caibideil |
Aku, TUHAN Raja, mengumumkan bahawa Aku musuh kamu. Aku akan mengambil domba-domba-Ku daripada kamu, dan tidak lagi mempercayakan domba-domba itu kepada kamu. Aku tidak lagi membenarkan kamu menjaga kepentingan diri kamu sahaja. Aku akan menyelamatkan domba-domba itu supaya tidak menjadi makanan kamu.’ ”
Demi Aku, Allah yang hidup, dengarlah firman-Ku. Domba-domba-Ku telah diterkam dan dibunuh, serta dimakan binatang buas kerana tiada gembala yang menjaga domba-domba itu. Kamu, gembala-gembala-Ku tidak berusaha untuk mencari domba-domba itu. Kamu menjaga kepentingan diri sendiri, bukan kepentingan domba-domba-Ku.