Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 9:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Bintang itu membuka jurang maut, lalu asap keluar dari dalamnya seperti asap dari relau yang besar. Matahari dan angkasa menjadi gelap kerana asap dari jurang itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Maka dibukakannyalah kluboran yang tiada dapat tŭrduga itu, lalu bŭrbangkitlah asap deri dalamnya spŭrti asap kanhor yang bŭsar; sahingga glaplah matahari dan udara, deri kŭrna asap kluboran itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Bintang itu membuka jurang itu lalu asap keluar seperti dari relau yang amat besar. Matahari dan seluruh angkasa gelap diselubungi asap itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Bintang itu membuka jurang maut, lalu asap keluar dari dalamnya seperti asap dari relau yang besar. Matahari dan angkasa menjadi gelap kerana asap dari jurang itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 9:2
16 Iomraidhean Croise  

Setelah matahari terbenam dan hari sudah gelap, tiba-tiba sebuah dapur arang yang berasap dan obor yang bernyala, lalu di antara belahan-belahan binatang itu.


Dia memandang ke arah Sodom dan Gomora serta seluruh lembah itu, lalu nampak kepulan asap naik dari kawasan itu seperti asap dari relau yang besar.


Seluruh Gunung Sinai diliputi asap kerana TUHAN telah turun ke atasnya di dalam api. Asap itu naik berkepul-kepul seperti asap relau, dan seluruh gunung itu bergoncang dengan kuat.


Berteriaklah dan berserulah meminta tolong, hai penduduk semua kota Filistin! Hendaklah kamu semua gementar ketakutan, kerana kepulan debu telah kelihatan di sebelah utara, menandakan kedatangan pasukan yang gagah perkasa; tiada pengecut dalam pasukan itu.


Sesiapa yang tidak sujud dan menyembahnya akan segera dilemparkan ke dalam relau yang bernyala-nyala.”


Bumi bergoncang ketika belalang mara, dan langit pun bergegar. Matahari dan bulan menjadi gelap, bintang-bintang tidak lagi bercahaya.


Hari itu gelap dan mendung, hari kelam dan berawan. Bala tentera belalang itu mara seperti kegelapan yang meliputi pergunungan. Belum pernah berlaku perkara seperti ini, dan perkara ini tidak akan berulang lagi.


Aku akan memberikan petanda hari itu, di langit dan di bumi; akan ada pertumpahan darah, api dan gumpalan asap.


Aku akan melakukan mukjizat di atas sana, di langit, dan keajaiban di bawah sini, di bumi. Kelak akan ada darah, api, dan asap tebal;


Asap api yang menyeksa mereka akan mengepul terus-menerus untuk selama-lamanya. Mereka yang menyembah binatang itu dan patungnya, serta mereka yang mempunyai tanda nama binatang itu, akan terus-menerus terseksa siang dan malam.”


Kemudian malaikat kelima menuang isi mangkuknya ke takhta binatang itu. Lalu seluruh kerajaan binatang itu menjadi gelap dan manusia menggigit lidah kerana kesakitan.


Kemudian malaikat keempat meniup trompetnya. Matahari, bulan, dan bintang terpukul, sehingga tidak dapat bersinar sepertiga daripada waktunya. Matahari tidak bersinar selama sepertiga daripada siang hari; bulan dan bintang tidak bersinar selama sepertiga daripada malam hari.


Kemudian malaikat kelima meniup trompetnya, dan aku nampak sebuah bintang jatuh dari langit ke atas bumi. Bintang itu diberikan kunci jurang maut.


Kawanan belalang diperintah oleh raja, iaitu malaikat yang bertanggungjawab atas jurang maut. Dalam bahasa Ibrani namanya Abadon, dan dalam bahasa Yunani namanya Apolion (yang bermakna “Perosak”).


Dalam penglihatan, aku nampak banyak kuda dengan para penunggang kuda. Mereka memakai perisai dada berwarna merah seperti api, biru seperti batu nilam, dan kuning seperti belerang. Kepala kuda seperti kepala singa dan dari mulut kuda keluar api, asap, dan belerang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan