Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Wahyu 8:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Satu malaikat lain yang membawa sebuah perbaraan emas, datang dan berdiri di hadapan mazbah. Dia diberikan banyak kemenyan untuk ditambahkan pada doa-doa semua umat Allah, dan untuk dipersembahkan di atas mazbah emas yang terletak di hadapan takhta.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Hata maka datanglah pula sa’orang mŭliekat yang lain bŭrdiri ditŭmpat pŭrsŭmbahan, sŭrta dŭngan mŭmŭgang pŭrasapan yang kaamasan; dan tŭlah dikurniakanlah padanya banyak bahu bahuan, supaya dipŭrsŭmbahkannya sŭrta dŭngan doa orang orang salih diatas tŭmpat pŭrsŭmbahan yang kaamasan itu yang ada dihalrat arash itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Satu lagi malaikat datang berdiri di hadapan mazbah sambil membawa tempat bara yang diperbuat daripada emas. Dia diberi banyak setanggi untuk ditambahkan kepada doa semua orang salih dan untuk dipersembahkan di atas mazbah emas di hadapan takhta.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Satu malaikat lain yang membawa sebuah perbaraan emas, datang dan berdiri di hadapan mazbah. Dia diberikan banyak kemenyan untuk ditambahkan pada doa-doa semua umat Allah, dan untuk dipersembahkan di atas mazbah emas yang terletak di hadapan takhta.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Wahyu 8:3
32 Iomraidhean Croise  

cawan, alat untuk membersihkan sumbu pelita, mangkuk, pinggan untuk menyimpan kemenyan, perbaraan, engsel untuk pintu Bilik Maha Suci dan pintu-pintu luar Rumah TUHAN. Semua perkakas itu dibuat daripada emas.


Terimalah doaku sebagai kemenyan, dan sambutlah tangan yang aku tadahkan sebagai korban malam.


Dia meletakkan mazbah emas di dalam Khemah TUHAN, di hadapan tirai,


Kemudian salah satu makhluk itu terbang turun kepadaku, membawa bara yang diambilnya dari mazbah dengan sepit.


mazbah kayu: tingginya 1.5 meter, dan lebarnya 1 meter. Sudut, alas, dan sisi mazbah, semua dibuat daripada kayu. Lelaki itu berkata kepadaku, “Inilah meja yang terletak di hadirat TUHAN.”


Aku nampak Tuhan berdiri di sisi mazbah. Dia memberikan perintah ini, “Pukullah kuat-kuat kepala tiang di Rumah-Ku supaya seluruh serambi bergoncang. Pecahkan kepala-kepala tiang itu dan biarlah semuanya jatuh ke atas kepala orang. Orang yang tidak mati akan Kubunuh dalam peperangan. Tidak seorang pun akan dapat melarikan diri untuk menyelamatkan diri.


Aku dihormati oleh bangsa-bangsa di seluruh dunia. Mereka membakar kemenyan di merata tempat untuk menghormati Aku, dan mereka mempersembahkan korban yang layak dipersembahkan. Mereka semua menghormati Aku!


Selepas itu mereka harus membentangkan sehelai kain biru di atas mazbah emas, dan menutupnya dengan sehelai kulit halus. Kemudian mereka harus memasangkan kayu pengusung mazbah itu.


Sementara upacara pembakaran kemenyan berlangsung, orang ramai berdoa di luar.


Siapakah dapat menyalahkan kita? Tiada seorang pun, kerana Kristus Yesus membela kita! Dialah yang sudah mati, bahkan sudah dibangkitkan daripada kematian dan berada di sebelah kanan Allah.


Oleh itu, baik sekarang ataupun selamanya, Dia dapat menyelamatkan orang yang datang kepada Allah melalui-Nya, kerana Dia hidup selama-lamanya untuk memohon kepada Allah bagi mereka.


Di situ terdapat mazbah emas yang digunakan untuk membakar kemenyan dan juga terdapat Tabut Perjanjian yang seluruhnya disalut dengan emas. Di dalam Tabut itu terdapat balang emas berisi manna, tongkat Harun yang telah bertunas, dan dua buah batu tulis yang bertuliskan sepuluh hukum Allah.


Kemudian aku melihat satu lagi malaikat perkasa turun dari syurga. Dia diselubungi awan dan kepalanya dikelilingi pelangi. Mukanya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api.


Setelah itu, satu lagi malaikat yang berkuasa atas api, keluar dari mazbah. Dia berseru dengan suara kuat kepada malaikat yang memegang sebilah sabit tajam itu, “Gunakanlah sabitmu dan sabit buah anggur di ladang anggur di atas bumi, kerana buah anggur sudah masak!”


Sementara Anak Domba itu berbuat demikian, empat makhluk itu dan dua puluh empat orang pemimpin itu bersujud di hadapan Anak Domba. Masing-masing memegang sebuah kecapi dan sebuah mangkuk emas berisi kemenyan, iaitu doa-doa umat Allah.


Kemudian Anak Domba itu memecahkan meterai kelima. Di bawah mazbah aku nampak roh-roh orang yang mati terbunuh. Mereka dibunuh kerana mengisytiharkan firman Allah dengan setia melalui kesaksian mereka.


Lalu aku nampak malaikat lain muncul dari sebelah timur, dengan membawa meterai yang digunakan oleh Allah yang hidup. Dengan suara lantang malaikat itu memanggil keempat-empat malaikat yang sudah diberikan kuasa oleh Allah untuk merosakkan darat dan laut.


Doa umat Allah bersama-sama asap kemenyan yang terbakar itu mengepul naik dari tangan malaikat yang berdiri di hadapan Allah.


Kemudian malaikat itu mengambil perbaraan itu, dan mengisinya dengan bara api yang diambil dari mazbah, lalu melemparkannya ke atas bumi. Lalu guruh bergemuruh, kilat sabung-menyabung, dan gempa bumi berlaku.


Kemudian malaikat keenam meniup trompetnya dan aku mendengar suara yang datang dari keempat-empat sudut mazbah emas di hadapan Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan