Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 8:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Kemudian malaikat itu mengambil perbaraan itu, dan mengisinya dengan bara api yang diambil dari mazbah, lalu melemparkannya ke atas bumi. Lalu guruh bergemuruh, kilat sabung-menyabung, dan gempa bumi berlaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

5 Maka diambillah ulih mŭliekat itu akan pŭrasapan itu, lalu diisinya dŭngan api yang deripada tŭmpat pŭrsŭmbahan itu, lalu dituangkannya ka’atas bumi; maka sa’kunyung kunyung bŭrbunyilah bŭbrapa swara, dan halalintar, dan kilat, dan gŭmpa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Kemudian malaikat itu mengisi tempat bara dengan bara api dari mazbah lalu melontarkannya ke bumi. Dalam sekelip mata kedengaran guruh petir dan kelihatan kilat sabung-menyabung lalu seluruh bumi bergempa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Kemudian malaikat itu mengambil perbaraan itu, dan mengisinya dengan bara api yang diambil dari mazbah, lalu melemparkannya ke atas bumi. Lalu guruh bergemuruh, kilat sabung-menyabung, dan gempa bumi berlaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 8:5
24 Iomraidhean Croise  

TUHAN berfirman kepadanya, “Keluarlah dari gua itu dan berdirilah di hadapan-Ku di puncak gunung.” Kemudian TUHAN lalu di sana. Angin ribut yang membelah gunung dan memecah bukit batu mendahului TUHAN, tetapi TUHAN tidak menyatakan diri dalam angin ribut itu. Setelah angin ribut itu berhenti, gempa berlaku, tetapi TUHAN tidak menyatakan diri dalam gempa itu.


Hujan batu dan api datang dari kilat yang di hadapan-Nya, menembusi awan yang tebal itu.


Pada hari yang ketiga, pada waktu pagi, ada guruh dan kilat di atas gunung. Awan yang tebal kelihatan di situ, dan bunyi trompet yang kuat sekali kedengaran. Segenap umat di perkhemahan itu gementar ketakutan.


TUHAN Yang Maha Kuasa akan menyelamatkan engkau dengan badai dan gempa bumi yang dahsyat. Dia akan mendatangkan angin ribut dan api yang berkobar-kobar.


TUHAN akan memperdengar suara-Nya yang agung itu, dan setiap orang akan merasai kemurkaan-Nya yang menyala-nyala. Kemurkaan-Nya akan mendatangkan api yang menghanguskan, ribut, hujan batu, dan hujan lebat.


Dengarlah bunyi riuh-rendah di dalam kota. Suara dari Rumah TUHAN itu suara TUHAN yang sedang menghukum musuh-musuh-Nya.


TUHAN telah menggerakkan hati raja-raja Media kerana Dia hendak memusnahkan Babilonia. Demikianlah caranya Dia membalas dendam kerana Rumah-Nya telah dimusnahkan. TUHAN memberikan perintah, “Tajamkanlah panah! Siapkanlah perisai!


dia harus membawa sebuah perbaraan yang penuh dengan bara api dari mazbah dan dua genggam kemenyan halus, lalu membawa semuanya ke dalam Bilik Maha Suci.


Kamu akan melarikan diri melalui lembah yang membelah bukit itu. Kamu akan lari seperti nenek moyang kamu dahulu ketika terjadi gempa bumi pada masa pemerintahan Uzia, raja Yehuda. TUHAN, Allahku akan datang bersama dengan semua malaikat-Nya.


Satu bangsa akan berperang melawan bangsa yang lain. Satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain. Di mana-mana akan berlaku kebuluran dan gempa bumi.


“Aku datang untuk membawa hukuman Allah yang seperti api akan membakar penduduk bumi. Alangkah baiknya jika api itu sudah menyala!


Tiba-tiba berlaku gempa bumi yang kuat sekali, sehingga asas penjara itu bergoncang. Semua pintu penjara terbuka dan rantai yang membelenggu semua orang tahanan pun terlepas.


Setelah mereka selesai berdoa, tempat mereka berkumpul itu bergoncang. Mereka semua dikuasai oleh Roh Allah, dan mula menyampaikan perkhabaran daripada Allah dengan penuh keberanian.


Tepat pada masa itu berlakulah gempa bumi yang dahsyat. Satu persepuluh kota itu musnah dan tujuh ribu orang terbunuh kerana gempa itu. Orang yang selebihnya ketakutan, lalu mereka memuji keagungan Allah di syurga.


Rumah Allah di syurga terbuka dan Tabut Perjanjian kelihatan di situ. Kemudian kilat sabung-menyabung, guruh menggelegar dan bergemuruh, bumi bergoncang dan hujan batu turun dengan lebat.


Takhta ini memancarkan pancaran kilat dan aku mendengar gemuruh bunyi guruh. Di hadapan takhta itu terdapat tujuh buah suluh yang bernyala; itulah ketujuh-tujuh Roh Allah.


Kemudian aku melihat Anak Domba itu memecahkan meterai keenam. Lalu berlakulah gempa bumi yang dahsyat. Matahari menjadi hitam seperti kain hitam yang kasar, dan bulan menjadi merah seperti darah.


Satu malaikat lain yang membawa sebuah perbaraan emas, datang dan berdiri di hadapan mazbah. Dia diberikan banyak kemenyan untuk ditambahkan pada doa-doa semua umat Allah, dan untuk dipersembahkan di atas mazbah emas yang terletak di hadapan takhta.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan