Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Yahuda 1:11 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Alangkah malangnya mereka! Mereka telah mengikut jalan yang ditempuh oleh Kain. Untuk mendapat wang, mereka telah membabitkan diri dengan kesesatan, seperti yang dilakukan oleh Bileam. Mereka dibinasakan kerana memberontak seperti Korah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

11 Karamlah bagie marika itu, kŭrna iya tŭlah mŭnyempang kapada jalan Kain, dan mŭngŭjar dŭngan glojoh akan kŭsalahan Balaam kŭrna upah, dan binasalah iya dalam dŭrhaka Kor.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

11 Malangnya mereka ini! Mereka telah menurut jejak langkah Kain. Seperti Bileam, mereka telah melibatkan diri dengan perbuatan yang sesat, semata-mata untuk mengejar wang. Mereka telah memberontak seperti Korah, maka mereka dimusnahkan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Alangkah malangnya mereka! Mereka telah mengikut jalan yang ditempuh oleh Kain. Untuk mendapat wang, mereka telah membabitkan diri dengan kesesatan, seperti yang dilakukan oleh Bileam. Mereka dibinasakan kerana memberontak seperti Korah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Yahuda 1:11
21 Iomraidhean Croise  

Uria melaksanakan perintah Raja Ahas.


Tetapi malanglah orang jahat! Mereka akan diperlakukan sebagaimana mereka telah memperlakukan orang lain.


Air muka mereka menyatakan kejahatan mereka. Mereka berdosa dengan terang-terang seperti penduduk Sodom dahulu. Alangkah malangnya mereka! Mereka mendatangkan bencana itu kepada diri mereka sendiri.


Dia telah nampak kamu melakukan hal-hal yang dibenci-Nya. Dia telah nampak kamu mengejar dewa-dewa di bukit dan di padang, seperti seorang lelaki tergila-gila terhadap isteri orang lain atau seperti seekor kuda jantan berahi terhadap kuda betina. Hai penduduk Yerusalem, malang akan menimpa kamu! Bilakah kamu layak beribadat kepada-Ku lagi?


Demikianlah firman TUHAN Raja, “Alangkah malangnya nabi-nabi bodoh itu! Mereka mendapat ilham daripada khayalan mereka sendiri dan penglihatan mereka palsu belaka.


Hai umat-Ku, ingatlah akan apa yang dirancang oleh Balak, raja Moab itu terhadap kamu, dan jawapan Bileam anak Beor kepadanya. Ingatlah akan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam perjalanan dari perkhemahan di Sitim sampai ke Gilgal. Ingatlah akan perkara-perkara itu, maka kamu akan menyedari apa yang telah Aku lakukan untuk menyelamatkan kamu.”


Terkutuklah gembala yang tidak berguna itu! Dia meninggalkan kawanan dombanya. Peperangan akan mengakhiri kekuasaannya. Lengannya akan menjadi lemah dan mata kanannya menjadi buta.”


Ingatlah bahawa kaum perempuanlah yang mengikut nasihat Bileam, sehingga menyebabkan orang Israel tidak taat kepada TUHAN di Peor. Hal itulah yang mendatangkan wabak kepada umat TUHAN.


“Alangkah malangnya kamu, hai Korazin! Alangkah malangnya kamu, hai Betsaida! Jika mukjizat-mukjizat yang dilakukan di kalangan kamu itu Aku lakukan di Tirus dan Sidon, penduduk di sana pasti sudah lama bertaubat daripada dosa mereka, lalu mengenakan kain guni dan menaruh abu di kepala.


Mereka tidak mahu memberi kamu makanan dan air ketika kamu dalam perjalanan keluar dari Mesir. Mereka juga mengupah Bileam anak Beor, dari kota Petor di Mesopotamia, untuk mengutuk kamu.


Kerana beriman, Habel mempersembahkan korban yang lebih baik daripada korban yang dipersembahkan oleh Kain kepada Allah. Dengan imannya itu, Habel diterima oleh Allah sebagai orang yang baik, oleh sebab Allah menerima persembahannya. Kerana imannya itu, Habel masih berkata-kata sampai sekarang, meskipun dia sudah meninggal.


Mereka telah meninggalkan jalan yang lurus, lalu sesat. Mereka mengambil jalan yang diikuti oleh Bileam anak Beor dahulu. Bileam ingin sekali mendapat wang daripada perbuatannya yang jahat.


Janganlah kita seperti Kain. Dia menjadi anak Iblis dan membunuh adiknya sendiri. Mengapakah Kain membunuh adiknya? Kerana perbuatan yang dilakukannya salah, tetapi perbuatan yang dilakukan adiknya benar.


Tetapi Aku mencela kamu tentang hal ini: Beberapa orang antara kamu mengikut ajaran Bileam. Dahulu Bileam mengajar Balak menjerumuskan umat Israel ke dalam dosa, dengan memujuk mereka makan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala, dan dengan melakukan perbuatan cabul.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan