Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 9:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Belalang-belalang itu dilarang merosak rumput, atau pokok, ataupun tanaman lain. Hanya orang yang tidak bertandakan meterai Allah pada dahi mereka boleh diserang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

4 Sŭrta dipŭsan pula padanya skalian supaya jangan dibinchanakannya rumpot rumpotan, atau barang tumboh tumbohan yang hijau, atau barang pohon kayu; mŭlainkan orang orang yang tiada bŭrmutrie Allah didahinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Belalang itu ditegah merosakkan rumput di bumi, pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan lain; tugasnya menyerang manusia yang tidak mempunyai tanda materai Allah di dahinya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Belalang-belalang itu dilarang merosak rumput, atau pokok, ataupun tanaman lain. Hanya orang yang tidak bertandakan meterai Allah pada dahi mereka boleh diserang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 9:4
15 Iomraidhean Croise  

Engkau selalu melindungi dia serta keluarganya dan segala miliknya. Engkau menjayakan segala usahanya, dan Engkau memberi dia banyak ternakan sehingga memenuhi seluruh negeri.


Maka TUHAN berfirman kepada Si Penggoda, “Baiklah, lakukan apa saja dengan segala miliknya, asal engkau tidak membinasakan Ayub.” Lalu Si Penggoda pergi dari hadapan TUHAN.


Maka TUHAN berfirman kepada Si Penggoda, “Baiklah, lakukan apa saja dengan dia, asalkan engkau tidak membunuh dia.”


ketika Engkau bangkit untuk menjatuhkan hukuman, untuk menyelamatkan semua orang yang tertindas di bumi.


Apabila TUHAN menjelajahi seluruh negeri Mesir untuk membunuh orang Mesir, TUHAN akan nampak darah pada tiang pintu dan ambang pintu rumah kamu, maka Dia akan lalu dan tidak membenarkan Malaikat Maut masuk ke dalam rumah kamu untuk membunuh kamu.


“Jelajahilah seluruh kota Yerusalem dan bubuhlah tanda pada dahi setiap orang yang sedih dan susah kerana segala perbuatan yang menjijikkan yang dilakukan di kota itu.”


Bunuhlah orang tua, teruna, dara, ibu, dan kanak-kanak. Tetapi jangan sentuh seorang pun yang mempunyai tanda pada dahi. Mulalah dari sini, dari Rumah-Ku.” Oleh itu mereka memulakan tugas dengan membunuh para pemimpin yang berdiri di Rumah TUHAN.


Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. Mereka akan melakukan mukjizat dan keajaiban untuk menipu orang, bahkan umat pilihan Allah pun tertipu.


Janganlah sedihkan Roh Allah. Jika kamu memiliki Roh Allah, hal itu menunjukkan bahawa kamu milik Allah. Roh itu jaminan bahawa Hari Pembebasan akan tiba bagi kamu.


Kemudian aku melihat dan nampak Anak Domba berdiri di atas Bukit Sion. Bersama-sama-Nya berdiri 144,000 orang yang pada dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama Bapa-Nya.


Aku mendengar sesuatu yang kedengaran seperti suara dari tengah-tengah empat makhluk itu, berkata, “Satu kilogram gandum seharga upah sehari dan tiga kilogram barli seharga upah sehari juga. Tetapi jangan rosakkan pokok zaitun dan ladang anggur!”


Setelah itu, aku nampak empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi, dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak bertiup di darat, di laut, ataupun pada pokok-pokok.


Malaikat pertama meniup trompetnya, lalu hujan batu dan api bercampur darah, turun dengan derasnya ke atas bumi. Api membakar sepertiga daripada bumi dan memusnahkan semua pokok dan tumbuh-tumbuhan di situ.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan