Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 8:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Malaikat pertama meniup trompetnya, lalu hujan batu dan api bercampur darah, turun dengan derasnya ke atas bumi. Api membakar sepertiga daripada bumi dan memusnahkan semua pokok dan tumbuh-tumbuhan di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

7 Maka mŭliekat yang pŭrtama itu mŭniuplah nafirinya, maka turonlah hujan batu dan api bŭrchampor dŭngan darah, lalu dichampakkannyalah ka’atas bumi: maka tŭrbakarlah tiga bahgian deripada sagala pohon pohon kayu, dan rumpot rumpotan hijau sŭmuanya itupun habislah hangus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Malaikat pertama meniup sangkakalanya. Hujan batu dan api bercampur darah terus dilemparkan ke bumi. Lalu sepertiga bumi, dan sepertiga pokok serta segala tumbuh-tumbuhan yang hijau hangus dibakar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Malaikat pertama meniup trompetnya, lalu hujan batu dan api bercampur darah, turun dengan derasnya ke atas bumi. Api membakar sepertiga daripada bumi dan memusnahkan semua pokok dan tumbuh-tumbuhan di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 8:7
29 Iomraidhean Croise  

Dia mencurahkan hujan batu dan kilat sebagai ganti hujan biasa.


Kemudian Musa meninggalkan raja dan pergi ke luar kota. Di situ dia berdoa kepada TUHAN dengan mengangkat tangan, lalu guruh, hujan batu, dan hujan berhenti.


Lihatlah, Tuhan mengutus seorang yang kuat dan perkasa, siap untuk menyerang mereka; seorang yang akan datang seperti angin ribut disertai hujan batu, seperti hujan lebat, dan seperti air bah yang membanjiri tanah. Dia menghempaskan mereka ke tanah.


TUHAN Yang Maha Kuasa akan menyelamatkan engkau dengan badai dan gempa bumi yang dahsyat. Dia akan mendatangkan angin ribut dan api yang berkobar-kobar.


TUHAN akan memperdengar suara-Nya yang agung itu, dan setiap orang akan merasai kemurkaan-Nya yang menyala-nyala. Kemurkaan-Nya akan mendatangkan api yang menghanguskan, ribut, hujan batu, dan hujan lebat.


walaupun hutan akan ditimpa hujan batu dan kota akan runtuh sama sekali.


Lalu Aku akan menghukum dia dengan wabak dan pertumpahan darah. Hujan lebat, hujan batu, api, dan belerang akan menimpa dia dan tenteranya, serta bangsa-bangsa yang memihaknya.


Aku akan memberikan petanda hari itu, di langit dan di bumi; akan ada pertumpahan darah, api dan gumpalan asap.


Ketika matahari naik, panas teriknya melayukan tanaman sehingga bunganya gugur dan hilanglah keindahannya. Demikianlah orang kaya akan jatuh miskin semasa mengusahakan perniagaan mereka.


Ketika orang Amori lari daripada umat Israel melalui genting gunung, TUHAN menurunkan hujan batu ke atas mereka sepanjang jalan sampai ke Azeka, sehingga lebih banyak orang yang terbunuh oleh hujan batu daripada yang dibunuh oleh orang Israel.


Di dalam Alkitab tertulis, “Umat manusia bagaikan rumput, dan segala kemuliaan mereka seperti bunga rumput. Rumput layu, bunga pun gugur;


Dengan ekornya naga itu menyeret sepertiga daripada bintang-bintang di langit dan melemparkannya ke bumi. Naga itu berdiri di hadapan wanita yang sedang bersalin, kerana hendak memakan anaknya, sebaik sahaja bayi itu lahir.


Malaikat pertama pergi dan menuang isi mangkuknya ke atas bumi. Lalu timbullah kudis yang teruk dan menyakitkan pada semua orang yang mempunyai tanda binatang itu, serta pada orang yang menyembah patungnya.


Hujan batu yang dahsyat turun dari langit dan menimpa manusia. Berat setiap batu hampir lima puluh kilogram. Oleh itu manusia mengutuki Allah kerana malapetaka hujan batu yang dahsyat itu.


Aku melihat, lalu nampak seekor kuda kuning pucat. Penunggangnya bernama Maut, dan Alam Maut mengikutinya dekat di belakang. Mereka diberikan kuasa untuk membunuh seperempat penduduk bumi dengan peperangan, kebuluran, wabak, dan binatang buas.


Setelah itu, aku nampak empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi, dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak bertiup di darat, di laut, ataupun pada pokok-pokok.


Keempat-empat malaikat itu pun dilepaskan. Mereka telah dipersiapkan khas bagi jam, hari, bulan, dan tahun itu, untuk membunuh sepertiga daripada umat manusia.


Sepertiga daripada umat manusia terbunuh oleh tiga malapetaka itu: api, asap, dan belerang yang keluar dari mulut kuda.


Belalang-belalang itu dilarang merosak rumput, atau pokok, ataupun tanaman lain. Hanya orang yang tidak bertandakan meterai Allah pada dahi mereka boleh diserang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan